Posts

Showing posts from June, 2016

selamat hari raya

Selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. PS: Pandu berhati-hati bila balik ke kampung, jatuh terhempas di jalan raya besar tak sama macam jatuh cinta.

Trivia bulan Ramadan

Saya membayangkan Eka Kurniawan bikin cerita baru dan di dalam cerita barunya ada watak Maman Gendeng (Cantik Itu Luka), Margio (Lelaki Harimau) dan Ajo Kawir (Seperti Dendam, Rindu harus Dibayar Tuntas). Pasti gempak. :) Kalau saya Eka, saya pasti sedang dan telah menukang idea ini. Dan, Saya membayangkan  Marquez memberi nama kepada watak lelaki tua yang dikenali oleh pembaca sebagai  'unknown hero' dalam Memories of My Melancholy Whores dan beliau masuk ke latar masa ketika Luis Alejandro Velasco ( The Story of a Shipwrecked Sailor) kembali ke Columbia lalu menceritakan pengalaman getirnya semasa kapal karam. Tapi Marquez tak pernah melakukannya dan beliau telah berangkat. .................... Dalam A-Quran ada banyak cerita luar biasa. Allah mempertembungkan kisah satu nabi ke nabi yang lain dari latar waktu dan tempat yang jaraknya di luar jangkauan kepala manusia. Tapi dalam ribuan kisah itu kita selalu diperdengarkan mengenai kisah Yusof dan Zulaika. Be