Posts

Showing posts from 2016

selamat jalan 2016

Selamat datang 2017 Semoga apa-apa yang sudah kita kecapi atau belum dikecapi atau separuh jalan dikecapi atau masih diimpikan untuk dikecapi atau kita mengetahui bagaimana hendak mengecapinya tetapi malas hendak mengecapinya, semoga semuanya bemanfaat besar bagi semua orang. Selamat jalan 2016

catatan mengenai orang-orang biasa yang luar biasa

http://ruhainimatdarin.simplesite.com/ Jiran saya pencinta kucing (walaupun pada saat ini beliau cuma mampu membela dua ekor kucing kerana kekangan tugas di pejabat). Beliau berkisah mengenai almarhum ayah beliau yang membelanjakan waktu hidup dengan mengasihi kucing yang ditemui di pinggir jalan, di kedai makan, kucing-kucing yang dibuang serta kucing-kucing yang diserahkan orang kepada beliau. Kata jiran saya lagi, ayahnya seorang yang tidak pernah berkira dalam soal memberi makan pada kucing. Dipendekkan cerita. Kata beliau, pada hari ayahnya meninggal dunia beratus-ratus kenderaan diparkir di sepanjang jalan bagi memberi penghormatan terakhir. Beribu orang hadir (sahabat yang dikenali di kedai kopi, kenalan jauh dan dekat dan ahli keluarga termasuk wakil rakyat - kebetulan YB di kawasan beliau itu merupakan sepupu sekali beliau) dan kata jiran saya, rezeki almarhum melimpah ruah. Wang sedekah para peziarah tidak habis makan setahun. Bahkan setelah disedekahkan kembali rezeki ter...

catatan bagi bulan-bulan yang tertangguh

http://ruhainimatdarin.simplesite.com/ Beberapa buah laman sosial yang saya pernah mendaftar sebagai pengguna, kini sudah jadi pusara (kata laluan pun lupa dan tidak pernah reset walau sekali). Facebook menunggu masa jadi arwah. Banyak kali saya ingin mencuba aktif (kerana teman-teman lain pun sibuk juga dalam hidup tapi mereka masih punya masa untuk 'like' dan 'comment' atau memuat naik status sekurang-kurangnya 10 status sehari) kagum saya dibuatnya. Sejak kebelakangan ini saya disibukkan oleh kucing-kucing serta buku-buku yang melambai-lambai di rak yang belum disentuh, sudah dibaca separuh (tapi bila menyambung bacaan, saya hilang arah dan harus membaca semula dari awal, parah!) dan beberapa buah buku yang harus diulang baca sebagai rutin tahunan. 13 Oktober 2016, Raja Bhumibol mangkat. Saya percaya waktu-waktu sukar yang beberapa tahun lalu yang cuba ahli keluarga baginda tangguhkan dan melawan dengan segala usaha sains perubatan yang terdaya, sudah sampai k...

catatan bulan september (1)

Saya dan Ka (dari Snow dan Trivia) mencicipi secangkir Kopi Tenom di Anjung Senja lalu bercerita pada saya mengenai pelbagai jenis kopi yang pernah dinikmatinya di seluruh dunia. Usai dia bercerita tentang kopi, saya pun memuji dirinya yang tidak begitu 'Heroic' dalam mana-mana novel yang pernah dia berada. Wataknya digasak oleh macam-macam ideologi dan idealisme tapi dia berjalan  - go with the flow - dan tidak ditelan oleh plot - tidak berasa terancam dengan watak-watak lain - tidak menunjuk-nunjuk yang dia itu bagus - tetapi akhirnya dia yang berada di hujung cerita bersama jawaban (sama ada terlerai atau pembaca fikir sendiri), kagum sungguh saya. Dan saya memberitahunya, semasa saya mengikuti Program Penulisan MASTERA di Cianjur, Indonesia pada bulan Ogos lalu, mengenai saranan salah satu pembimbing program iaitu Pak Agus R Sarjono; dosa besar seorang penulis ialah menulis cerita yang membosankan dan sebuah karya yang bakal bertahan lama di dunia ialah cerita yang tidak h...

