pesona karya indie; dalam kepala seorang posmen


Kumpulan cerita pendek yang sangat pendek pernah saya baca. 85 halaman. Karya Lang Rahman. Buku ini saya beli bersama-sama Pena Alam di kedai buku Popular pada petang Jumaat, minggu terakhir bulan Februari 2016. Kami tidak berfikir panjang, masing-masing capai sebuah. Saya membacanya 'sekali harung' pada malam Sabtu. Habis dalam dua jam.

Saya suka naratifnya meskipun sepanjang pembacaan saya tidak dapat membuang bayangan Etgar Keret, Murakami dan Roslan Jomel. Saya tidak ingin meneka bahawa Lang Rahman pembaca tegar cerpen-cerpen Etgar Keret. Cuma saja, Lang Rahman 'mengawal diri' untuk tetap tidak terbabas menuliskan hal-hal yang sepertimana Etgar Keret menulis dan menyebut hal-hal dalam seluar dalam secara terus tanpa berselindung. 

Cerpen-cerpen 'kontot' di dalam kumpulan cerpen ini kadangkala menyerupai sketsa, misalnya cerpen Antara Cemburu dan Tayar Lori, ditulis cuma dua perenggan. Begitu juga dengan cerpen Eksperimen Karim, Gambus dan Fara Fauzara. Akan tetapi, saya fikir adakalanya yang 'kontot' itulah yang cepat sampai maksudnya berbanding naratif panjang-panjang dibumbui dialog dan monolog berjela-jela. Lang Rahman masih menyentuh perkara yang relevan mengenai sosial, kepercayaan, persepsi dan politik. Dia masih menulis dalam ruang kesedarannya yang tersendiri, selain berfoya-foya dengan imaginasi dan idea. Dan untuk itu, saya harus mengakui pembacaan saya tidak sia-sia. 


PS: Jika Lang Rahman membaca entri ini, saya ucapkan tahniah pada awak.

Cerpen Salju mendorong saya menolak tingkap dan memandang langit di sebelah utara, mencari mesin pengisar ais manual. :)



Salam hormat

RM


Comments

  1. Terima kasih dari Penerbit... DY Kreatif Network.

    ReplyDelete
  2. wah..teringin nak bacalah cikgu.. Cikgu beli di kedai popular kat KK kan??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

biodata ruhaini matdarin

Novel Jendela Menghadap Jalan - sebuah trivia; bahagian 1

Karya paling lama saya tukangi