Posts

Showing posts from October, 2015

mencari Tuhan di dasar laut, Rita menyampaikan suara lautan

Image
Saya fikir sekiranya laut serta semua isi laut serta makhluk terdekat dengan laut serta pantai merupakan makhluk yang diberi hak menyaman manusia di atas sikap rakus mereka, maka Rita layak mendapat komisyen tinggi di atas setiap hasil saman tersebut atas jasanya mewakili setiap luka dan kedukaan laut menerusi sepotong puisi. Di sabah (merujuk kepada negeri asal penyair ini), apabila kita menyebut penyair yang betul-betul bagus menulis tentang laut, nama-nama seperti Saibil Madun, Saik Dalwis dan Jair Sulai akan segera disebut kerana kefasihan mereka melukis gambaran alam terutama laut secara dalam. Rita muncul terkemudian dengan teknik penulisan prosa dan fakta-fakta, yang tidak semua diketahui oleh pembaca biasa melainkan jika kita penyelam skuba yang mengenali tentang sargassum, jenis-jenis penyu dan jerung, atau pencina alam tegar yang mengikuti haiwan-haiwan laut yang didera oleh pencemaran sisa toksik buatan manusia.  buku setebal 54 halaman ini, meskipun singkat,

Light Boxes dan kegilaan Shane Jones

Image
Tarikan utama saya membeli buku ini kerana kaver yang cantik, mengingatkan saya kepada kaver novel Saman, segera mengundang rasa ingin memiliki bagi penikmat seni.  Membaca Light Boxes yang setebal 167 halaman, diterbitkan pada tahun 2009 oleh Penguin Group, bersaiz passport dan lebih ringan daripada mana-mana telefon pintar pada masa kini, bukanlah satu jaminan bahawa anda boleh menghabiskan buku ini dalam tempoh masa yang singkat. Membaca Light Boxes tidak sama seperti membaca karya-karya Chinua Achebe atau Paulo Coelho. Namun sekiranya anda penggemar Marquez atau Laszlo, barangkali buku ini bakal menghiburkan anda dan mengenyangkan.  Buku ini gabungan prosa dan puisi. Absurd. Fantasi liar. Complex. Experimental. Surreal. Indah. Suara generasi baharu dalam sastera (jika boleh dianggap begitu).  Bakal diadaptasi ke layar perak, khabarnya! Cerita dalam buku ini berkisah mengenai perang terhadap Februari. Latarnya  di zaman pra industri, di sebuah kampung, langit tiba