catatan bulan ogos

Kesalahan besar seorang hamba Allah ialah mengenepikan rukun iman dan rukun islam.  Kesalahan besar seorang penulis ialah menulis cerita yang membosankan.  Kesalahan besar seorang pencinta kopi ialah minum kopi segera.  Kesalahan besar seorang pencinta kucing ialah membiarkan kucing kelaparan.  Dan kesalahan besar penerbit buku ialah tidak membayar royalti kepada penulis.  Ogos ialah bulan kemerdekaan. Kamu rasa diri sudah cukup merdeka tak?  Salam hormat. RM

catatan di bulan Julai

Antara cerita kelahiran bayi dan keberangkatan ke alam kematian, mana satu yang meninggalkan kesan lebih mendalam pada diri kita?  Seorang bayi yang lahir, untuk beberapa tahun akan datang pasti akan  meningkat remaja, mempunyai kepintaran itu dan ini, menjadi sumber bahan ketawa dan gaduh orang tuanya serta jika saya ditakdirkan bernafas lebih lama untuk melihatnya menjadi dewasa dan memanggil saya mak cik atau nenek. Maklumat mengenainya akan berterusan saya terima. Akan tetapi, bagi seseorang yang saya kenali selama lebih, katakanlah tiga dekad dan semalam berangkat kerana dipanggil Penciptanya memasuki sempadan akhirat. Berita mengenainya akan terputus sama sekali pada saat arwah ditanam ke dalam liang lahad. Kita tak dapat membayangkan untuk beberapa tahun akan datang, perjalanannya di alam yang tak  ada manusia hidup pernah ke sana dan kembali pada kita untuk bercerita. Kita mengenang mereka yang telah pergi ini dalam doa-doa. Kamu mungkin memanggilnya kehilangan...

selamat hari raya

Selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. PS: Pandu berhati-hati bila balik ke kampung, jatuh terhempas di jalan raya besar tak sama macam jatuh cinta.

Trivia bulan Ramadan

Saya membayangkan Eka Kurniawan bikin cerita baru dan di dalam cerita barunya ada watak Maman Gendeng (Cantik Itu Luka), Margio (Lelaki Harimau) dan Ajo Kawir (Seperti Dendam, Rindu harus Dibayar Tuntas). Pasti gempak. :) Kalau saya Eka, saya pasti sedang dan telah menukang idea ini. Dan, Saya membayangkan  Marquez memberi nama kepada watak lelaki tua yang dikenali oleh pembaca sebagai  'unknown hero' dalam Memories of My Melancholy Whores dan beliau masuk ke latar masa ketika Luis Alejandro Velasco ( The Story of a Shipwrecked Sailor) kembali ke Columbia lalu menceritakan pengalaman getirnya semasa kapal karam. Tapi Marquez tak pernah melakukannya dan beliau telah berangkat. .................... Dalam A-Quran ada banyak cerita luar biasa. Allah mempertembungkan kisah satu nabi ke nabi yang lain dari latar waktu dan tempat yang jaraknya di luar jangkauan kepala manusia. Tapi dalam ribuan kisah itu kita selalu diperdengarkan mengenai kisah Yusof dan Zulaika. B...

menunggu kelahiran 'baby' baru

Syukur, tahun 2016 masih tahun produktif buat manusia yang meningkat umur dan sibuk dengan pelbagai perkara dalam hidup seperti saya. dua buku baru saya bakal terbit. Sebuah kumpulan cerpen remaja (Fiksi Buat Marquez) dan novel dewasa (Sayembara), kedua-duanya bernaung di bawah daun emas DBP. rezeki dalam bidang penulisan ini juga masih subur dalam beberapa cara (siapa kata orang yang menulis sastera susah hidup?) saya lebih suka dengan pendekatan slow and steady. Buat apa kecoh-kecoh hal yang kita tidak terlibat atau marah terhadap sesuatu trend yang kita tidak faham? anak kucing saya menutup usianya di muka bumi ini selepas enam bulan lebih hidup. Dia mati digilis roda kenderaan. Saya sedih. sejak bermula dan berakhirnya pesta buku antarabangsa yang lalu, saya telah memesan 30 buah buku dalam bahasa melayu dari pelbagai penerbit muda dan meningkat naik. Indie orang bilang. Sebagai tanda meraikan industri buku negara. Saya membaca sahaja. Kemudian mengenepikan apa-apa yang...

