Posts

Showing posts from June, 2018

Hari-Hari Terakhir di Jesselton

Image
Beberapa judul buku saya boleh dicari (kalau rasa mahu beli untuk bacaan sekarang dan masa depan) di Kedai Nano  https://shopee.com.my/kedainano  ðŸ’›ðŸ˜Š Memulakan dan menyudahkan manuskrip novel ini memberi kesan yang pelbagai. Saya memulakan dengan cepat tetapi menutupnya perlahan (bahkan tertangguh banyak kali) dan melalui proses penambahan serta suntingan pada saat-saat akhir agar ceritanya tidak tergantung. Termenung juga saya dibuatnya selama beberapa minggu ketika editor novel ini, Puan Salona bertanya apakah ceritanya sengaja dibiar tergantung atau saya perlu membuat penambahan? Dan meskipun saya membuat penambahan tetap saja ada persoalan yang tidak berjawab (sengaja?) dan saya membiarkan pembaca sendiri yang membuat kesimpulan. Selama saya menukangi manuskrip ini saya membayangkan visual drama pentas kerana hampir seluruh cerita dalam novel ini digerakkan dengan perilaku dan fikiran watak-wataknya sebagai seorang bintang bangsawan. Mereka berlakon untuk cari makan dan sehin

Malaysia Baharu

Salam hormat. Ya Tuhan! Bersawang blog ini. Sudah jadi macam rumah yang ditinggalkan. Di tempat kami ada banyal hal yang telah bertukar walaupun alamat dan jalan pulangnya masih seperti dahulu. Saya bukan pengguna tegar media sosial tetapi saya fikir saya tak ketinggalan sebarang maklumat penting kerana ramainya pasukan bawang di sekeliling saya yang sering mengemas kini kejadian penting yang berlaku. Saya fikir sekiranya mereka hidup pada era kegemilangan siri detektif Sherlock Holmes, sudah tentu Sir Arthur Conan Doyle akan mengibarkan bendera putih. Pada pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini, saya berbual dan berbincang panjang (secara serius) dengan Sdr SM Zakir, Rebecca serta beberapa teman sesastera lain berkenaan isu 'terperangkap' dengan gaya penulisan itu-itu juga dalam senario sastera Malaysia semasa atau sejak lima tahun atau lebih lagi sehingga sekarang. Kita ada sekumpulan pengarang yang berani keluar dari zon penulisan selesa, yang rajin memba