Posts

Showing posts from September, 2017

Proses kreatif seorang Ruhaini

Pada satu-satu masa, saya disiplinkan diri (mewajibkan) membaca lebih daripada 5 buku. Satu bab sehari bagi setiap buku. Sebulan, atau kurang mesti habis baca. Buku-buku yang saya baca tidak semestinya fiksyen. Kadangkala seorang penulis mendapat ilham ketika membaca buku-buku bukan fiksyen, buku motivasi misalnya, buku-buku agama, buku panduan memasak, apa sahaja yang boleh dibaca. Simpan dalam kepala. Suatu masa kelak antara jutaan maklumat dalam kepala kita akan melompat keluar di celah-celah plot cerita yang kita tulis. Itu dipanggil proses kreatif. Ada penulis lebih selesa menulis sambil mencari maklumat. Saya tidak begitu. Bila saya menulis, saya hanya akan menulis. Bila saya membaca, saya hanya membaca. Tetapi, bila saya sudah habis baca 10 buah buku, saya mesti menulis sekurang-kurangnya dua cerpen dan melakar plot sebuah novel (siap atau tidak, soal kedua) dan saya simpan. Dahulu saya menulis hampir setiap hari, kini kurang. Tetapi saya membaca setiap hari. Barangkali usia