Posts

Showing posts from 2019

2019 yang akan jadi pendiam dan penyegan

Agak lama blog ini bersawang dan saya hampir-hampir lupa bahawa saya pernah menanam hasrat untuk menulis di blog sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Nampak gayanya, musuh utama kita ialah diri kita sendiri. Tahun 2019, saya fikir saya akan menjadi sangat perlahan menulis (menyudahkan manuskrip tertangguh atau memperbaharui manuskrip lama atau memulakan manuskrip baharu) kerana tumpuan saya ialah membaca semua buku yang belum dibaca sejak tahun lepas, bahkan sejak tahun sebelumnya lagi. Namun begitu, secara berdikit-dikit saya mencuri waktu memulakan, menyudahkan dan menghantar manuskrip, entah ke mana, tapi apabila mengenangkan Projek Antarabangsa saya dengan rakan-rakan penulis yang berkomplot hendak mengubah wajah sastera Malaysia (aisyemen) saya menjadi bersemangat dan saya memahami, bagi mencapai tujuan unggul itu, bukan sebulan dua yang perlu saya belanjakan, mungkin berbelas bulan, atau mungkin selama-lamanya. Pada waktu terdekat ini Sayembara Novel Futuristik sangat m