Posts

Showing posts from July, 2016

catatan di bulan Julai

Antara cerita kelahiran bayi dan keberangkatan ke alam kematian, mana satu yang meninggalkan kesan lebih mendalam pada diri kita?  Seorang bayi yang lahir, untuk beberapa tahun akan datang pasti akan  meningkat remaja, mempunyai kepintaran itu dan ini, menjadi sumber bahan ketawa dan gaduh orang tuanya serta jika saya ditakdirkan bernafas lebih lama untuk melihatnya menjadi dewasa dan memanggil saya mak cik atau nenek. Maklumat mengenainya akan berterusan saya terima. Akan tetapi, bagi seseorang yang saya kenali selama lebih, katakanlah tiga dekad dan semalam berangkat kerana dipanggil Penciptanya memasuki sempadan akhirat. Berita mengenainya akan terputus sama sekali pada saat arwah ditanam ke dalam liang lahad. Kita tak dapat membayangkan untuk beberapa tahun akan datang, perjalanannya di alam yang tak  ada manusia hidup pernah ke sana dan kembali pada kita untuk bercerita. Kita mengenang mereka yang telah pergi ini dalam doa-doa. Kamu mungkin memanggilnya kehilangan atau rindu. D