Novel Jendela Menghadap Jalan - sebuah trivia; bahagian 1


Saya fikir saya harus menulis mengenai entri ini memandangkan novel ini menjadi teks kajian pelajar (juga guru-guru sekali) yang mungkin tertanya-tanya setiap sesuatu di sebalik simbol tempat, watak serta latar yang membangunkan cerita. Saya gunakan teknik 'cantuman idea' yang bermakna tidak keseluruhan cerita berlaku di kampung datuk. Kampung yang jendela-jendelanya menghadap ke jalan dibina oleh cantuman-cantuman idea. Ia wujud tetapi tidak pada satu latar. Ia wujud disebabkan oleh cantuman-cantuman idea hasil daripada perjalanan saya. Ia sebuah fiksyen. 

Misalnya begini. Watak nenek, beliau seorang berketurunan Cina, itu betul. Idea watak ini saya tulis selepas kunjungan di Kampung Cina, Terengganu. Usia kampung ini sekitar 300 tahun, menjadi tempat pedagang singgah dari Selatan China. Kedai-kedai lama sudah banyak diubahsuai dan dijadikan kafe, restoran serta rumah tumpangan dengan ciri moden. Rata-rata generasi baharu di kawasan kampung ini dipanggil Peranakan. Ia terletak di Jalan Bandar, Kuala Terengganu ( boleh saja gunakan waze, uber atau grab car atau kereta sewa untuk tiba ke sini) 


Rumah Melayu (latar tempat, rumah datuk) = idea bulat mengenai reka bentuk rumah ini saya perolehi selepas kunjungan ke Terrapuri Heritage Village, terletak di Kampung Mangkuk, Setiu, Terengganu. Kira-kira enam jam dari Kuala Lumpur.  Agak sukar kita hendak menentukan rumah-rumah di kampung-kampung (bukan sahaja Terenggangu) bahkan negeri lain pun, yang mengekalkan keaslian binaan rumah Melayu. Rumah Terengganu yang saya maksudkan dalam novel Jendela Menghadap Jalan berbentuk seperti ini: 




Sekarang saya ingin bercerita idea kasar (rawak dan rambang) tentang bagaimana proses cantuman idea-idea telah membangunkan plot novel Jendela Menghadap jalan.

Trivia 1

Saya mengikuti teman saya bercuti ke kampung tok wan-nya, 15 tahun lalu (hujung pangkal mengapa dia secara tiba-tiba pulang bercuti padahal sebelumnya dia kata ingin berperap saja di rumah sewa sepanjang cuti semester dan saya pun tidak ingat sangat mengapa saya mengikuti beliau bercuti - tapi kalau tidak silap saya, dia putus cinta  dan saya kena tinggal dek kawan-kawan lain yang berpeleseran bercuti ke merata-rata!) sukar saya pastikan tetapi saya masih ingat kerana pada waktu itu musim buah-buahan. 

Lokasi kampung: Kampung Sungai Bari. Terletak di Mukim Hulu Nerus, Setiu. 

Hampir 65% sejarah kampung ini saya terapkan ke dalam gambaran latar masa lalu terutama cerita antara datuk dan nenek. Lebih-lebih lagi sejarah kependudukan kampung ini bermula pada tahun 1920-an. Menurut cerita lisan orang-orang tua penduduk asal disini, Kampung Sungai Bari mula dibuka oleh para peneroka awal orang-orang Melayu dari Kampung Langkap yang mencari kawasan baru untuk berhijrah dari keadaan di Kampung Langkap yang sering dilanda banjir. Penduduk di Kampung Langkap ketika itu terdiri daripada ramai orang yang baru berhijrah dari kawasan hilir Sungai Nerus di Kuala Terengganu untuk mencari tanah baru untuk tanam padi huma dan bercucuk tanam. Oleh kerana mereka masih belum mempunyai kawasan tanah pertanian, kawasan di Kampung Sungai Bari amat sesuai untuk mereka terokai. Kawasan Hutan yang masih banyak di Kampung Sungai Bari juga memudahkan mereka untuk membina penempatan selain terdapat sebatang sungai iaitu Sungai Bari yang menjadi keperluan harian mereka.

Cuma saja, saya tidak menggunakan Kampung Bari sebagai latar tempat utama dalam novel Jendela Menghadap Jalan (walaupun mood cerita berlantaikan kampung ini) kerana saya tidak ingin ia menjadi seperti satu wikipedia. Kerana novel ialah sebuah fiksyen, melainkan kalau ia sebuah memoir atau travelog. 

Permulaan cerita Lili tiba di kampung datuk, gambaran alam yang saya perincikan dalam bab awal dalam JMJ, saya perolehi daripada kunjungan saya di Kampung Sungai Pinang (sempadan Kampung Bari) modus operandi teman saya membawa saya merayau ke sana kerana beliau ingin menunjukkan tempat beliau jatuh sungai dan hal-hal kecil yang sukar saya perincikan di sini kerana bersifat peribadi. Baiklah, pada peringkat ini idea jendela yang menghadap ke jalan belum muncul lagi. Kalian tunggu, akan saya ceritakan kelak. Tunggu. 



Salam hormat. 

Comments

  1. Kunjungin Segera Website kami : www(titik)bolavita(titik)pro Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di : Live Chat Online 24 JAM NONSTOP !!! whatsApp : +6281377055002 Pin BBM : BOLAVITA
    Bonus kepada member setia Bolavita :
    - Bonus !0% new member untuk permainan SportBook.
    - Bonus 5% setiap harinya sportbook.
    - Bonus !0% new member sabung ayam.
    - Bonus 5% setiap harinya sabung ayam
    - Bonus 10% setiap harinya bola tangkas
    - Bonus Refferal 7% + 2% seumur hidup.
    - Bonus Rollingan Casino 0,5% - 0,7% setiap minggu
    - Bonus Cashback sportbook dan sabung ayam 5% - 10%.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

biodata ruhaini matdarin

Hari-Hari Terakhir di Jesselton