Posts

Karya paling lama saya tukangi

Image
 Di antara ruang waktu menulis buku Cerpen Melawan Yang Mustahil, saya sebenarnya telah memulakan kerja-kerja mengumpul bahan untuk menulis sebuah manuskrip - yang pada ketika itu, sekitar pertengahan tahun 2012 sehingga awal 2013, belum lagi saya tentukan hala tujunya, sama ada ia akan menjadi novelet seperti RACUNDA (terbitan BAHASA 2010) atau menghimpunkan beberapa puluh cerpen yang auranya (atau kegilaan) menyamai cerpen Yang Aneh (yang disenaraikan dalam antologi Istana Cinta Ayah (DBP 2009)- Pemenang Sayembara Mengarang Cepen Sempena 50 Tahun Merdeka, yang di dalamnya ada SN Shahnon Ahmad juga sebagai antara pemenang (ah! indah betul!)  Kulit buku yang anda tatap sekarang tertera judul Seteru Dalam Keheningan, judul-judul lainnya sudah terkubur dalam ingatan saya akibat kerap diubah, ditinggalkan, didatangi lagi, diubah lagi, didatangi lagi, sampai ke proses saya benar-benar duduk menulis dengan serius sekitar tahun 2017 sehingga 2019. Manuskrip ini siap 70-80 peratus tetapi saya

Feminisme Dalam Sastera, sudah lapuk?

 Jumaat lalu saya menjadi salah seorang panel dalam Wacana Pena, judul wacana ini sebenarnya tidak perlu dibahaskan lagi sebab jawabannya bertebaran di luar sana. Bukan sebab ia tidak penting untuk dibahaskan tetapi ketika berbahas serius sekalipun, kita tidak menemui satu cara yang paling tepat membicarakannya. Ini juga satu hikmah berwacana, selalu ada persoalan lain yang timbul.  Saya bukan penulis yang terikat dengan konsep keperluan memasukkan semua unsur perjuangan wanita (tapi bersikap terbuka dan menghargai idealisme dan intelektualiti)  hingga membuka peluang kepada saya kehilangan kebebasan kreativiti. Sengaja saya tidak menjawab panjang-panjang  (dengan wajah tension lagi, hahaha) sebab ia nyaris-nyaris gagal untuk dibicarakan kerana selagi soalan seperti 1). Adakah feminisme ini sudah lapuk? 2). Perlukah ia diterapkan ke dalam penulisan? 3). Perlukah penulis wanita menulis tentang nasib wanita? Ia akan membuka pertanyaan kali kedua, ketiga dan seterusnya kepada jawaban yang

Novel lama

Image
Setelah sedekad berlalu, saya tidak menyangka saya diberikan baki novel NISAN oleh penerbit (kita doakan semoga dia sihat sejahtera selalu) dan ingatan saya terhadap novel yang memenangi tempat pertama Hadiah Sayembara Menulis Novel Kerajaan Negeri Sabah Siri 1, sudah kabur (hampir tidak ada sama sekali).  Meskipun novel ini mempunyai sejarah dan kenangan - yang juga turut terkubur dalam ingatan - tapi apa yang saya ingat, ia kemuncak minat saya terhadap kubur, orang mati, batu-batu nisan dan para arwah memuncak. Penyebabnya saya fikir setelah ibu saya pulang ke kampung akhirat, saya mulai tertarik dengan cerita orang-orang mati.  Mungkin kegilaan saya tidaklah sama seperti kegilaan Alice Mundro menulis tentang wanita-wanita tua ketika usia mudanya. Atau, macam Eka Kurniawan yang cenderung meletak watak-watak orang mengalami gangguan mental dalam setiap cerpen dan novel beliau. Barangkali, ini boleh dipanggil ciri khas? Atau, kegilaan penulis? Khabar baiknya, novel yang tidak akan diul

What Makes Great Art?

Sampai ke saat ini Agatha Christie masih memegang title The Queen of Mystery. Beliau handal bab-bab racun, meracun dalam setiap novel beliau. Jadi, saya fikir yang menyebabkan beliau hidup sampai sekarang dalam ingatan semua orang ialah 'Christie was famously good on poisons'. Berapa ramai yang gagal meniru style Christie? Ramai.  Akira Kurosawa membikin filem Rashomon 1950, sentuhan ajaibnya mencetuskan Rashomon Effect (melalui filem ini saya menekuni POV yang segar), kita pun dapat membaca dan menonton beberapa karya yang mungkin pembuatnya mendapat inspirasi daripada Rashomon, misalnya Hero, Elephant, Gone Girl, Vantage Point dan The Usual Suspects.  Apa yang membuatkan karya seni itu menjadi masterpeice?  - Expression, Beauty, Narrative, Drama, Erotic, Realism, Form, Movement, Distortion, Symbolism. Jika anda pencina lukisan, anda akan mengambil kira beberapa aspek yang saya sebutkan di atas untuk menyebut karya itu indah. Ada yang sampai sukar dijelaskan dengan kata-kata.

