Skip to main content

2018

Agak lama saya abaikan blog ini, bukan sebab sibuk atau tak peduli langsung tetapi saya selalu ingin menulis sesuatu di sini semasa fikiran saya bertindihan dengan hal-hal lain yang lebih penting, lalu lupa. Sudah 45 hari berlalu tahun 2018 dan waktu begitu pantas berjalan, dunia akhir zaman, kan. Kini obsesi baharu saya ialah melukis serta meneropong angkasa dengan teleskop yang baru mendarat dalam koleksi peribadi tahun 2018. Saya perlu mempelbagaikan cara melihat hidup dari persepektif berbeza.

Minggu lalu seorang anak muda menghubungi saya, memperkenalkan diri sebagai pengendali FB page Ruhaini Matdarin - terperanjat juga saya dibuatnya, memang saya tahu kewujudan page itu melalui saudara saya tetapi saya fikir ia hanya sekadar suka-suka - tetapi sudah separuh jalan, malu pula saya jadinya.  Bahkan dia meminta saya sumbangkan buku untuk tujuan promosi, saya okay saja Saya tak punya akaun FB secara peribadi, cuma ada akaun twitter (dan blog ini), itu pun setelah bertahun saya tinggalkan dan setiap kali saya mengelog masuk, ada-ada saja dugaan - pernah kena hijack, pernah hilang kata laluan dan saya mempunyai pelan penulisan masa depan berkonsepkan diari di atas talian, kerana itulah saya mengaktifkan akaun twitter. Pernahkah anda membaca Anna Karenina dan memasuki zaman yang digambarkan oleh Leo Tolstoy persis seperti air sungai yang mengalir? Atau Salina atau Ranjau Sepanjang Jalan, atau Lolita, atau Dona Barbara, atau The Castel?

Dengan izin Tuhan, pada tahun 2018,  ada 3 buah buku terbit. Dua buah novel dan sebuah kumpulan cerpen dewasa. Dalam simpanan saya, ada beberapa buah manuskrip yang sudah siap, saya simpan dahulu. Sehingga tahun 2020, jika tak ada aral melintang, sudah ada beberapa buah manuskrip akan terbit kerana saya bukan Harper Lee yang panjang hayat disebut sebagai pengarang hanya dengan sebuah buku  yang laku keras sepanjang masa tetapi saya tertarik dengan cara Vincent Van Gogh melihat masa depan lukisan-lukisannya walaupun semasa hayatnya beliau tidak berhasil menjual walau satu lukisan pun. Kini karya seni beliau dibida dengan harga jutaan dollar dan beliau tak pernah dilupakan oleh sejarah. Dan sudahkah anda membaca buku-buku tulisan Arenawati untuk melihat gambaran dunia laut dan pelayaran tanpa rasa palsu?

 Saya akan memperlahankan ketukan pada papan kekunci pada tahun 2018 bagi penghasilan karya kreatif, banyak yang ingin saya baca dan kaji untuk keperluan mobiliti sosial dan selain memajukan perniagaan yang telah dimulakan sejak tahun lepas. Pernahkah anda membaca Memoirs of a Geisha? Saya sangat suka pengarang buku ini menggambarkan setiap watak-wataknya menerusi perlambangan unsur bumi. Dan apabila ia diangkat ke layar perak, gandingan mantap Michelle Teoh, Zhang Ziyi dan Ken Watanabe telah menghidupkan cerita itu dengan magisnya yang tersendiri. Dan jangan lupa dapatkan novel baharu saya, Kafe, terbitan DBP.

Saya baru selesai membaca novel Azriq, Di Kala Bulan Bermain Biola. Langsung saya teringat pada The Name of The Rose, karya Umberto Eco yang mencabar minda pembaca. Novel itu juga disediakan buku kunci, kurang lebih seratus halaman pertama yang penuh tanda rumit. Kita semua tahu Umberto Eco seorang ahli semiotika, beliau menyediakan kesukaran tersebut untuk pembacanya yang tabah dan rajin. Dan para pembacanya itu (yang sedikit pada zamannya) bakal mengenal sisi lain abad pertengahan dan dunia katedral secara lebih mendalam dan sublim kerana ada jampi ajaib dalam novel itu (yang tentu saja kini dicemburi oleh pengarang zaman sekarang) kerana teknik detektifnya, gothik, logika Aristotles yang beralur dan beralun lembut dan kasar silih ganti, teologi Thomas Aquinas serta pengetahuan empiris Roger Bacon. Dan saya tahu, Azriq mengetahui cara (rahsia) menulis sebuah buku yang akan hidup lama dan berjalan ke manca zaman. Jika saya rajin saya akan mengulas lebih panjang tentang Di Kala Bulan Bermain Biola.


