menunggu kelahiran 'baby' baru


Syukur, tahun 2016 masih tahun produktif buat manusia yang meningkat umur dan sibuk dengan pelbagai perkara dalam hidup seperti saya.

dua buku baru saya bakal terbit. Sebuah kumpulan cerpen remaja (Fiksi Buat Marquez) dan novel dewasa (Sayembara), kedua-duanya bernaung di bawah daun emas DBP.

rezeki dalam bidang penulisan ini juga masih subur dalam beberapa cara (siapa kata orang yang menulis sastera susah hidup?)

saya lebih suka dengan pendekatan slow and steady. Buat apa kecoh-kecoh hal yang kita tidak terlibat atau marah terhadap sesuatu trend yang kita tidak faham?

anak kucing saya menutup usianya di muka bumi ini selepas enam bulan lebih hidup. Dia mati digilis roda kenderaan. Saya sedih.

sejak bermula dan berakhirnya pesta buku antarabangsa yang lalu, saya telah memesan 30 buah buku dalam bahasa melayu dari pelbagai penerbit muda dan meningkat naik. Indie orang bilang. Sebagai tanda meraikan industri buku negara. Saya membaca sahaja. Kemudian mengenepikan apa-apa yang layak diteladani. Atau perlu ditolak ke tepi kerana beza citarasa.

pesta kaamatan semakin dekat, semalam saya teringat Huminodun dan beliau datang ke dalam mimpi saya. Pagi tadi saya pandang nasi dan rasa hendak menangis. PMS.


(entri singkat ini saya tulis sambil mencetak sebuah manuskrip baharu. :) )


salam hormat.

RM

Comments

Popular posts from this blog

biodata ruhaini matdarin

Novel Jendela Menghadap Jalan - sebuah trivia; bahagian 1

Karya paling lama saya tukangi