Posts

Showing posts from November, 2017

Terbaik Oktober

Image
Salam, semoga anda sihat sejahtera. Bermula November ini saya akan berkongsi filem terbaik (mengikut citarasa saya) serta buku terbaik (juga mengikut pilihan hati saya) dan jika saya rajin saya akan membuat penjelasan panjang berjela-jela mengenai pilihan itu tetapi sekiranya tidak, saya hanya akan menyebut judul-judulnya. Anda tentu lebih rajin menonton dan membaca. Senarai ini hanya salah satu di antara ratusan filem dan buku yang anda baca. Cita rasa manusia memang jarang sama. Filem terbaik The Happiest Day in Oki Mali Life Menonton filem ini mengingatkan saya kepada novel  Hector & The Search For Happiness karangan Francois Lelord, pengarang Perancis yang banyak menghabiskan usia dewasanya di beberapa buah negara Asia Tenggara dan sekarang menetap di Thailand. Di pertengahan filem ini, saya teringat pula (sebenarnya membawa ingatan saya kepada Denis Theriault yang menulis novel The Peculiar Life of a Lonely Postman, juga pengarang Perancis yang kini menetap di Ka