Posts

Showing posts from 2020

Rumah, manusia dan buku

Image
  Yang menghidupkan bangunan dan rumah ialah buku. Yang menghidupkan buku dan tulisan ialah pembacaan - Ruhaini Matdarin. Anda tahu wahyu pertama diterima Nabi Muhammad SAW ialah iqra? Membaca? Anda tahu membaca buku-buku yang baik adalah makanan jiwa? Nah! Ini senarai buku baharu dan buku lain penulis yang masih beredar dengan baik di pasaran. Novel Yang Mendekat dan Menjauh, 2020 Anda suka fiksyen sejarah dan nostalgia? Anda suka drama, thriller dan percintaan? Cuba baca buku ini.  https://dbpniaga.my/Inventori/Detail_Inventori?i=NDQyOA== Buku Cerpen Cerita Orang Orang Sunyi, 2020 Anda mahu membaca tulisan yang lain daripada yang lain tetapi masih sedap? Realiti? Rasa sunyi yang membikin kita berfikir macam-macam? Cuba buku ini.  https://shopee.com.my/Ruhaini-Matdarin-Cerita-Orang-orang-Sunyi-(Cerpen)-i.244858014.5228010556 https://shopee.com.my/Cerita-Orang-Orang-Sunyi-RUHAINI-MATDARIN-i.151076202.6223947485 Kenangan Melankolik Pefempuan Pendamping Waktu, 2020 Anda suka membaca buku

YANG MENDEKAT DAN MENJAUH

Image
 Manuskrip novel ini saya mulakan lebih awal daripada Hari-Hari Terakhir di Jesselton. Awal beberapa bulan tetapi tidak saya sudahkan kerana hilang momentum (pada ketika itu), anda yang pernah membeli dan membaca novel tersebut pasti mengetahui tahun terbitnya ialah pada 2018. Novel Yang Mendekat dan Menjauh ini saya mulakan sejak pertengahan tahun 2015, siap sepenuhnya pada 2017. Terbit 2020. Ingatan saya ketika menukangi novel ini sudah kabur. Akan tetapi, saya mengingati teks rujukan yang membantu saya menyudahkannya - buku-buku langka dan obsesi terhadap Agnes Newton Keith - saya mengumpul semua buku-bukunya dan menghafal catatan kembaranya di Borneo Utara sehinggalah perang meletus. Saya pergi melawat rumahnya di Sandakan dan membayangkan saya hidup pada zamannya. Sudah tentu, ia sukar memasuki, menyalin dan menyuntik semangat zaman yang terdapat dalam novel ini, saya sedar bahawa satu-satunya hal yang perlu saya titik beratkan ialah kekuatan gambaran watak serta latar masa. Mujur

Novel Baharu 2020; Yang Mendekat dan Menjauh

 

Tentang keinginan dan Batasan

  There is a portion of the cerebral cortex of your brain, folded deep within an area between the temporal and frontal lobes, it's called the insula, and it's where desire starts - Meredith Grey Anda pasti mempunyai lingkungan individu berkeinginan tebal (mahu mencapai banyak) tetapi terhalang oleh batasan yang semua orang mengetahuinya. Kecuali dirinya sendiri tidak melihat. Ini cerita tentang jiran saya.  Kisah ini berlaku hampir 5 tahun lalu, bukan di kawasan kediaman saya sekarang. Jiran yang mempunyai hobi menukar kenderaan. Setiap bulan pasti ada wakil syarikat pinjaman swasta datang ke rumahnya. Secara tiba-tiba saya teringat akannya kerana, mungkin melihat keghairahan orang sekeliling, di sini dan di sana, berkata tentang model kenderaan baharu yang tular. Padahal ekonomi sangat tidak stabil dan berbahaya bagi perahu-perahu kecil. Suka atau tidak, hampir semua orang terikat dengan Teori Hierarki Keperluan Maslow. Saya selalu ingin melawan teori ini. Saya mungkin berjaya

Cerita Tentang Sahabat dan Cintanya Yang Luar Biasa

 Ini cerita kawan saya ..... cinta dapat tumbuh di segala tempat, termasuk di dalam gelap dan cinta yang tumbuh di dalam gelap juga memberikan hidup - Norman Erikson Pasaribu Kawan saya tidak gemar pada perkongsian. Saya masih ingat dahulu dia pernah memberitahu, manusia sepertinya harus mencintai seseorang yang tak punya orang tua, keluarga, teman, bahkan haiwan belaan, agar seluruh hidup dan tumpuan diberikan kepadanya. Tapi saya bilang, sekiranya 'seseorang' itu dilahirkan oleh batu dan dirawat oleh pohon-pohon, saya juga mahu dicintai oleh seseorang seperti itu. Seperti cermin, seperti bayang-bayang .....  Kawan saya kuat curiga dan cemburu. Saya juga begitu (sifat ini penting untuk berjaya). Tapi kami mencintai orang yang mempunyai orang tua, kawan-kawan (yang datang lebih awal daripada kami), masa lalu yang kencang, mantan-mantan yang selalu muncul dalam memori mereka, serta, impian (yang kami tidak dimasukkan ke dalamnya, ini sedih dan sekali gus boleh jadi punca perang)

