mentor



Saya berada pada fasa menukang karya serius (perlahan-lahan meninggalkan zon sastera remaja semenjak kumpulan cerpen Fiksi Buat Marquez - bakal terbit) namun tanggungjawab datang bertubi-tubi menyuruh saya berkongsi, membimbing dan menjadi mentor kepada rakan penulis serta adik-adik yang baru hendak bermula.

Ada beberapa karya yang saya fikir sangat baik dijadikan bacaan tambahan buat- terutama adik-adik di peringkat universiti dan menengah atas yang sering berhadapan dengan masalah bagaimana hendak memindahkan idea ke dalam seluruh cerita - teknik mengolah, menyedapkan plot, mencukupkan halaman muka surat dan tersekat pada bahagian klimaks.


Novel

1. Senjakala - Baharuddin Kahar
2. Detektif Indigo - Faisal Tehrani
3. Advencer Si Peniup Ney - Faisal Tehrani
4. Warisnya Kalbu - Sri Rahayu.
5. Kotak - novel ini tulisan saya sendiri, bukan bermakna ia bagus tapi saya menekankan tentang teknik pengolahan bagi adik-adik yang sering bertanya; bagaimana hendak menjadikan karya sederhana tapi menarik, bolehlah buat panduan.


Kumpulan cerpen

1. Buah Hati Cikgu - Mohd Mansur Abdullah
2. Biasan Prisma - Syafiq Zulakifli
3. Tetamu Istimewa - Mohd Helmi Abdullah
4. Pari-Pari Syurga - Farahana Hussain
5. Menuai Emas - Salina Ibrahim

Dan jika ada kudrat lebih, bolehlah menelaah karya bahasa Inggeris seperti:

The Kite Runner - Khaled Hosseini
Sophie World- Jostein Gaardner
The Curious Incident  of The Dog In The Night Time - Mark Haddon
Aristotle and Dante Discover the secrets of the universe - Benjamin Alire Sa'Enz


Senarai di atas hanya cadangan sahaja berdasarkan pembacaan saya. Senarainya akan jadi lebih panjang untuk entri pada masa akan datang.



PS: Baca banyak buku untuk menulis satu halaman yang baik bagi buku anda. Saya bermula dengan membaca dan buku yang baik adalah mentor saya. :)


Salam hormat

RM

Comments

Popular posts from this blog

biodata ruhaini matdarin

Novel Jendela Menghadap Jalan - sebuah trivia; bahagian 1

Hari-Hari Terakhir di Jesselton