Skip to main content

biodata ruhaini matdarin

http://ruhainimatdarin.simplesite.com/

Ruhaini Matdarin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di Kota Kinabalu, Sabah. Mendapat pendidikan sehingga Sarjana Kewangan, Universiti Sains Malaysia, pernah berkhidmat sebagai juruaudit, pengurus kewangan dan penasihat kewangan di beberapa buah syarikat pembinaan dan konsultansi. Pernah berkhidmat di Tak Community Collegge sebagai tenaga pengajar separuh masa program budaya Asean 2012-2013. Bermula tahun 2016 memilih untuk bekerja secara freelancer supaya boleh menulis pada bila-bila masa yang disukai dan melakukan perkara lain yang lebih bermanfaat selain bekerja keras hanya untuk membayar bil dan cukai-cukai. Ahli Badan Bahasa dan Sastera Sabah serta ahli seumur hidup Penulis Nasional (PENA).  Menjadi pembimbing dan mentor bagi MPR peringkat negeri Sabah, bengkel penulisan novel dan cerpen anjuran unit Penerbitan DBP cawangan Sabah serta sejak tahun 2013. Alumni Mastera novel 2016. Pengasas bersama SUNTIK, sebuah program bicara karya eceran (puisi dan cerpen) di surat khabar Sabah yang dianjurkan setiap bulan bermula bulan Ogos 2017. 

kopi dan kucing.
Pengagum Marquez. 
Menyukai tempat-tempat sunyi dan tenang seperti pusara dan muzium.
Tidak menyukai kebisingan namun kebisingan sering memberi ilham kepada proses penulisan beliau. 


           
            Pencapaian


Penerima Hadiah Sastera Sabah 2006/2007 bagi kategori novel remaja
Penerima hadiah sastera sabah 2008/2009 bagi kategori cerpen eceran
Penerima hadiah sastera sabah 2010/2011 bagi kategori novel, cerpen dan puisi
Penerima hadiah sastera sabah 2012/2013 bagi kategori cerpen dan kumpulan cerpen
Pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan bagi tahun 2010 (Jendela Menghadap Jalan)/2012 (Waris Pejuang)/2013 (Dalam Getar Waktu dan Kotak) /2014 (Cerita Perang Bariga) bagi kategori novel remaja
Pemenang Sayembara ITBM-Pena-BH, tempat pertama bagi kategori cerpen (Melawan Yang Mustahil) dan hadiah saguhati novel (Anatomi Rupert) pada musim pertama dan musim kedua, saguhati (Trivia dan Jenaka Si Darah Legenda)
Penerima Hadiah Sastera Sabah bagi kategori novel remaja dan cerpen eceran 2014/2015

Pemenang hadiah sastera kerajaan Negeri Sabah kategori novel bagi musim pertama 2010, musim kedua 2012, musim ketiga 2013 dan musim keempat 2014. 

     Karya yang dihasilkan.

1.      Novel dewasa.
                 Gadis Adikara, 2007 – Cerdik Publication, (Hadiah Sastera Sabah 2006/2007)
                 Pesona Sandora, 2010 – PTS,
                 Nurbalkis, 2010 – DBP
                 Nisan, 2011 – Penerbitan Melur, (hadiah utama sayembara Hadiah Kerajaan Negeri siri 1)
                 Dukana, 2013 – ITBM, (finalis Hadiah sastera sabah 2012/2013 dan finalis HSPM 2013)
                 Di Seberang Jalan, 2014 – ITBM,
                 Anatomi Rupert, 2013 – ITBM, (saguhati Sayembara ITBM-Pena-BH, musim pertama)
                 Trivia, 2015 – ITBM, 2015, (saguhati Sayembara ITBM-Pena-BH, musim pertama)
                 Ajal, 2015 – Utusan&UTM Press. (saguhati sayembara fiksyen sains dan teknologi)
                 Sekurun Mencari Sinar, 2015, DBP (Finalis Hadiah Sastera Sabah 2014-2015)
                 Sayembara, DBP, 2017
                 Kafe, DBP (terbit 2018)
                 Si Pencari Laluan, Pelangibooks (bakal terbit)
                 Hari-Hari Terakhir Di Jesselton, DBP (bakal terbit)

2.      Novelet
                  Racunda, 2010 – BAHASA.

3.      Novel remaja.
1. Jendela Menghadap Jalan, 2009 – Utusan Publication/ (tempat kedua HSKU 2009)Cetakan semula untuk teks Komsas pada tahun 2015-2020
2. Waris Pejuang, 2012 – Utusan Publication (tempat kedua HSKU 2012)
3. Dalam Getar Waktu, 2014 - Utusan Publication (tempat pertama HSKU 2013) Finalis Hadiah Sastera Sabah 2014-2015
4. Kotak, 2014 – Utusan Publications. (tempat kedua HSKU 2013) Utusan Publications. Finalis Hadiah Sastera Sabah 2014-2015
5. Cerita Perang Bariga (tempat pertama HSKU 2015)/Penerima Hadiah Sastera Sabah 2014-2015

