Cerita Yang Merayap-Rayap di Dermaga dan Kafe

Saya telah membeli sebuah helikopter peribadi.

Hari ini hari ulang tahun kelahiran Marquez dan 10 hari dari sekarang adalah hari lahir saya. Kami berkongsi bulan kelahiran yang sama.

                                                                            ***
Inspirasi terbesar saya semasa menukangi kumpulan cerpen terbaharu saya, Cerita Yang Merayap-Rayap di Dermaga adalah Milan Kundera, Alice Mundro, Anwar Ridhwan dan bumi Thailand kerana 80 peratus cerpen-cerpen dalam buku ini saya mulakan dan siapkan di Chiangmai dan Bangkok sepanjang tahun 2015 dan 2016. Pada asalnya terdapat lebih 30 buah cerpen tetapi saya buang satu demi satu kerana terlalu berpaksi ke isu semasa yang saya fikir mungkin akan membosankan pembaca, bahkan diri saya sendiri membacanya semula berasa jengkel ketika melakukan kerja-kerja menyunting.


Novel Kafe merupakan projek bengkel Puan Zaiton Abu Samah pada tahun 2015 di DBP cawangan Sabah. Tetapi saya memulakan penulisan novel ini sebagai catatan-catatan kecil sekitar tahun 2012 setiap kali mencicipi kopi di kafe yang saya kunjungi di mana-mana sehingga 2015 dan 2016 hanyalah proses merombak sebahagian besar plotnya untuk memuaskan hati saya sendiri meskipun kata Puan Zaiton 'peninglah Kak Ton baca manuskrip awak ni, Ruhaini' dan saya nekad meneruskan bentuknya sebegitu kerana saya berfikir pembaca jauh lebih pintar daripada penulis.


Baru-baru ini dalam satu program Book Talk UCSF's dan saya berkongsi mengenai novel Sayembara, ada seorang hadirin bertanya tentang bagaimana saya boleh terus menghasilkan buku saban tahun? Saya menjawab; secara peribadinya saya memilih figura yang benar-benar mampu mendorong saya untuk terus menulis dan saya mempunyai sederetan pengarang yang saya sukai tetapi saya lebih menyukai Marquez dan saya menanam impian ingin menghasilkan karya besar sepertimana dilakukan beliau, saya ambil sudut positif sahaja. Jika anda ingin kekal bersemangat, pilih seorang pengarang yang anda sukai dan tanam dalam diri anda, anda mahu jadi sebagus dan malahan lebih bagus daripada beliau. Akan tetapi ini hanya satu dari sejuta cara, pilih mana yang buat anda selesa dan ia pilihan peribadi anda.

                                                                            ***
Helikopter yang saya beli, saya letak di atas peti televisyen, saya fikir saya tak akan menerbangkannya dan alat kawalan jauh saya sembunyikan dalam laci.


PS: Beli dan sokonglah buku-buku penulis Malaysia. Kerana dengan membaca akan menjadikan kita 'seseorang' pada masa hadapan.


http://buuk146.blogspot.my/2018/03/buku-baharu-ruhaini-matdarin-2018.html

Salam hormat.

RM











Comments

  1. Kunjungin Segera Website kami : www(titik)bolavita(titik)pro Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di : Live Chat Online 24 JAM NONSTOP !!! whatsApp : +6281377055002 Pin BBM : BOLAVITA
    Bonus kepada member setia Bolavita :
    - Bonus !0% new member untuk permainan SportBook.
    - Bonus 5% setiap harinya sportbook.
    - Bonus !0% new member sabung ayam.
    - Bonus 5% setiap harinya sabung ayam
    - Bonus 10% setiap harinya bola tangkas
    - Bonus Refferal 7% + 2% seumur hidup.
    - Bonus Rollingan Casino 0,5% - 0,7% setiap minggu
    - Bonus Cashback sportbook dan sabung ayam 5% - 10%.

    ReplyDelete
  2. http://nalurerenewws.blogspot.com/2018/08/taipanqq-kencan-dan-jatuh-cinta-dengan.html

    Taipanbiru
    TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
    BandarQ
    AduQ
    Capsasusun
    Domino99
    Poker
    BandarPoker
    Sakong
    Bandar66

    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : E314EED5

    Daftar taipanqq

    Taipanqq

    taipanqq.com

    Agen BandarQ

    Kartu Online

    Taipan1945

    Judi Online

    AgenSakong
    

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

biodata ruhaini matdarin

Novel Jendela Menghadap Jalan - sebuah trivia; bahagian 1

Hari-Hari Terakhir di Jesselton