Posts

Showing posts from September, 2016

catatan bulan september (1)

Saya dan Ka (dari Snow dan Trivia) mencicipi secangkir Kopi Tenom di Anjung Senja lalu bercerita pada saya mengenai pelbagai jenis kopi yang pernah dinikmatinya di seluruh dunia. Usai dia bercerita tentang kopi, saya pun memuji dirinya yang tidak begitu 'Heroic' dalam mana-mana novel yang pernah dia berada. Wataknya digasak oleh macam-macam ideologi dan idealisme tapi dia berjalan  - go with the flow - dan tidak ditelan oleh plot - tidak berasa terancam dengan watak-watak lain - tidak menunjuk-nunjuk yang dia itu bagus - tetapi akhirnya dia yang berada di hujung cerita bersama jawaban (sama ada terlerai atau pembaca fikir sendiri), kagum sungguh saya. Dan saya memberitahunya, semasa saya mengikuti Program Penulisan MASTERA di Cianjur, Indonesia pada bulan Ogos lalu, mengenai saranan salah satu pembimbing program iaitu Pak Agus R Sarjono; dosa besar seorang penulis ialah menulis cerita yang membosankan dan sebuah karya yang bakal bertahan lama di dunia ialah cerita yang tidak h