hal-hal kecil yang menjadi kegemaran, bahagian 1

Setiap individu mempunyai benda-benda kecil (atau besar) yang menjadi kegemaran dalam hayat mereka di muka bumi dan perkara ini sangat subjektif. Tidak semua orang atau tidak akan ada orang yang mempunyai tarikan cita rasa yang sama dengan anda seratus peratus. Dan itu bagus kerana mewujudkan kepelbagaian, kalau semua remaja perempuan meminati Camila Cabello atau kaum lelaki cenderung menyokong kelab Spurs atau pasukan Itali, maka aliran kegiatan kapitalis akan pincang.

Berikut antara hal-hal yang saya sukai, ada banyak lagi tetapi ini yang teratas dan tidak dihakis oleh kemunculan godaan-godaan semasa. 


1). Quote kegemaran 
   
You say that you love rain, but you open your umbrella when it rains. You say that you love the sun, but you find a shadow spot when the sun shines. You say that you love the wind, but you close your windows when wind blows. This is why I am afraid, you say that you love me too.


William Shakespeare


2). Buku (fiksyen)
- Semua buku Anwar Ridwan (kecuali buku Di Negeri Belalang yang sukar didapatkan naskahnya, jika sesiapa membaca entri ini dan mempunyai buku tersebut, saya akan beli dengan harga sehingga RM 200, tapi pastikan keadaan buku baik dan boleh dibaca :))
- One Hundreds years of solitude - Gabriel Garcia Marquez dan semua novel beliau.
- Satantango - Lazlo Kraznahorkai
- My Place - Sally Morgan
- In Dubious Battle - John Steinback
- Lelaki Harimau - Eka Kurniawan
Buku bukan fiksyen
- Semua buku Michio Kaku
- Chopsticks & Bananas - P.Suppiah
- Di Balik Malaysia dari Majapahit ke Putrajaya - Farish a.Noor
- Ensiklopedia Kematian - Muhammad Abdul Ghani Al-Kunya

3). Filem

- Semua filem Akira Kurosawa
- Semua filem Majid Majidi
- Semua filem Asghar Farhadi
- The Night of the Shooting Stars - Paolo Taviani
     - Ali Baba Bujang Lapok - P.Ramlee
     
4). Rancangan TV

     - Jejak Rasul (musim kegemaran 1995-1997)
     - Istana Takeshi
     - Animal Planet
     - Amazing Race (tiga musim terawal)

5). Muzik (penyanyi dan komposer)
      
     - Hans Zimmer
     - Yiruma
     - Yanni
     - Cat Steven 
     - Passenger 


Dan jemputlah dapatkan buku terbaru saya, Fiksi Buat Marquez dan Sayembara terbitan DBP. Kalau sukar hendak dibeli di kedai buku, kalian boleh beli secara atas talian di DBP Niaga dan Kedai Buku DBP. :)


Salam hormat.

RM



Comments

  1. Kunjungin Segera Website kami : www(titik)bolavita(titik)pro Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di : Live Chat Online 24 JAM NONSTOP !!! whatsApp : +6281377055002 Pin BBM : BOLAVITA
    Bonus kepada member setia Bolavita :
    - Bonus !0% new member untuk permainan SportBook.
    - Bonus 5% setiap harinya sportbook.
    - Bonus !0% new member sabung ayam.
    - Bonus 5% setiap harinya sabung ayam
    - Bonus 10% setiap harinya bola tangkas
    - Bonus Refferal 7% + 2% seumur hidup.
    - Bonus Rollingan Casino 0,5% - 0,7% setiap minggu
    - Bonus Cashback sportbook dan sabung ayam 5% - 10%.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

biodata ruhaini matdarin

Novel Jendela Menghadap Jalan - sebuah trivia; bahagian 1

Hari-Hari Terakhir di Jesselton