Skip to main content

buku-buku yang saya suka (Vol 1)


Ada teman memberitahu  bahawa warganet (terutama penikmat buku dan penulis) sedang berlumba-lumba membuat senarai buku yang mereka suka. 10 sahaja katanya. Semua ini gara-gara YB Dr. Maszlee. Saya akan buat senarai buku yang memberi impak terhadap pemikiran dan emosi saya dan sedap dibaca. Saya percaya bahan bacaan kita berbeza atau sama kerana citarasa dan kita meraikan kepelbagaian. Kalau semua orang menyukai hanya Muhammad Iqbal dan Pablo Neruda, dunia ini akan jadi sepi sekali. Ya tak?

(sebelum saya membuat senarai buku karangan manusia, saya mesti mengingatkan diri bahawa AL-QURAN adalah kitab dan buku paling perdana)

1). Bahasa English/terjemahan

Novel

 - One Hundreds Years of Solitude = Gabriel Garcia Marquez
 - Who Killed Palomino Molero = Mario Vargas Llosa
 - Night = Elie Wiesel
 - Winner Take Nothing = Ernest Hemingway
 - The Fall of Imam = Nawal el Saadawi
 - The Crazed = Ha Jin
 - Satantango = Lazlo Kraznahorkai
 - The Tin Drum = Gunter Grass
 - A Thousand Splendid Suns = Khaled Hosseini
 - A Brief History of Seven Killings = Marlon James
 - A Tale For The Time Being = Ruth Ozeki
 - Please Look After Mother = Kyung Sook Shin
 - The Sea = John Banville
 - One Night, Markovitch = Ayelet Gundar Goshen
-  LOOK who's back = Timur Vermes
- Salt to the sea = Ruta Sepetys
- Anatomy of a Disapperance = Hisham Matar

Buku cerpen
 
   - A Universal History of Infamy = Jorge Luis Borges
   - Strange Pilgrims = Gabriel Garcia Marquez
   - Salamander and Other Stories = Masuji Ibuse
   - Selected Stories by Virginia Woolf  = masterpieces world collection by RUPA
   - The Science Fiction Hall Of Fame Volume III, Nebula Winners 1965-1969, The Science Fiction Writers of America = Arthur C.Clarke & George W.Proctor.
   - The Bus Driver Who Wanted to Be God & Other Stories = Etgar Keret
   - The Last Dance = Victoria Hislop


Puisi
 
   - Madwomen - Gabriela Mistral
   - 'Easter 1916' and other poems (Dover Thrift Editions) = William Butler Yeats
   - Displaced = Aneka Rodriguez
 

Non Fiksyen
   - The Other Voice = Octavia Paz
   - Galilleo = Stillman Drake
   - In Grandmother's House - Thai Folklore, traditions and rural village life= Sorasing Kaowai &   Peter Robinson
   - HOW IT ENDS FROM YOU TO THE UNIVERSE = CHRIS IMPEY
   - Summer In Algiers = Albert Camus
   - Change = Mo Yan
 
   
2). Bahasa Malaysia

Novel
- Naratif Ogonshoto = Anwar Ridhwan
- Seketul HATI Seorang Pemimpin = Shahnon Ahmad
- Tulang-Tulang Berserakan = Usman Awang
- Perjudian = S.Othman Kelantan
- Hatimu Aisyah = Zurinah Hassan
- Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman = Anwar Ridhwan
- Janji Paramaribo = Malim Ghozali
- Percikan = Zakaria Ali
- Siri Ketupat Cinta = Faisal Tehrani
- Jepun = Lokman Hakim
- Dublin = Wan Nor Azriq

Buku Cerpen
- Parasit dan Sesudah Perang = Anwar Ridhwan
- al-kisah = Zainal Rashid Ahmad
- Dalam Kepala Seorang Posmen = Lang Rahman
- Namaku Epal Kuning = Roslan Jomel
- Masitah = Mawar Safei

Puisi
- Aksara Usia = Muhammad Haji Salleh
- T.Alias Taib & semua buku puisi beliau
- Iga = Zaen Kasturi
- 77 Tuju = Zaen Kasturi
- Stensil Pari-Pari = Mabulmadin Shaiddin
- Sunyi Merdu Di Tengah Pusaran Kata = Karl Agan
- Tentang Pertanyaan = Hani Salwah Yaakup
- Menghening Sunyi = Ridzuan Harun


Non Fiksyen

- BANYAK = kelak akan saya kongsikan pada VOL 2.

