Kenapa anda menulis? SUNTIK 4/2020 - bahagian 2


Milan Kundera berkata; jika anda hendak menghancurkan sesebuah bangsa, musnahkan tulisan dan bahasanya terlebih dahulu. 

Untuk apa anda menulis? Untuk siapa anda menulis? Adakah terkurung menjadikan anda lebih produktif dan kreatif?

Kita membaca Hamka, Shahnon Ahmad, Azizi Abdullah, Arundhati Roy, Pramoedya, Ayu Utami, Roslan Jomel, Syed Mohd Zakir, Chinua Achebe, Marlon James, Michio Kaku, Yuval Noah Harari ( anda senaraikan sendiri buku dan pengarang yang anda baca hasil tulisan mereka) dan apa yang anda temui dalam tulisan mereka?


Sudahkah anda menguasai semua peralatan sastera?

Secara keseluruhannya karya cerpen yang disiarkan dalam tiga akhbar utama di Sabah sepanjang Mac 2020, mutunya itu-itu juga tetapi seimbang. Saya ingin penulis muda seperti Hanif Yusof dan Edward Solibi serta Sabran Kibong bermin di padang sastera yang lebih luas. Daya khayalan mereka bagus tetapi apabila kita membaca tulisan mereka, bagaikan ada sesuatu yang mengikat mereka untuk meneroka lebih jauh - saya fikir mungkin berhati-hati, belum luas pembacaan serta sekadar ingin menulis suka-suka.

Penulis wanita - seperti biasa tersekat dengan tulisan keluh-kesah, patah hati, keinginan untuk memaparkan karya bersifat didaktik tetapi sering jatuh ke arah tulisan yang kering, tidak mesra bacaan dan isu terpencil. Olie Chong sebagai jurnalis, saya fikir mempunyai banyak kelebihan mendapatkan bahan untuk dijadikan karya kreatif. Begitu juga dengan Syafiqah Roslan yang menutut ilmu dalam bidang penulisan kreatif di Universiti Malaysia Sabah.

Jadi, saya memetik kembali kata-kata Milan Kundera, sekiranya anda tidak yakin dan tidak pasti mengapa anda menulis, masih menulis dengan tulisan itu-itu juga  renungkan ini ......jika anda hendak menghancurkan sesebuah bangsa, musnahkan tulisan dan bahasanya terlebih dahulu. 


Salam hormat.

RM




Comments

Popular posts from this blog

biodata ruhaini matdarin

Novel Jendela Menghadap Jalan - sebuah trivia; bahagian 1

Hari-Hari Terakhir di Jesselton