buku-buku yang saya suka (Vol 1)


Ada teman memberitahu  bahawa warganet (terutama penikmat buku dan penulis) sedang berlumba-lumba membuat senarai buku yang mereka suka. 10 sahaja katanya. Semua ini gara-gara YB Dr. Maszlee. Saya akan buat senarai buku yang memberi impak terhadap pemikiran dan emosi saya dan sedap dibaca. Saya percaya bahan bacaan kita berbeza atau sama kerana citarasa dan kita meraikan kepelbagaian. Kalau semua orang menyukai hanya Muhammad Iqbal dan Pablo Neruda, dunia ini akan jadi sepi sekali. Ya tak?

(sebelum saya membuat senarai buku karangan manusia, saya mesti mengingatkan diri bahawa AL-QURAN adalah kitab dan buku paling perdana)

1). Bahasa English/terjemahan

Novel

 - One Hundreds Years of Solitude = Gabriel Garcia Marquez
 - Who Killed Palomino Molero = Mario Vargas Llosa
 - Night = Elie Wiesel
 - Winner Take Nothing = Ernest Hemingway
 - The Fall of Imam = Nawal el Saadawi
 - The Crazed = Ha Jin
 - Satantango = Lazlo Kraznahorkai
 - The Tin Drum = Gunter Grass
 - A Thousand Splendid Suns = Khaled Hosseini
 - A Brief History of Seven Killings = Marlon James
 - A Tale For The Time Being = Ruth Ozeki
 - Please Look After Mother = Kyung Sook Shin
 - The Sea = John Banville
 - One Night, Markovitch = Ayelet Gundar Goshen
-  LOOK who's back = Timur Vermes
- Salt to the sea = Ruta Sepetys
- Anatomy of a Disapperance = Hisham Matar

Buku cerpen
 
   - A Universal History of Infamy = Jorge Luis Borges
   - Strange Pilgrims = Gabriel Garcia Marquez
   - Salamander and Other Stories = Masuji Ibuse
   - Selected Stories by Virginia Woolf  = masterpieces world collection by RUPA
   - The Science Fiction Hall Of Fame Volume III, Nebula Winners 1965-1969, The Science Fiction Writers of America = Arthur C.Clarke & George W.Proctor.
   - The Bus Driver Who Wanted to Be God & Other Stories = Etgar Keret
   - The Last Dance = Victoria Hislop


Puisi
 
   - Madwomen - Gabriela Mistral
   - 'Easter 1916' and other poems (Dover Thrift Editions) = William Butler Yeats
   - Displaced = Aneka Rodriguez
 

Non Fiksyen
   - The Other Voice = Octavia Paz
   - Galilleo = Stillman Drake
   - In Grandmother's House - Thai Folklore, traditions and rural village life= Sorasing Kaowai &   Peter Robinson
   - HOW IT ENDS FROM YOU TO THE UNIVERSE = CHRIS IMPEY
   - Summer In Algiers = Albert Camus
   - Change = Mo Yan
 
   
2). Bahasa Malaysia

Novel
- Naratif Ogonshoto = Anwar Ridhwan
- Seketul HATI Seorang Pemimpin = Shahnon Ahmad
- Tulang-Tulang Berserakan = Usman Awang
- Perjudian = S.Othman Kelantan
- Hatimu Aisyah = Zurinah Hassan
- Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman = Anwar Ridhwan
- Janji Paramaribo = Malim Ghozali
- Percikan = Zakaria Ali
- Siri Ketupat Cinta = Faisal Tehrani
- Jepun = Lokman Hakim
- Dublin = Wan Nor Azriq

Buku Cerpen
- Parasit dan Sesudah Perang = Anwar Ridhwan
- al-kisah = Zainal Rashid Ahmad
- Dalam Kepala Seorang Posmen = Lang Rahman
- Namaku Epal Kuning = Roslan Jomel
- Masitah = Mawar Safei

Puisi
- Aksara Usia = Muhammad Haji Salleh
- T.Alias Taib & semua buku puisi beliau
- Iga = Zaen Kasturi
- 77 Tuju = Zaen Kasturi
- Stensil Pari-Pari = Mabulmadin Shaiddin
- Sunyi Merdu Di Tengah Pusaran Kata = Karl Agan
- Tentang Pertanyaan = Hani Salwah Yaakup
- Menghening Sunyi = Ridzuan Harun


Non Fiksyen

- BANYAK = kelak akan saya kongsikan pada VOL 2.

(ada beberapa lagi buku yang saya suka tetapi harus saya gali jauh-jauh ke dalam ingatan, bukan sebab dilupakan tetapi kerana saya simpan kerana mereka berharga)



Saya juga patut membuat senarai karya pengarang Amerika Latin, Indonesia serta penulis Asia Tenggara yang saya sukai, juga pengarang dari Tembok Besar China, Asia Selatan dan Asia Timur serta membuat pengelasan berdasarkan genre penulisan misalnya surrealisme, memoir, magical realisme, thriller, horror, science fiction, fantasy, experimental, feminisme, etc Biar nampak meriah. Ya tak? Kalau rajin, para warganet yang membuat senarai penjang berjela-jela mereka itu juga boleh berkongsi mengapa buku-buku itu dipilih. Ya tak? Dan nanti kalau saya rajin (selalunya ini masalah perdana) saya akan membuat huraian.



MALAYSIA MEMBACA.

SALAM HORMAT
RM

Comments

  1. Assalamualaikum saudari Ruhaini, saya tertarik dalam setiap perkongsian penulisan kak Ruhaini dalam blog pribadi ini. Jika tidak keberatan, izinkan saya perkenalkan diri terlebih dahulu secara ringkas. Saya Fatin pelajar dalam pengajian Seni Kreatif major Penulisan. Dengan senang hati ingin saya maklumkan bahawa saudari Ruhaini adalah salah satu penulis novel mutakhir yang tersenarai dalam kajian saya. Jika tidak keberatan, izinkan saya agar dapat menimba sedikit ilmu daripada saudari bagi memastikan kajian saya sahih. Bagaimana caranya untuk saya berhubung dengan kak Ruhaini melalui email ? Agar dapatlah kiranya saya bertanyakan sedikit sebanyak yang berkaitan dengan karya saudari Ruhaini. Moga terus maju jaya hendaknya dalam dunia sastera. InsyaAllah aamiin. Terima kasih atas perhatian saudari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam wbt. Adik boleh hubungi akak melalui email ainaini05girl@yahoo.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

biodata ruhaini matdarin

Novel Jendela Menghadap Jalan - sebuah trivia; bahagian 1

Karya paling lama saya tukangi