Posts

Showing posts from March, 2017

2017 tahun yang mengujakan

Saya fikirkan bekerja secara freelance akan memberi ruang 'rehat' lebih banyak berbanding bekerja sepenuh masa. Tetapi saya silap. Saya menjadi jauh lebih sibuk keraa saya telah keluar dari ruang selesa (makcik pakcik di kampung kata; dapat kerja makan gaji, ada epf, ada pencen ok la nak, lebih baik daripada kerja kontrak atau menganggur) dan mendorong saya lebih aktif melakukan pelbagai aktiviti membelanjakan waktu, tenaga serta modal di tangan untuk mengusahakan sesuatu untuk 'hari hujan' dan jika saya tahu ia begitu menyeronakkan, saya harus melakukannya sepuluh tahun lalu. Apabila anda telah biasa menjalani hidup sehari-harian di bawah kawalan tekanan budaya kerja yang tinggi dan kemudian anda keluar daripada ruang tersebut, anda akan menjadi seperti seorang perokok tegar yang secara mendadak ingin berhenti. Itu jauh lebih berbahaya.  Keselesaan membunuh anda. Membaca buku Boonsiri Somchit  When The Chicken Dies, Everyone Cries membuatkan saya rindu semula pada i