Tawaran sebuah buku baharu dan hadiah misteri buat pembaca

Bermula 1 Mac 2017 sehingga 24 Disember 2017, saya (dibantu oleh seorang pembantu) akan mencari ulasan terbaik buku-buku tulisan saya sendiri di blog atau gooodreads. Tiada syarat khusus ulasan tersebut berbentuk memuji (boleh saja menegur atau mengkritik) dan mana-mana buku (sama ada novel remaja, kumpulan cerpen atau novel) bebas diulas menurut citra rasa dan pandangan jujur pembaca.


10 ulasan terbaik (untuk mana-mana kategori) akan dipilih dan diberikan penghargaan berupa sebuah buku (judul baharu) terbit. Dan dua ulasan terbaik antara terbaik akan diberi hadiah misteri.


Oh ya, jika anda belum pasti buku apa yang hendak dibaca dan diulas, saya senaraikan beberapa senarai buku yang diterbitkan dalam tempoh masa lima tahun.


Novel

1) Dukana, ITBM, 2013
2). Anatomi Rupert - ITBM, 2013
3). Di Seberang Jalan - ITBM, 2014
4). Trivia - ITBM, 2015
5). Sekurun Mencari Sinar - DBP, 2015

Kumpulan Cerpen

1). Misi Penyepit Kain - ITBM, 2013
2). Melawan Yang Mustahil- ITBM, 2013
3). Jenaka Si Darah Legenda, ITBM, 2015
4). Bulan Tenggelam Dalam Perahu-DBP, 2015
4). Fiksi Buat Marquez, DBP-2017

Novel Remaja

1).Kotak-UPND, 2014
2). Dalam Getar Waktu-UPND,2014
3). Cerita Perang Bariga-UPND,2015



Mari menyemarakkan budaya membaca dan  meriahkan industri buku serta sastera negara.



Salam hormat.

Ruhaini Matdarin


(PS;jika anda rajin, boleh juga titipkan link ulasan anda pada post ini sahaja. Terbuka sepanjang masa sehingga tarikh akhir)

Comments

Popular posts from this blog

biodata ruhaini matdarin

Novel Jendela Menghadap Jalan - sebuah trivia; bahagian 1

Hari-Hari Terakhir di Jesselton