Skip to main content

hal-hal yang tertangguh dan terus berjalan

1.) Saya menghadiri Dialog Teluk Ke-10 di Lawas, 28 September- 1 Oktober 2017. Saya pernah menghadiri Dialog Teluk  Ke-6 di Labuan, sembilan tahun lalu. Tidak banyak yang berubah. Tiada yang baharu. Orang-orangnya masih sama. Audien dirancang (datang untuk berjalan-jalan, melihat pemandangan, jumpa teman-teman dan mengimbau kenangan) dan saya fikir, sekiranya umur saya panjang dan saya menghadiri Dialog Teluk sekali lagi sembilan tahun akan datang, hal yang sama akan berlaku.  Akan tetapi, demi nama sastera dan persuratan, saya berkata dalam hati; ini masih okay. Bukan senang ingin menganjurkan acara besar (?) seperti ini dan melibatkan manusia yang datang dari pelbagai wilayah. Saya yakin hasrat semua orang murni. Cinta, ingin tahu, kesunyian, matlamat peribadi, jaga hati dan senarainya akan terus berjalan telah menemukan kita dengan seseorang atau sekumpulan manusia pada setiap acara dan mencipta kenangan. Dan saya yakin hasrat semua orang murni. Demi sastera dan persuratan. Abang Jasni, antara pejuang sastera yang tekal dan menjadi orang penting (selain AJK beliau dalam BAHASA) yang menjadi tulang belakang penganjuran. 

2). Hadiah sastera datang lagi, tahniah buat semua teman penulis yang diberi pengiktirafan (dari panel hakim) bagi tahun penilaian Hadiah Sastera Perdana dan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (untuk ini saya bersara terus, mungkin sampai kiamat, saya tak akan pernah lagi menghantar karya waima cerpen atau puisi ke mana-mana  medium penerbitan yang punya kaitan dengan Utusan) dan marilah kita terus menyemarakkan dunia sastera yang kian kecil (sedih bukan?) dan jangan sesekali menyempitkannya dengan politik yang tidak perlu. 

3). Oktober membawa tahun 2017  semakin ke hujung, saya menjadi begitu terperinci (rigid dan pemilih) menukangi karya. Di Lawas saya berbual-bual dengan Saudara SM Zakir dan kami bercerita tentang hal-hal kecil dan besar seputar dunia penulisan, rancangan hendak ke Eropah membawa karya masing-masing (tulisnya entah bila) dan saling memberi semangat supaya terus konsisten. Ketika berborak dengan beliau, saya sempat berdoa dalam hati; dia akan menjadi sasterawan negara paling muda. Masanya bakal tiba. Dan di celah-celah semua ingatan dan keriuhan majlis saya terkenang arwah Rahimidin, sembilan tahun lalu saya bertemu beliau buat pertama kali di Dialog Teluk Labuan. Saya sempat berbual (kerana duduk semeja) dengan Frankie, penulis muda dari Sarawak dan beliau bercakap mengenai buku cerpen pertama beliau, saya mengagumi kesungguhannya. Saya gembira setiap kali berbual dengan teman penulis yang membaca buku yang kita suka baca. 


4). Kucing kesayangan saya hilang (masih hilang) dan barangkali sudah hilang. Sudah tiga minggu. Saya ikhlaskan pemergiannya. Kucing betina saya yang lain pula bunting. Allah ganti setiap yang hilang, saya percaya benar, walaupun tak sama. Dan saya menemui cara mengurangkan ketagihan kopi. Beberapa projek yang saya tangani secara separuh masa mulai surut, tetapi kesibukan masih sama, aneh betul. sibuknya malah lebih banyak daripada bekerja sepenuh masa. Rupa-rupanya bila kerja kita semakin kurang, berlakunya pengkhususan dan bila ada pengkhususan maka berlakunya ketelitian dan bila semua hal harus diteliti, ia perlu lebih waktu untuk ditangani. Proses kecil menuju kesempurnaan.


5). Semoga semua orang yang membaca post ini sihat dan dilindingi Allah.





Salam hormat.

