Posts

Showing posts from February, 2016

pesona karya indie; dalam kepala seorang posmen

Image
Kumpulan cerita pendek yang sangat pendek pernah saya baca. 85 halaman. Karya Lang Rahman. Buku ini saya beli bersama-sama Pena Alam di kedai buku Popular pada petang Jumaat, minggu terakhir bulan Februari 2016. Kami tidak berfikir panjang, masing-masing capai sebuah. Saya membacanya 'sekali harung' pada malam Sabtu. Habis dalam dua jam. Saya suka naratifnya meskipun sepanjang pembacaan saya tidak dapat membuang bayangan Etgar Keret, Murakami dan Roslan Jomel. Saya tidak ingin meneka bahawa Lang Rahman pembaca tegar cerpen-cerpen Etgar Keret. Cuma saja, Lang Rahman 'mengawal diri' untuk tetap tidak terbabas menuliskan hal-hal yang sepertimana Etgar Keret menulis dan menyebut hal-hal dalam seluar dalam secara terus tanpa berselindung.  Cerpen-cerpen 'kontot' di dalam kumpulan cerpen ini kadangkala menyerupai sketsa, misalnya cerpen Antara Cemburu dan Tayar Lori, ditulis cuma dua perenggan. Begitu juga dengan cerpen Eksperimen Karim, Gambus dan Fara

berpisah dengan kopi

Image
Apa rasanya jika dalam sehari kamu tidak mencicipi kopi? - Lebih teruk daripada putus cinta pertama atau sengugut. Maka bermulah perjalanan saya menjarakkan diri daripada kopi, jika dahulu enam ke tujuh cawan sehari, kini berkurangan sampai tiga dan dua cawan sehari. Lama-kelamaan menyusut ke satu atau dua cawan sehari. Semuanya atas alasan kesihatan dan perubatan. :) Berpisah dengan kopi mendorong saya menulis sajak. Selain mulai mengintai teh. Dan membaca Peter Carey menambah derita kerinduan saya terhadap kopi. Salam hormat. RM

Memori mengenai Jendela Menghadap Jalan

Image
Memori ketika menulis novel ini agak kabur dalam ingatan saya tetapi ia ditulis semasa arwah ibu masih di sisi. Sepuluh tahun sudah berlalu. Saya memulakan kerja-kerja mengarang naskah awal novel ini pada pertengahan tahun 2007, tanpa sebarang hasrat hendak menghantarnya ke mana-mana penerbitan. Namun dorongan utama saya untuk terus meneruskannya apabila saya membaca novel Sally Morgan berjudul My Place - sebuah novel lama pengarang Australia. Kini, saya tidak lagi mengingati akan plot buku tersebut namun saya sentiasa mengenang akan keindahan langgam bahasanya.  Pada hari ini, novel ini dikaji oleh para pelajar di empat buah negeri (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak) saya juga tidak pernah berhasrat novel ini menjadi bahan kajian sepertimana saya tidak menyimpan keyakinan tinggi ketika menghantar manuskrip novel ini kepada sekretariat Hadiah Sastera Kumpulan Utusan bagi tahun penilaian 2008. Sehinggalah pada suatu hari, pada penghujung bulan Februari atau awal Ma

king of the sea dan dina zaman

Image
Saya tidak ingat bila kali pertama saya mulai mengikuti tulisan-tulisan Dina Zaman di akhbar tetapi saya membaca bukunya I am Muslim beberapa tahun lalu. Terus tertarik.  Sementara King Of The Sea ini, "Sangat Melayu" meskipun ditulis dalam bahasa Inggeris. Saya sangat suka dengan cara Dina Zaman bercerita, sederhana tetapi berbekas - terus sampai ke hati.  Sembilan buah cerita, masing-masing berdiri sendiri. Ada cerita dongeng. Ada cerita syirik. Ada cerita tentang persepsi. Ada cerita tentang Melayu dan perangai azali mereka yang sampai bila-bila memang sukar hendak diubah.  Bomoh paling banyak mendominasi (selain bunian, sikit-sikit panggil bomoh setiap kali ada sesuatu yang tidak kena dalam hidup keluarga Melayu, terutama dekat laut dan nelayan). Sebuah reaslime yang mengasyikkan tetapi membangunkan. Saya baca berulangkali cerita 'Translator' serta 'Alia', masih saya tersenyum. Masih ketawa. Tetapi akhirnya apabila saya menutup bu