Terbaik Oktober

Salam, semoga anda sihat sejahtera.

Bermula November ini saya akan berkongsi filem terbaik (mengikut citarasa saya) serta buku terbaik (juga mengikut pilihan hati saya) dan jika saya rajin saya akan membuat penjelasan panjang berjela-jela mengenai pilihan itu tetapi sekiranya tidak, saya hanya akan menyebut judul-judulnya. Anda tentu lebih rajin menonton dan membaca. Senarai ini hanya salah satu di antara ratusan filem dan buku yang anda baca. Cita rasa manusia memang jarang sama.






Filem terbaik

The Happiest Day in Oki Mali Life

Menonton filem ini mengingatkan saya kepada novel  Hector & The Search For Happiness karangan Francois Lelord, pengarang Perancis yang banyak menghabiskan usia dewasanya di beberapa buah negara Asia Tenggara dan sekarang menetap di Thailand. Di pertengahan filem ini, saya teringat pula (sebenarnya membawa ingatan saya kepada Denis Theriault yang menulis novel The Peculiar Life of a Lonely Postman, juga pengarang Perancis yang kini menetap di Kanada. Filem yang diarah oleh Juho Kuosmanen, pengarah asal  Finlad ini berhasil menghubungkan pengalaman pembacaan dan visual saya yang selama bertahun-tahun disimpan dalam ingatan untuk dijadikan idea dalam penulisan judul yang baharu, berarak di depan skrin ketika menonton filem ini sehinggakan saya berasa tidak rugi meluangkan masa menikmati karya beliau. Bagi saya sebuah filem yang baik harus begitu. Sama juga dengan buku. Sama juga dengan lagu. Sama juga dengan sebuah kembara. Sama juga dengan sebuah pertemuan dalam apa-apa acara, keraian dan kematian sekalipun. Harus memberi kita sesuatu setelah selesai. Dan di penghujung filem ini saya teringat akan buku Marina Lewycka berjudul a Short History of Tractors in Ukranian. Nampak tak definisi sebuah filem yang bagus? Ia menghubungkan kita dari sebuah fiksyen ke fiksyen yang lain. Nampak tak? Atau barangkali hanya saya yang berusaha (berfikir) menghubungkan mereka kerana terlebih membaca dan menonton.










Buku terbaik




Slow Boat (novel yang dikarang oleh Hideo Furukawa setelah beliau menekuni cerita pendek Haruki Murakami yang berjudul A Slow Boat to China), ini semacam interteks (kaedah penulisan yang saya sangat selesa dan suka :) dan di dalam novel ini Hideo Furukawa berusaha lari daripada bayangan Murakami. Seronok meneliti naskah ini.




Salam hormat

RM


PS; novel saya berjudul KAFE terbitan DBP sudah terbit, sedikit masa lagi akan saya kongsikan. Mari raikan dunia sastera (walaupun kian kecil) :)





Comments

  1. Kunjungin Segera Website kami : www(titik)bolavita(titik)pro Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di : Live Chat Online 24 JAM NONSTOP !!! whatsApp : +6281377055002 Pin BBM : BOLAVITA
    Bonus kepada member setia Bolavita :
    - Bonus !0% new member untuk permainan SportBook.
    - Bonus 5% setiap harinya sportbook.
    - Bonus !0% new member sabung ayam.
    - Bonus 5% setiap harinya sabung ayam
    - Bonus 10% setiap harinya bola tangkas
    - Bonus Refferal 7% + 2% seumur hidup.
    - Bonus Rollingan Casino 0,5% - 0,7% setiap minggu
    - Bonus Cashback sportbook dan sabung ayam 5% - 10%.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

biodata ruhaini matdarin

Novel Jendela Menghadap Jalan - sebuah trivia; bahagian 1

Karya paling lama saya tukangi