Posts

Showing posts from November, 2016

catatan mengenai orang-orang biasa yang luar biasa

http://ruhainimatdarin.simplesite.com/ Jiran saya pencinta kucing (walaupun pada saat ini beliau cuma mampu membela dua ekor kucing kerana kekangan tugas di pejabat). Beliau berkisah mengenai almarhum ayah beliau yang membelanjakan waktu hidup dengan mengasihi kucing yang ditemui di pinggir jalan, di kedai makan, kucing-kucing yang dibuang serta kucing-kucing yang diserahkan orang kepada beliau. Kata jiran saya lagi, ayahnya seorang yang tidak pernah berkira dalam soal memberi makan pada kucing. Dipendekkan cerita. Kata beliau, pada hari ayahnya meninggal dunia beratus-ratus kenderaan diparkir di sepanjang jalan bagi memberi penghormatan terakhir. Beribu orang hadir (sahabat yang dikenali di kedai kopi, kenalan jauh dan dekat dan ahli keluarga termasuk wakil rakyat - kebetulan YB di kawasan beliau itu merupakan sepupu sekali beliau) dan kata jiran saya, rezeki almarhum melimpah ruah. Wang sedekah para peziarah tidak habis makan setahun. Bahkan setelah disedekahkan kembali rezeki ter