4.      Kumpulan Cerpen
Misi Penyepit Kain, 2013 – ITBM (Penerima hadiah sastera sabah 2012/2013)
Melawan Yang Mustahil, 2014 – ITBM (tempat pertama sayembara ITBM-Pena-BH musim pertama) & finalis kategori kumpulan cerpen HSPM 2013
Jenaka si Darah Legenda, 2015 – ITBM, (saguhati sayembara ITBM-Pena-BH musim kedua)
Bulan Tenggelam Dalam Perahu, DBP, 2015 (Finalis Hadiah Sastera Sabah 2014-2015)
Short Story Collection: Against All Odds - Terjemahan daripada Melawan Yang Mustahil, 2016, ITBM
Cerita Yang Merayap-Rayap Di Dermaga, DBP, (terbit 2018)


Kumpulan cerpen remaja 

1. Fiksi Buat Marquez, DBP, 2017

5.      Antologi bersama
Istana Cinta Ayah, anatologi cerpen pemenang sayembara mengarang cerpen sempena 50 tahun merdeka, 2009 – DBP (cerpen Yang Aneh)
Emas Hitam, antologi cerpen hadiah sedco-bahasa ke 2, 2010 – Penerbitan Melur. (Cerpen Emas Hitam)                                                                                                                                    
Karya sasterawan 2011 – BTN, ITNM & Pena (cerpen Loran)
Antologi cerpen Indonesia-Malaysia, 2013 – Buku Obor & ITBM (Cerpen Bendera Yang Kembali Berkibar)
Cerpen terbaik 2014, 2015 – Fixi (cerpen Basikal Terbang Dan Misteri Kematian Profesor Jabbar)
Yang Aneh Yang Magis, 2017, KataPilar Books - Cerpen Misi Penyepit Kain.

6.      Cerita rakyat Sabah
Puteri Bungsu dan Suluwaden, 2014 - DBP
Puteri Bintang Terang, 2015 – DBP 

P/s. MAKLUMAT DI ATAS AKAN DIKEMASKINI SEKIRANYA TERDAPAT BUKU BAHARU YANG TERBIT ATAU PENCAPAIAN LAIN. 

Comments

Popular posts from this blog

Novel Jendela Menghadap Jalan - sebuah trivia; bahagian 1

Saya fikir saya harus menulis mengenai entri ini memandangkan novel ini menjadi teks kajian pelajar (juga guru-guru sekali) yang mungkin tertanya-tanya setiap sesuatu di sebalik simbol tempat, watak serta latar yang membangunkan cerita. Saya gunakan teknik 'cantuman idea' yang bermakna tidak keseluruhan cerita berlaku di kampung datuk. Kampung yang jendela-jendelanya menghadap ke jalan dibina oleh cantuman-cantuman idea. Ia wujud tetapi tidak pada satu latar. Ia wujud disebabkan oleh cantuman-cantuman idea hasil daripada perjalanan saya. Ia sebuah fiksyen. 
Misalnya begini. Watak nenek, beliau seorang berketurunan Cina, itu betul. Idea watak ini saya tulis selepas kunjungan di Kampung Cina, Terengganu. Usia kampung ini sekitar 300 tahun, menjadi tempat pedagang singgah dari Selatan China. Kedai-kedai lama sudah banyak diubahsuai dan dijadikan kafe, restoran serta rumah tumpangan dengan ciri moden. Rata-rata generasi baharu di kawasan kampung ini dipanggil Peranakan. Ia terletak…

Memori mengenai Jendela Menghadap Jalan

Memori ketika menulis novel ini agak kabur dalam ingatan saya tetapi ia ditulis semasa arwah ibu masih di sisi. Sepuluh tahun sudah berlalu. Saya memulakan kerja-kerja mengarang naskah awal novel ini pada pertengahan tahun 2007, tanpa sebarang hasrat hendak menghantarnya ke mana-mana penerbitan. Namun dorongan utama saya untuk terus meneruskannya apabila saya membaca novel Sally Morgan berjudul My Place - sebuah novel lama pengarang Australia. Kini, saya tidak lagi mengingati akan plot buku tersebut namun saya sentiasa mengenang akan keindahan langgam bahasanya. 
Pada hari ini, novel ini dikaji oleh para pelajar di empat buah negeri (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak) saya juga tidak pernah berhasrat novel ini menjadi bahan kajian sepertimana saya tidak menyimpan keyakinan tinggi ketika menghantar manuskrip novel ini kepada sekretariat Hadiah Sastera Kumpulan Utusan bagi tahun penilaian 2008. Sehinggalah pada suatu hari, pada penghujung bulan Februari atau awal Mac 2009 (rasa-ras…