Kenapa anda menulis? SUNTIK 4/2020 - bahagian 2

Milan Kundera berkata; jika anda hendak menghancurkan sesebuah bangsa, musnahkan tulisan dan bahasanya terlebih dahulu.  Untuk apa anda menulis? Untuk siapa anda menulis? Adakah terkurung menjadikan anda lebih produktif dan kreatif? Kita membaca Hamka, Shahnon Ahmad, Azizi Abdullah, Arundhati Roy, Pramoedya, Ayu Utami, Roslan Jomel, Syed Mohd Zakir, Chinua Achebe, Marlon James, Michio Kaku, Yuval Noah Harari ( anda senaraikan sendiri buku dan pengarang yang anda baca hasil tulisan mereka) dan apa yang anda temui dalam tulisan mereka? Sudahkah anda menguasai semua peralatan sastera? Secara keseluruhannya karya cerpen yang disiarkan dalam tiga akhbar utama di Sabah sepanjang Mac 2020, mutunya itu-itu juga tetapi seimbang. Saya ingin penulis muda seperti Hanif Yusof dan Edward Solibi serta Sabran Kibong bermin di padang sastera yang lebih luas. Daya khayalan mereka bagus tetapi apabila kita membaca tulisan mereka, bagaikan ada sesuatu yang mengikat mereka untuk meneroka lebih j

Cerita Orang-Orang Sunyi

Image
Buku ini boleh dibeli di Kedai Nano  https://shopee.com.my/kedainano  😁 Ketika seorang pengarang ingin menulis kisah yang hidup, pengarang itu akan sedaya upaya menyembunyikan kebenaran. Hal itu berlaku terhadap buku ini. CERITA ORANG-ORANG SUNYI. Tujuan tulisan ini dibuat bukan untuk menjual buku tetapi saya hanya ingin memberitahu saya mempunyai buku baharu. Ia buku kumpulan cerpen saya ketujuh dan jauh lebih bermakna berbanding buku cerpen saya yang lain. Saya tidak pernah meletakkan sebarang sasaran untuk mempunyai sejumlah buku cerpen, atau novel atau buku dari gendre lain begitu dan begini banyaknya, tetapi saya mempunyai kesabaran agak tinggi ketika berkarya (tanpa memikirkan ke mana buku itu akan pergi) dan syukur kepada Tuhan kesabaran itu belum meninggalkan saya. Terima kasih untuk S yang telah menjadi bahagian (meskipun bukan seluruhnya) penutup cerita dalam buku ini  Sebuah realisme. Benarlah agaknya apabila semakin bertambah usia kita, kematangan penulisa

Daya khayalan dan bakat tidak pernah cukup (1) SUNTIK 4/2020

Image
Sebelum membaca cerpen-cerpen yang disiarkan dalam tiga akhbar: Utusan Borneo, New Sabah Times dan Daily Ekspress, dengan kerjasama DBP Cawangan Sabah dan SUNTIK, bagi siri SUNTIK 4/2020 lalu, saya membayangkan mutu cerpen penulis negeri ini semakin baik. Semasa membaca, batuk-batuk kecil saya menjadi bertambah serius. Kita sudah berada pada tahun 2020 dan saya teringat akan cerpen-cerpen India tahun 70-an, sebahagian daripada tulisan cerpenis negeri ini membawa saya kepada kualiti penulisan penulis India empat dekad lalu. Adakah ini sesuatu yang baik? Setelah membaca, saya mendapati kita masih mengulangi pencapaian yang lalu-lalu. Kita menulis kerana ingin membebaskan daya khayalan dan mengasah bakat. Ini sama sekali tidak salah. (Orang Sabah bilang, ndak juga ditangkap polis bah gaman) Secara keseluruhannya cerpen sepanjang bulan Mac 2020 seimbang. Memandangkan ini program apresiasi - bermaksud pandangan penilaian saya tidak menggambarkan pandangan seluruh penikmat sastera lai

Dua dekad lalu sebelum tahun ini

Saya terkenang kapsul yang kami tanam dua dekad lalu di Sabah Collegge. Saya tidak dapat mengingati apa apa yang saya tulis tapi ia berkaitan dengan tahun 2020. Tiga bulan berlalu 2020. Lima tahun lalu saya terpesona dengan buku karangan Albert Camus berjudul The Plaque. Hari ini apabila saya membacanya sekali lagi, saya berasa gementar. Buku itu mewakili perasaan saya pada ketika ini yang saya sembunyikan daripada sesiapa. Saya tidak percaya dunia yang kita huni hari ini menuju distopia. Kegigihan anda menyelak helaian sejarah hanyalah rutin manusia pada setiap zaman. Yang berubah mungkin suasana dan hati kita. Novel The Plaque ditulis pada zaman yang akan membuat pelayar media sosial tegar pada hari ini akan menjadi tidak siuman kerana zaman itu - ketika wabak melanda, seluruh perhubungan terputus di Bandar Oran. Hari ini, kita melawan Covid 19 sekali dengan pakej melawan orang yang kita rasa boleh menjadi ancaman buat kita - meskipun hanya dengan satu tweet dan status tanpa m