Skip to main content

superman meninggal?


Alasan utama saya pergi menonton Batman V Superman: Dawn of Justice, bukan disebabkan kerana Ben Affleck (yang tidak menyukai komik tapi akhirnya memegang watak Batman seorang adiwira adaptasi komik) tapi kerana political interest dalam plot yang ditawarkan kepada 'pencari bahan' seperti saya. Tambahan pula sejak kebelakangan ini saya menggemari mana-mana idea 'mash up' sama ada dalam industri buku atau hiburan. Sebelumnya sudah muncul Pride and Prejudice and Zombie hasil adaptasi daripada karya Jane Austen dan Seth Grahame Smith. Saya juga telah melakukan percubaan kecil menerusi novel TRIVIA. Walaupun ia tidak menepati idea mash up dan lebih kepada interteks, namun proses menulis novel tersebut sangat menyeronokkan. 

Menonton pada hari pertama tayangannya di Malaysia. Full house. Bila full house, macam-macam jenis penonton yang berada di dalam pawagam. Termasuk bayi berusia setahun ke bawah yang ingin mengatasi Superman terbang dalam filem dengan tangisan mereka yang nyaring. Saya menonton sendirian. Kiri dan dan kanan penonton lelaki yang mujurlah jenis 'senyap' tapi bagi penonton wanita terutama remaja, yang gagal menahan diri menyaksikan ketampanan Henry Cavil serta tubuh sasanya ketika tidak berbaju, agak menganggu konsentrasi. Tapi, harus saya akui Henry Cavil merupakan antara aktor terbaik yang menghidupkan watak adiwira ini selepas Brandon Routh menerusi Superman Return dan Chistopher Reeve dalam Superman I-IV. 

Kehadiran Gal Gadot sebagai wonder woman tidak banyak kesan besar pada plot tapi tetap saja menggembirakan penonton (terutama penonton wanita hingga mereka bertepuk tangan) pada babak kemunculannya dengan pakaian adiwira di tengah-tengah pertempuran antara superman dengan makhluk kripton yang dihidupkan oleh Lex Luthor. Pada penghujung filem, ramai kecewa kerana superman jadi mendiang. Saya fikir tidak begitu. Superman tidak boleh mati, dia telah lama hidup dalam fantasi manusia sejak berpuluh-puluh tahun dahulu. Kerana itulah menerusi naskah arahan Zack Synder ini, usaha meneutralkan ketakjuban manusia terhadap lelaki yang datang dari langit dengan menemukannya dengan watak lelaki kelawar - seorang manusia biasa - menyampaikan satu mesej yang halus bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian di planet bumi. Manusia sering menimbulkan masalah dan menjadikan dunia ini kucar-kacir tapi masih ada manusia yang baik yang mencintai keamanan. Kita tidak perlu memakai pakaian adiwira dan menyuntik serpihan meteor pada tubuh kita untuk mendapat kuasa melakukan kebaikan. Kerana kebaikan itu lahir bersama-sama kita dan ia tujuan utama kita berjalan di muka bumi ini. 



Salam hormat.

RM


Comments

  1. Kunjungin Segera Website kami : www(titik)bolavita(titik)pro Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di : Live Chat Online 24 JAM NONSTOP !!! whatsApp : +6281377055002 Pin BBM : BOLAVITA
    Bonus kepada member setia Bolavita :
    - Bonus !0% new member untuk permainan SportBook.
    - Bonus 5% setiap harinya sportbook.
    - Bonus !0% new member sabung ayam.
    - Bonus 5% setiap harinya sabung ayam
    - Bonus 10% setiap harinya bola tangkas
    - Bonus Refferal 7% + 2% seumur hidup.
    - Bonus Rollingan Casino 0,5% - 0,7% setiap minggu
    - Bonus Cashback sportbook dan sabung ayam 5% - 10%.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

biodata ruhaini matdarin

http://ruhainimatdarin.simplesite.com/

Ruhaini Matdarin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di Kota Kinabalu, Sabah. Mendapat pendidikan sehingga Sarjana Pengurusan Kewangan, pernah berkhidmat sebagai juruaudit, pengurus kewangan dan penasihat kewangan di beberapa buah syarikat pembinaan dan konsultansi. Pernah berkhidmat di Tak Community Collegge sebagai tenaga pengajar separuh masa program budaya Asean 2012-2013. Bermula tahun 2016 memilih untuk bekerja secara freelance (tapi hal ini ternyata menambah kesibukannya terhadap kerja hakiki) supaya boleh menulis pada bila-bila masa yang disukai dan melakukan perkara lain yang lebih bermanfaat selain bekerja keras hanya untuk membayar bil dan cukai-cukai. Ahli Badan Bahasa dan Sastera Sabah serta ahli seumur hidup Penulis Nasional (PENA).  Menjadi pembimbing dan mentor bagi MPR peringkat negeri Sabah, bengkel penulisan novel dan cerpen anjuran unit Penerbitan DBP cawangan Sabah. Alumni Mastera novel 2016. Pengasas bersama SUNTIK, sebuah program b…

Novel Jendela Menghadap Jalan - sebuah trivia; bahagian 1

Saya fikir saya harus menulis mengenai entri ini memandangkan novel ini menjadi teks kajian pelajar (juga guru-guru sekali) yang mungkin tertanya-tanya setiap sesuatu di sebalik simbol tempat, watak serta latar yang membangunkan cerita. Saya gunakan teknik 'cantuman idea' yang bermakna tidak keseluruhan cerita berlaku di kampung datuk. Kampung yang jendela-jendelanya menghadap ke jalan dibina oleh cantuman-cantuman idea. Ia wujud tetapi tidak pada satu latar. Ia wujud disebabkan oleh cantuman-cantuman idea hasil daripada perjalanan saya. Ia sebuah fiksyen. 
Misalnya begini. Watak nenek, beliau seorang berketurunan Cina, itu betul. Idea watak ini saya tulis selepas kunjungan di Kampung Cina, Terengganu. Usia kampung ini sekitar 300 tahun, menjadi tempat pedagang singgah dari Selatan China. Kedai-kedai lama sudah banyak diubahsuai dan dijadikan kafe, restoran serta rumah tumpangan dengan ciri moden. Rata-rata generasi baharu di kawasan kampung ini dipanggil Peranakan. Ia terletak…

Memori mengenai Jendela Menghadap Jalan

Memori ketika menulis novel ini agak kabur dalam ingatan saya tetapi ia ditulis semasa arwah ibu masih di sisi. Sepuluh tahun sudah berlalu. Saya memulakan kerja-kerja mengarang naskah awal novel ini pada pertengahan tahun 2007, tanpa sebarang hasrat hendak menghantarnya ke mana-mana penerbitan. Namun dorongan utama saya untuk terus meneruskannya apabila saya membaca novel Sally Morgan berjudul My Place - sebuah novel lama pengarang Australia. Kini, saya tidak lagi mengingati akan plot buku tersebut namun saya sentiasa mengenang akan keindahan langgam bahasanya. 
Pada hari ini, novel ini dikaji oleh para pelajar di empat buah negeri (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak) saya juga tidak pernah berhasrat novel ini menjadi bahan kajian sepertimana saya tidak menyimpan keyakinan tinggi ketika menghantar manuskrip novel ini kepada sekretariat Hadiah Sastera Kumpulan Utusan bagi tahun penilaian 2008. Sehinggalah pada suatu hari, pada penghujung bulan Februari atau awal Mac 2009 (rasa-ras…