Catatan seputar hidup harian yang tiada kena mengena dengan buku


1. Sejak mencecah usia 35 tahun, saya ada satu kecenderungan baharu iaitu gemar melakukan pembelian di atas talian (dengan dan tanpa diskaun, nampak tak tanda-tanda penuaan ketara?) buku-buku yang saya fikir tidak akan pernah  saya perolehi di Kota Kinabalu atau malas hendak mengangkat banyak-banyak sekiranya berpergian ke Kuala Lumpur atau ke kota-kota lain. Melainkan jika buku itu benar-benar saya perlukan untuk dibaca segera (misalnya buku-buku shortlist The Man Booker Prize 2016) dalam pesawat atau dalam perjalanan yang memakan masa berjam-jam dalam kenderaan. Orhan Pamuk tetap berbisa menerusi A Strangeness In My Mind. Tapi saya percaya Yan Lianke menerusi novel beliau The Four Books, bakal memberi saingan sengit. Beliau seorang penulis yang bermain dengan teknik penulisan yang baik. 


2. Saya telah menonton filem Ada Apa Dengan Cinta 2. Pada saya ceritanya biasa-biasa aja. Sepasang kekasih yang terpisah oleh jarak dan waktu. Krisis yakin diri. Soal setia dan percaya. 
 Tetapi yang menjadikan filem ini menarik kerana elemen seni dan sastera yang mendominasi hampir seluruh plot cerita. Saya percaya selepas ini ramailah orang yang akan berkunjung ke Jogjakarta untuk menikmati kopi, melihat matahari terbit serta menonton pupet show. Tambahan pula kerana lakonan Dian Sastrawadoyo yang 'hidup' serta dibantu oleh geng-nya yang masih lucu dan sporting. Puisi Aan Mansyur yang menemani perjalanan pulang Rangga dalam pesawat juga begitu menghidupkan kembali rasa hendak membaca semula buku puisi  Melihat Api Bekerja dan puisi-puisi beliau yang terdahulu. Nampak tidak bagaimana sebuah karya seni bekerja mempromosi dan saling memanfaatkan karya seni yang bagus? Karya seni Eko Nugroho yang absurd pun dimasukkan agar ia menjadi tidak absurd di dalam filem ini.

3. Sepanjang April ini rutin lepas Subuh saya ialah menonton filem-filem perang dan saya berusaha mencari dan menonton semua filem-filem Akira Kurosawa. Selain menonton filem yang diadaptasi daripada buku-buku yang berlatarkan perang dunia pertama dan perang dunia kedua. Akan tetapi, usaha ini cuma bertahan sejam lebih dan setengah jam berikutnya berakhir dengan menonton video-video kucing di youtube.


4. Sewaktu berjalan-jalan di kedai buku (sambil menunggu kawan) saya membaca secara sepintas lalu sebuah buku tebal menyerupai kitab cukai-cukai yang menghimpunkan ramai pengkaji dan penulis mengenai karya sastera semenjak sejarah penulisan dikesan sehingga ke zaman kontemporari. Saya melompat ke muka surat 300 ++  untuk mengetahui pilihan para pengkaji dan penulis buku tersebut, mereka menyenaraikan beberapa nama pengarang penting kontemporari seperti Salman Rushdie serta Haruki Murakami dan saya agak terkejut bila penulisnya menyebut karya yang menjadi mercu tanda penulisan Murakami ialah The Wind Up Bird Chronicle. Dalilnya, kerana ada pengaruh Amerika. Okaylah. Saya tidak jadi beli. Sebanya kerana, Orhan Pamuk tidak dimasukkan ke dalam senarai. Mujur pak cik saya Marquez masuk dalam senarai pengarang pasca perang. 


5. Eh! bukannya title post saya di atas: Catatan seputar hidup harian yang tiada kena mengena dengan buku? (tepuk dahi) dan pada kesempatan ini saya mahu juga bercakap tentang buku sendiri. 


Buku ini bukanlah buku baru sebenarnya. Malahan, manuskrip ini sudah lama saya tulis. Sekitar lima tahun lalu. Tetapi, baru diterbitkan oleh DBP pada tahun 2015. Boleh beli secara online melalui laman sesawang kedai buku DBP. Sekarang mereka sedang buat jualan promosi. Kalau hendak beli dengan saya secara peribadi pun boleh. RM 30 (termasuk kos pos) email saja; aini05girl@yahoo.com




Selain buku di atas, saya juga masih mempunyai simpanan beberapa karya saya yang boleh saudara/saudari beli secara terus daripada saya: 

1. Kumpulan Cerpen Misi Penyepit Kain  RM 25

2. Novel Trivia RM 25

3. Kumpulan Cerpen Jenaka Si Darah Legenda RM 25

4. Kumpulan Cerpen Bulan Tenggelam Dalam Perahu RM 23

5. Novel Di Seberang Jalan RM 20

(semua harga termasuk kos pos)


Salam hormat.

RM

Comments

  1. Kunjungin Segera Website kami : www(titik)bolavita(titik)pro Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di : Live Chat Online 24 JAM NONSTOP !!! whatsApp : +6281377055002 Pin BBM : BOLAVITA
    Bonus kepada member setia Bolavita :
    - Bonus !0% new member untuk permainan SportBook.
    - Bonus 5% setiap harinya sportbook.
    - Bonus !0% new member sabung ayam.
    - Bonus 5% setiap harinya sabung ayam
    - Bonus 10% setiap harinya bola tangkas
    - Bonus Refferal 7% + 2% seumur hidup.
    - Bonus Rollingan Casino 0,5% - 0,7% setiap minggu
    - Bonus Cashback sportbook dan sabung ayam 5% - 10%.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

biodata ruhaini matdarin

Novel Jendela Menghadap Jalan - sebuah trivia; bahagian 1

Karya paling lama saya tukangi