Posts

Showing posts from March, 2016

superman meninggal?

Image
Alasan utama saya pergi menonton Batman V Superman: Dawn of Justice, bukan disebabkan kerana Ben Affleck (yang tidak menyukai komik tapi akhirnya memegang watak Batman seorang adiwira adaptasi komik) tapi kerana political interest dalam plot yang ditawarkan kepada 'pencari bahan' seperti saya. Tambahan pula sejak kebelakangan ini saya menggemari mana-mana idea 'mash up' sama ada dalam industri buku atau hiburan. Sebelumnya sudah muncul Pride and Prejudice and Zombie hasil adaptasi daripada karya Jane Austen dan Seth Grahame Smith. Saya juga telah melakukan percubaan kecil menerusi novel TRIVIA. Walaupun ia tidak menepati idea mash up dan lebih kepada interteks, namun proses menulis novel tersebut sangat menyeronokkan.  Menonton pada hari pertama tayangannya di Malaysia. Full house. Bila full house, macam-macam jenis penonton yang berada di dalam pawagam. Termasuk bayi berusia setahun ke bawah yang ingin mengatasi Superman terbang dalam filem dengan tangisan me

mentor

Image
Saya berada pada fasa menukang karya serius (perlahan-lahan meninggalkan zon sastera remaja semenjak kumpulan cerpen Fiksi Buat Marquez - bakal terbit) namun tanggungjawab datang bertubi-tubi menyuruh saya berkongsi, membimbing dan menjadi mentor kepada rakan penulis serta adik-adik yang baru hendak bermula. Ada beberapa karya yang saya fikir sangat baik dijadikan bacaan tambahan buat- terutama adik-adik di peringkat universiti dan menengah atas yang sering berhadapan dengan masalah bagaimana hendak memindahkan idea ke dalam seluruh cerita - teknik mengolah, menyedapkan plot, mencukupkan halaman muka surat dan tersekat pada bahagian klimaks. Novel 1. Senjakala - Baharuddin Kahar 2. Detektif Indigo - Faisal Tehrani 3. Advencer Si Peniup Ney - Faisal Tehrani 4. Warisnya Kalbu - Sri Rahayu. 5. Kotak - novel ini tulisan saya sendiri, bukan bermakna ia bagus tapi saya menekankan tentang teknik pengolahan bagi adik-adik yang sering bertanya; bagaimana hendak menjadikan karya