(ada beberapa lagi buku yang saya suka tetapi harus saya gali jauh-jauh ke dalam ingatan, bukan sebab dilupakan tetapi kerana saya simpan kerana mereka berharga)



Saya juga patut membuat senarai karya pengarang Amerika Latin, Indonesia serta penulis Asia Tenggara yang saya sukai, juga pengarang dari Tembok Besar China, Asia Selatan dan Asia Timur serta membuat pengelasan berdasarkan genre penulisan misalnya surrealisme, memoir, magical realisme, thriller, horror, science fiction, fantasy, experimental, feminisme, etc Biar nampak meriah. Ya tak? Kalau rajin, para warganet yang membuat senarai penjang berjela-jela mereka itu juga boleh berkongsi mengapa buku-buku itu dipilih. Ya tak? Dan nanti kalau saya rajin (selalunya ini masalah perdana) saya akan membuat huraian.



MALAYSIA MEMBACA.

SALAM HORMAT
RM

Comments

Popular posts from this blog

biodata ruhaini matdarin

http://ruhainimatdarin.simplesite.com/

Ruhaini Matdarin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di Kota Kinabalu, Sabah. Mendapat pendidikan sehingga Sarjana Kewangan, Universiti Sains Malaysia, pernah berkhidmat sebagai juruaudit, pengurus kewangan dan penasihat kewangan di beberapa buah syarikat pembinaan dan konsultansi. Pernah berkhidmat di Tak Community Collegge sebagai tenaga pengajar separuh masa program budaya Asean 2012-2013. Bermula tahun 2016 memilih untuk bekerja secara freelancer supaya boleh menulis pada bila-bila masa yang disukai dan melakukan perkara lain yang lebih bermanfaat selain bekerja keras hanya untuk membayar bil dan cukai-cukai. Ahli Badan Bahasa dan Sastera Sabah serta ahli seumur hidup Penulis Nasional (PENA).  Menjadi pembimbing dan mentor bagi MPR peringkat negeri Sabah, bengkel penulisan novel dan cerpen anjuran unit Penerbitan DBP cawangan Sabah serta sejak tahun 2013. Alumni Mastera novel 2016. Pengasas bersama SUNTIK, sebuah program bicara karya eceran (puisi da…

Novel Jendela Menghadap Jalan - sebuah trivia; bahagian 1

Saya fikir saya harus menulis mengenai entri ini memandangkan novel ini menjadi teks kajian pelajar (juga guru-guru sekali) yang mungkin tertanya-tanya setiap sesuatu di sebalik simbol tempat, watak serta latar yang membangunkan cerita. Saya gunakan teknik 'cantuman idea' yang bermakna tidak keseluruhan cerita berlaku di kampung datuk. Kampung yang jendela-jendelanya menghadap ke jalan dibina oleh cantuman-cantuman idea. Ia wujud tetapi tidak pada satu latar. Ia wujud disebabkan oleh cantuman-cantuman idea hasil daripada perjalanan saya. Ia sebuah fiksyen. 
Misalnya begini. Watak nenek, beliau seorang berketurunan Cina, itu betul. Idea watak ini saya tulis selepas kunjungan di Kampung Cina, Terengganu. Usia kampung ini sekitar 300 tahun, menjadi tempat pedagang singgah dari Selatan China. Kedai-kedai lama sudah banyak diubahsuai dan dijadikan kafe, restoran serta rumah tumpangan dengan ciri moden. Rata-rata generasi baharu di kawasan kampung ini dipanggil Peranakan. Ia terletak…

Memori mengenai Jendela Menghadap Jalan

Memori ketika menulis novel ini agak kabur dalam ingatan saya tetapi ia ditulis semasa arwah ibu masih di sisi. Sepuluh tahun sudah berlalu. Saya memulakan kerja-kerja mengarang naskah awal novel ini pada pertengahan tahun 2007, tanpa sebarang hasrat hendak menghantarnya ke mana-mana penerbitan. Namun dorongan utama saya untuk terus meneruskannya apabila saya membaca novel Sally Morgan berjudul My Place - sebuah novel lama pengarang Australia. Kini, saya tidak lagi mengingati akan plot buku tersebut namun saya sentiasa mengenang akan keindahan langgam bahasanya. 
Pada hari ini, novel ini dikaji oleh para pelajar di empat buah negeri (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak) saya juga tidak pernah berhasrat novel ini menjadi bahan kajian sepertimana saya tidak menyimpan keyakinan tinggi ketika menghantar manuskrip novel ini kepada sekretariat Hadiah Sastera Kumpulan Utusan bagi tahun penilaian 2008. Sehinggalah pada suatu hari, pada penghujung bulan Februari atau awal Mac 2009 (rasa-ras…