Posts

Showing posts from May, 2017

hal-hal kecil yang menjadi kegemaran, bahagian 1

Setiap individu mempunyai benda-benda kecil (atau besar) yang menjadi kegemaran dalam hayat mereka di muka bumi dan perkara ini sangat subjektif. Tidak semua orang atau tidak akan ada orang yang mempunyai tarikan cita rasa yang sama dengan anda seratus peratus. Dan itu bagus kerana mewujudkan kepelbagaian, kalau semua remaja perempuan meminati Camila Cabello atau kaum lelaki cenderung menyokong kelab Spurs atau pasukan Itali, maka aliran kegiatan kapitalis akan pincang. Berikut antara hal-hal yang saya sukai, ada banyak lagi tetapi ini yang teratas dan tidak dihakis oleh kemunculan godaan-godaan semasa.  1). Quote kegemaran      You say that you love rain, but you open your umbrella when it rains. You say that you love the sun, but you find a shadow spot when the sun shines. You say that you love the wind, but you close your windows when wind blows. This is why I am afraid, you say that you love me too. William Shakespeare 2). Buku (fiksyen) - Semua buk