RM


Comments

  1. Kunjungin Segera Website kami : www(titik)bolavita(titik)pro Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di : Live Chat Online 24 JAM NONSTOP !!! whatsApp : +6281377055002 Pin BBM : BOLAVITA
    Bonus kepada member setia Bolavita :
    - Bonus !0% new member untuk permainan SportBook.
    - Bonus 5% setiap harinya sportbook.
    - Bonus !0% new member sabung ayam.
    - Bonus 5% setiap harinya sabung ayam
    - Bonus 10% setiap harinya bola tangkas
    - Bonus Refferal 7% + 2% seumur hidup.
    - Bonus Rollingan Casino 0,5% - 0,7% setiap minggu
    - Bonus Cashback sportbook dan sabung ayam 5% - 10%.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

biodata ruhaini matdarin

http://ruhainimatdarin.simplesite.com/

Ruhaini Matdarin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di Kota Kinabalu, Sabah. Mendapat pendidikan sehingga Sarjana Pengurusan Kewangan, pernah berkhidmat sebagai juruaudit, pengurus kewangan dan penasihat kewangan di beberapa buah syarikat pembinaan dan konsultansi. Pernah berkhidmat di Tak Community Collegge sebagai tenaga pengajar separuh masa program budaya Asean 2012-2013. Bermula tahun 2016 memilih untuk bekerja secara freelance (tapi hal ini ternyata menambah kesibukannya terhadap kerja hakiki) supaya boleh menulis pada bila-bila masa yang disukai dan melakukan perkara lain yang lebih bermanfaat selain bekerja keras hanya untuk membayar bil dan cukai-cukai. Ahli Badan Bahasa dan Sastera Sabah serta ahli seumur hidup Penulis Nasional (PENA).  Menjadi pembimbing dan mentor bagi MPR peringkat negeri Sabah, bengkel penulisan novel dan cerpen anjuran unit Penerbitan DBP cawangan Sabah. Alumni Mastera novel 2016. Pengasas bersama SUNTIK, sebuah program b…

Novel Jendela Menghadap Jalan - sebuah trivia; bahagian 1

Saya fikir saya harus menulis mengenai entri ini memandangkan novel ini menjadi teks kajian pelajar (juga guru-guru sekali) yang mungkin tertanya-tanya setiap sesuatu di sebalik simbol tempat, watak serta latar yang membangunkan cerita. Saya gunakan teknik 'cantuman idea' yang bermakna tidak keseluruhan cerita berlaku di kampung datuk. Kampung yang jendela-jendelanya menghadap ke jalan dibina oleh cantuman-cantuman idea. Ia wujud tetapi tidak pada satu latar. Ia wujud disebabkan oleh cantuman-cantuman idea hasil daripada perjalanan saya. Ia sebuah fiksyen. 
Misalnya begini. Watak nenek, beliau seorang berketurunan Cina, itu betul. Idea watak ini saya tulis selepas kunjungan di Kampung Cina, Terengganu. Usia kampung ini sekitar 300 tahun, menjadi tempat pedagang singgah dari Selatan China. Kedai-kedai lama sudah banyak diubahsuai dan dijadikan kafe, restoran serta rumah tumpangan dengan ciri moden. Rata-rata generasi baharu di kawasan kampung ini dipanggil Peranakan. Ia terletak…

Memori mengenai Jendela Menghadap Jalan

Memori ketika menulis novel ini agak kabur dalam ingatan saya tetapi ia ditulis semasa arwah ibu masih di sisi. Sepuluh tahun sudah berlalu. Saya memulakan kerja-kerja mengarang naskah awal novel ini pada pertengahan tahun 2007, tanpa sebarang hasrat hendak menghantarnya ke mana-mana penerbitan. Namun dorongan utama saya untuk terus meneruskannya apabila saya membaca novel Sally Morgan berjudul My Place - sebuah novel lama pengarang Australia. Kini, saya tidak lagi mengingati akan plot buku tersebut namun saya sentiasa mengenang akan keindahan langgam bahasanya. 
Pada hari ini, novel ini dikaji oleh para pelajar di empat buah negeri (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak) saya juga tidak pernah berhasrat novel ini menjadi bahan kajian sepertimana saya tidak menyimpan keyakinan tinggi ketika menghantar manuskrip novel ini kepada sekretariat Hadiah Sastera Kumpulan Utusan bagi tahun penilaian 2008. Sehinggalah pada suatu hari, pada penghujung bulan Februari atau awal Mac 2009 (rasa-ras…