Posts

Showing posts from April, 2016

Catatan seputar hidup harian yang tiada kena mengena dengan buku

Image
1. Sejak mencecah usia 35 tahun, saya ada satu kecenderungan baharu iaitu gemar melakukan pembelian di atas talian (dengan dan tanpa diskaun, nampak tak tanda-tanda penuaan ketara?) buku-buku yang saya fikir tidak akan pernah  saya perolehi di Kota Kinabalu atau malas hendak mengangkat banyak-banyak sekiranya berpergian ke Kuala Lumpur atau ke kota-kota lain. Melainkan jika buku itu benar-benar saya perlukan untuk dibaca segera (misalnya buku-buku shortlist The Man Booker Prize 2016) dalam pesawat atau dalam perjalanan yang memakan masa berjam-jam dalam kenderaan. Orhan Pamuk tetap berbisa menerusi A Strangeness In My Mind. Tapi saya percaya Yan Lianke menerusi novel beliau The Four Books, bakal memberi saingan sengit. Beliau seorang penulis yang bermain dengan teknik penulisan yang baik.  2. Saya telah menonton filem Ada Apa Dengan Cinta 2. Pada saya ceritanya biasa-biasa aja. Sepasang kekasih yang terpisah oleh jarak dan waktu. Krisis yakin diri. Soal setia dan percaya. 

lagi lagi tentang buku

Image
1. Saya suka idea novel tulisan Yangsze Choo dalam The Ghost Bride. Latar masa dan tempatnya, serba kena dan lebih-lebih lagi ia membawa satu tema yang jarang diterokai oleh pengarang berbangsa Cina (Malaysia) di luar negara. Novel ini novel budaya. Keseronokan membaca novel seumpama ini, ia banyak bermain dengan perspesi dan emosi. 2. Selepas habis membaca novel Sahidzan Salleh - Pada Waktu-Waktu Yang Terhapus, saya memandang kucing hitam dengan cara yang berbeza berbanding sebelumnya. Walaupun elemen dalam novel ini pada kebanyakan tempat dapat diteka hasil pengaruh kepengarangan (sebab Sahidzan juga pembaca tegar, selain suka menonton filem, saya teka) beberapa orang pengarang antarabangsa, namun ia tetap memberi nikmat pembacaan yang menyenangkan. 3. Novel Pohon Emas karya Wahba bermula dari cerpen. Dipanjangkan menjadi novel, meskipun masih nipis namun perlu waktu (menghadam) yang agak lama juga buat saya menghabiskan pembacaan. Penerbit melabel buku ini sebagai novel fantasi