Posts

Showing posts from November, 2015

Hanyut, Novel Wacana Penentangan bentuk baharu

Image
Membaca Novel Hanyut terbitan DBP 2015 menghubungkan pembaca kepada hubungan manusia Barat dengan manusia Timur, serta hubungan manusia moden dengan manusia masa silam menerusi peranan pelayaran dan sebuah pulau sebagai medium penyampaian. Di sini Faridah Abdul Hamid, pengarang novel ini berusaha mengembalikan kegemilangan aktiviti maritim di Tanah Melayu yang pernah gemilang suatu masa dahulu. Novel Hanyut lebih bersifat Wacana Penentangan dan Wacana Penerimaan, boleh juga dikaji dari sudut Pascakolonial, Subaltern atau Model Todorov: Hubungan Penjajah-Peribumi. Namun demikian, sekiranya dilihat dari sudut teori Wacana Penentangan dan Wacana Penerimaan, novel ini bakal menyerlahkan pemikiran serta idealisme pengarang, sekali gus mengungkap hal-hal tersurat dan tersirat dalam novel Hanyut. Luke, seorang pemuda tampan berketurunan Belanda-Melayu yang menjadi mangsa perceraian ibu bapanya. Luke dan adik-beradiknya membesar di Barat, manakala ibu Luke seorang Melayu telah kembali k

The Last Lecture, Randy Pausch, buku kenang-kenangan untuk anak-anak.

Image
Pada kali pertama buku The Last Lecture berada di tangan saya, dugaan saya buku ini pasti lebih kurang sama dengan  Tuesday with Morrie karangan Mitch Albom, yang akan berkisah mengenai seorang profesor tua dan seorang pemuda yang mendengar cerita tentang kehidupan yang penuh dengan pengajaran muluk-muluk. Malahan, saya turut menduga  buku ini mempunyai bau-bau bacang buku- buku motivasi ala-ala Anthony Robbins atau Stephen R.Covey. Ternyata dugaan saya meleset 360 darjah. The Last Lecture dibukukan oleh Randy Pausch sebagai kenang-kenangan buat tatapan anak-anaknya yang masih kecil ketika dia di ambang kematian. Saya tidak (belum lagi) menonton di youtube rakaman video the last lecture yang pernah viral dan menyentuh hati ramai manusia beberapa tahun lalu. Membaca buku ini selepas beberapa tahun kematian Randy Pausch telah menjadikan buku ini sangat istimewa seolah-olah saya membaca sebuah biografi seseorang yang tidak pernah saya kenali namun amat menyentuh perasaan kera

Monsoon Country, calon penerima Hadiah Nobel Sastera dari Thailand

Image
  Buku Monsoon Country terbit pada tahun 1988, 12 tahun sebelum menjelangnya millenia.   Apa yang terlintas dalam fikiran kita selama tempoh tersebut? Tentunya banyak sekali hal-hal mengenai perubahan pemikiran, gaya hidup, gejolak politik, turun naik prestasi ekonomi di Thailand bahkan juga di serantau Asia Tenggara, ancaman sosial serta pertembungan budaya yang lebih rencam di bawah langit terbuka. Selalunya pasti berkisar mengenai semua itu. Tambahan pula semenjak Revolusi 1932 yang dipelopori oleh anak-anak muda bagi menjatuhkan warisan monarki, yang berlanjutan ke tahun 1933 hingga berlakunya pergolakan politik menekan institusi beraja sampai menjelangnya kejatuhan perhimpunan kebangsaan dan pembahagian kuasa raja dengan parlimen sampai ke hari ini, telah mengubah landskap sosial dan budaya di Thailand. Entah apakah kebetulan atau suatu petunjuk kebangkitan kesusasteraan di negara gajah putih, novel A Child of the Northeast karangan Kampoon Boontawee turut diterjemah k

biodata ruhaini matdarin

Apakah yang lebih utama bagi seorang pengarang; Adikarya, kepuasan peribadi? Atau, menulis karya yang akan menjadi milik masyarakat? Saya menulis untuk menyelamatkan diri, supaya kekal waras sebagai manusia.  Ruhaini Matdarin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di Kota Kinabalu, Sabah. Alhamdulillah sepenuh masa hamba Allah. Mendapat pendidikan sehingga Sarjana Pengurusan Kewangan, pernah berkhidmat sebagai juruaudit, pengurus kewangan dan penasihat kewangan di beberapa buah syarikat pembinaan dan konsultansi. Pernah berkhidmat di Tak Community Collegge sebagai tenaga pengajar separuh masa program budaya Asean 2012-2013. Bermula tahun 2016 memilih untuk bekerja secara freelance (tapi hal ini ternyata menambah kesibukannya terhadap kerja hakiki) supaya boleh menulis pada bila-bila masa yang disukai dan melakukan perkara lain yang lebih bermanfaat selain bekerja keras hanya untuk membayar bil dan cukai-cukai. Ahli Badan Bahasa dan Sastera Sabah serta a hli seumur hidup Penulis Nasional (PENA

the hunger games, huminodun dan Trivia.

Image
Buku pertama daripada tetralogi terlaris antarabangsa, yang kini sebuah filem blokbuster. Di Eropah para penulis membuka persoalan mengapa Generasi K jatuh hati terhadap Hunger Games. Ramai penggemar Jennifer Lawrence berbaris membeli tiket di pawagam pada hari pertama tayangan filem ini. Saya membayangkan sekiranya Huminodun (cerita dongeng rakyat kadazandusun di Sabah) diangkat ke layar perak dalam horizon yang lebih luas, saya fikir plotnya jauh lebih mengujakan. Dan saya membayangkan Si Cantik Remedios yang terbang dari langit Macondo dan muncul di bilik penginapan Raisa di Rom, dalam novel saya Trivia, keluar dari halaman novel ke bentuk baharu, kaca televisyen misalnya :) *** Di celah-celah runtuhan tempat yang pernah dikenali sebagai Amerika Utara, terletak sebuah negara bernama Panem, Capitol yang megah dikelilingi 12 daerah terpencil. Capitol yang kejam dan zalim, mengawal daerah-daerah dengan memaksa mereka menghantar seorang budak perempuan yang berumur antara 12 da