Dan jangan lupa dapatkan kumpulan cerpen saya, Cerita Yang Merayap-Rayap Di Dermaga, terbitan DBP, bakal berada di kedai atas talian dan di mana pun buku itu akan dipasarkan. Dan sepatutnya tahun ini saya merancang menerbitkan sendiri buku puisi saya, tetapi setelah membaca Octavia Paz, Zaen Kasturi, Rizuan Harun dan Karl Agan, saya memutuskan untuk tidak memalukan diri sendiri, maka hasrat itu saya batalkan, buat sementara.


Sampai ketemu lagi pada post akan datang.

Salam hormat.

RM







Comments

  1. Kunjungin Segera Website kami : www(titik)bolavita(titik)pro Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di : Live Chat Online 24 JAM NONSTOP !!! whatsApp : +6281377055002 Pin BBM : BOLAVITA
    Bonus kepada member setia Bolavita :
    - Bonus !0% new member untuk permainan SportBook.
    - Bonus 5% setiap harinya sportbook.
    - Bonus !0% new member sabung ayam.
    - Bonus 5% setiap harinya sabung ayam
    - Bonus 10% setiap harinya bola tangkas
    - Bonus Refferal 7% + 2% seumur hidup.
    - Bonus Rollingan Casino 0,5% - 0,7% setiap minggu
    - Bonus Cashback sportbook dan sabung ayam 5% - 10%.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

biodata ruhaini matdarin

http://ruhainimatdarin.simplesite.com/

Ruhaini Matdarin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di Kota Kinabalu, Sabah. Mendapat pendidikan sehingga Sarjana Kewangan, Universiti Sains Malaysia, pernah berkhidmat sebagai juruaudit, pengurus kewangan dan penasihat kewangan di beberapa buah syarikat pembinaan dan konsultansi. Pernah berkhidmat di Tak Community Collegge sebagai tenaga pengajar separuh masa program budaya Asean 2012-2013. Bermula tahun 2016 memilih untuk bekerja secara freelancer supaya boleh menulis pada bila-bila masa yang disukai dan melakukan perkara lain yang lebih bermanfaat selain bekerja keras hanya untuk membayar bil dan cukai-cukai. Ahli Badan Bahasa dan Sastera Sabah serta ahli seumur hidup Penulis Nasional (PENA).  Menjadi pembimbing dan mentor bagi MPR peringkat negeri Sabah, bengkel penulisan novel dan cerpen anjuran unit Penerbitan DBP cawangan Sabah serta sejak tahun 2013. Alumni Mastera novel 2016. Pengasas bersama SUNTIK, sebuah program bicara karya eceran (puisi da…

Novel Jendela Menghadap Jalan - sebuah trivia; bahagian 1

Saya fikir saya harus menulis mengenai entri ini memandangkan novel ini menjadi teks kajian pelajar (juga guru-guru sekali) yang mungkin tertanya-tanya setiap sesuatu di sebalik simbol tempat, watak serta latar yang membangunkan cerita. Saya gunakan teknik 'cantuman idea' yang bermakna tidak keseluruhan cerita berlaku di kampung datuk. Kampung yang jendela-jendelanya menghadap ke jalan dibina oleh cantuman-cantuman idea. Ia wujud tetapi tidak pada satu latar. Ia wujud disebabkan oleh cantuman-cantuman idea hasil daripada perjalanan saya. Ia sebuah fiksyen. 
Misalnya begini. Watak nenek, beliau seorang berketurunan Cina, itu betul. Idea watak ini saya tulis selepas kunjungan di Kampung Cina, Terengganu. Usia kampung ini sekitar 300 tahun, menjadi tempat pedagang singgah dari Selatan China. Kedai-kedai lama sudah banyak diubahsuai dan dijadikan kafe, restoran serta rumah tumpangan dengan ciri moden. Rata-rata generasi baharu di kawasan kampung ini dipanggil Peranakan. Ia terletak…

Memori mengenai Jendela Menghadap Jalan

Memori ketika menulis novel ini agak kabur dalam ingatan saya tetapi ia ditulis semasa arwah ibu masih di sisi. Sepuluh tahun sudah berlalu. Saya memulakan kerja-kerja mengarang naskah awal novel ini pada pertengahan tahun 2007, tanpa sebarang hasrat hendak menghantarnya ke mana-mana penerbitan. Namun dorongan utama saya untuk terus meneruskannya apabila saya membaca novel Sally Morgan berjudul My Place - sebuah novel lama pengarang Australia. Kini, saya tidak lagi mengingati akan plot buku tersebut namun saya sentiasa mengenang akan keindahan langgam bahasanya. 
Pada hari ini, novel ini dikaji oleh para pelajar di empat buah negeri (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak) saya juga tidak pernah berhasrat novel ini menjadi bahan kajian sepertimana saya tidak menyimpan keyakinan tinggi ketika menghantar manuskrip novel ini kepada sekretariat Hadiah Sastera Kumpulan Utusan bagi tahun penilaian 2008. Sehinggalah pada suatu hari, pada penghujung bulan Februari atau awal Mac 2009 (rasa-ras…