Posts

Showing posts from October, 2016

catatan bagi bulan-bulan yang tertangguh

http://ruhainimatdarin.simplesite.com/ Beberapa buah laman sosial yang saya pernah mendaftar sebagai pengguna, kini sudah jadi pusara (kata laluan pun lupa dan tidak pernah reset walau sekali). Facebook menunggu masa jadi arwah. Banyak kali saya ingin mencuba aktif (kerana teman-teman lain pun sibuk juga dalam hidup tapi mereka masih punya masa untuk 'like' dan 'comment' atau memuat naik status sekurang-kurangnya 10 status sehari) kagum saya dibuatnya. Sejak kebelakangan ini saya disibukkan oleh kucing-kucing serta buku-buku yang melambai-lambai di rak yang belum disentuh, sudah dibaca separuh (tapi bila menyambung bacaan, saya hilang arah dan harus membaca semula dari awal, parah!) dan beberapa buah buku yang harus diulang baca sebagai rutin tahunan. 13 Oktober 2016, Raja Bhumibol mangkat. Saya percaya waktu-waktu sukar yang beberapa tahun lalu yang cuba ahli keluarga baginda tangguhkan dan melawan dengan segala usaha sains perubatan yang terdaya, sudah sampai k