Night, memoir seorang anak Yahudi yang terselamat daripada Nazi

Image
Buku ini asalnya ditulis dalam bahasa Perancis, terbit pada tahun 1958, 13 tahun selepas pengarangnya Elie Wiesel bebas daripada maut Perang Dunia ke 2. Pada tahun 1960 buku ini diterjemah ke bahasa Inggeris lalu menjadi buku laku keras seluruh dunia dan pada ketika itu beliau berusia 32 tahun. Saya membaca buku ini kali pertama pada tahun 2009 yang diterjemah oleh Marion Wisel. Dan, membaca kali kedua dalam terjemahan Bahasa Indonesia yang diterjemah oleh Marianne Katoppo pada tahun 2013. Saya membacanya sekali lagi pada tahun 2021 kerana dunia Islam digegarkan oleh serangan Zionis di Gaza pada sepuluh Ramadan akhir. Pada tahun 1986 Wiesel dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan. Saya tertanya-tanya, selain Talmud, apakah Yahudi membaca lebih daripada sekali akan buku yang bagus ini? Kerana ia menyampaikan kesakitan orang Yahudi selama Perang Dunia Ke 2, dicengkam oleh kekuasaan Nazi Jerman.  Gambaran Wiesel tentang manusia membunuh, menyiksa, memakan manusia sendiri bukanlah tulisan baha

2021

Semua fantasi saya tentang kecanggihan 2020 yang pernah saya bayangkan 15 tahun lalu, hancur lebur. Sehingga ke saat ini (9 Januari 2021 pukul 2.30 petang) sudah lebih 2 juta korban pandemik Corona di bumi. Ia menggerunkan setiap kali membayangkan bagaimana ia merebak sangat cepat masuk ke dalam rongga pernafasan manusia.  Beberapa hari lepas saya mengajukan cadangan novel baharu 2021 kepada calon Sasterawan Negara, Syed Mohd Zakir, tentang idea dan hasrat saya untuk memulakan penulisan novel 100 muka surat dan meminta Nusa Centre menerbitkannya. Semuanya berjalan baik. Dan, saya telah memulakannya, sudah lama saya ingin menulis cerita ini - kisah gelap jiwa manusia dan perlawanan dari dalam untuk terus hidup - dan ketika memulakannya saya teringat mesej Dr. Rem dalam acara sastera beberapa belas bulan lalu, tentang karya sastera di Malaysia membacanya ibarat kita bersetubuh, sakit tetapi tidak inzal. Sudah tentu perumpamaan ini akan mengundang reaksi pelbagai, namun bagi orang yang be

Rumah, manusia dan buku

Image
  Yang menghidupkan bangunan dan rumah ialah buku. Yang menghidupkan buku dan tulisan ialah pembacaan - Ruhaini Matdarin. Anda tahu wahyu pertama diterima Nabi Muhammad SAW ialah iqra? Membaca? Anda tahu membaca buku-buku yang baik adalah makanan jiwa? Nah! Ini senarai buku baharu dan buku lain penulis yang masih beredar dengan baik di pasaran. Novel Yang Mendekat dan Menjauh, 2020 Anda suka fiksyen sejarah dan nostalgia? Anda suka drama, thriller dan percintaan? Cuba baca buku ini.  https://dbpniaga.my/Inventori/Detail_Inventori?i=NDQyOA== Buku Cerpen Cerita Orang Orang Sunyi, 2020 Anda mahu membaca tulisan yang lain daripada yang lain tetapi masih sedap? Realiti? Rasa sunyi yang membikin kita berfikir macam-macam? Cuba buku ini.  https://shopee.com.my/Ruhaini-Matdarin-Cerita-Orang-orang-Sunyi-(Cerpen)-i.244858014.5228010556 https://shopee.com.my/Cerita-Orang-Orang-Sunyi-RUHAINI-MATDARIN-i.151076202.6223947485 Kenangan Melankolik Pefempuan Pendamping Waktu, 2020 Anda suka membaca buku