Catatan seputar hidup harian yang tiada kena mengena dengan buku

Image
1. Sejak mencecah usia 35 tahun, saya ada satu kecenderungan baharu iaitu gemar melakukan pembelian di atas talian (dengan dan tanpa diskaun, nampak tak tanda-tanda penuaan ketara?) buku-buku yang saya fikir tidak akan pernah  saya perolehi di Kota Kinabalu atau malas hendak mengangkat banyak-banyak sekiranya berpergian ke Kuala Lumpur atau ke kota-kota lain. Melainkan jika buku itu benar-benar saya perlukan untuk dibaca segera (misalnya buku-buku shortlist The Man Booker Prize 2016) dalam pesawat atau dalam perjalanan yang memakan masa berjam-jam dalam kenderaan. Orhan Pamuk tetap berbisa menerusi A Strangeness In My Mind. Tapi saya percaya Yan Lianke menerusi novel beliau The Four Books, bakal memberi saingan sengit. Beliau seorang penulis yang bermain dengan teknik penulisan yang baik.  2. Saya telah menonton filem Ada Apa Dengan Cinta 2. Pada saya ceritanya biasa-biasa aja. Sepasang kekasih yang terpisah oleh jarak dan waktu. Krisis yakin diri. Soal setia dan per...

lagi lagi tentang buku

Image
1. Saya suka idea novel tulisan Yangsze Choo dalam The Ghost Bride. Latar masa dan tempatnya, serba kena dan lebih-lebih lagi ia membawa satu tema yang jarang diterokai oleh pengarang berbangsa Cina (Malaysia) di luar negara. Novel ini novel budaya. Keseronokan membaca novel seumpama ini, ia banyak bermain dengan perspesi dan emosi. 2. Selepas habis membaca novel Sahidzan Salleh - Pada Waktu-Waktu Yang Terhapus, saya memandang kucing hitam dengan cara yang berbeza berbanding sebelumnya. Walaupun elemen dalam novel ini pada kebanyakan tempat dapat diteka hasil pengaruh kepengarangan (sebab Sahidzan juga pembaca tegar, selain suka menonton filem, saya teka) beberapa orang pengarang antarabangsa, namun ia tetap memberi nikmat pembacaan yang menyenangkan. 3. Novel Pohon Emas karya Wahba bermula dari cerpen. Dipanjangkan menjadi novel, meskipun masih nipis namun perlu waktu (menghadam) yang agak lama juga buat saya menghabiskan pembacaan. Penerbit melabel buku ini sebagai novel fantasi...

superman meninggal?

Image
Alasan utama saya pergi menonton Batman V Superman: Dawn of Justice, bukan disebabkan kerana Ben Affleck (yang tidak menyukai komik tapi akhirnya memegang watak Batman seorang adiwira adaptasi komik) tapi kerana political interest dalam plot yang ditawarkan kepada 'pencari bahan' seperti saya. Tambahan pula sejak kebelakangan ini saya menggemari mana-mana idea 'mash up' sama ada dalam industri buku atau hiburan. Sebelumnya sudah muncul Pride and Prejudice and Zombie hasil adaptasi daripada karya Jane Austen dan Seth Grahame Smith. Saya juga telah melakukan percubaan kecil menerusi novel TRIVIA. Walaupun ia tidak menepati idea mash up dan lebih kepada interteks, namun proses menulis novel tersebut sangat menyeronokkan.  Menonton pada hari pertama tayangannya di Malaysia. Full house. Bila full house, macam-macam jenis penonton yang berada di dalam pawagam. Termasuk bayi berusia setahun ke bawah yang ingin mengatasi Superman terbang dalam filem dengan tangisan me...

mentor

Image
Saya berada pada fasa menukang karya serius (perlahan-lahan meninggalkan zon sastera remaja semenjak kumpulan cerpen Fiksi Buat Marquez - bakal terbit) namun tanggungjawab datang bertubi-tubi menyuruh saya berkongsi, membimbing dan menjadi mentor kepada rakan penulis serta adik-adik yang baru hendak bermula. Ada beberapa karya yang saya fikir sangat baik dijadikan bacaan tambahan buat- terutama adik-adik di peringkat universiti dan menengah atas yang sering berhadapan dengan masalah bagaimana hendak memindahkan idea ke dalam seluruh cerita - teknik mengolah, menyedapkan plot, mencukupkan halaman muka surat dan tersekat pada bahagian klimaks. Novel 1. Senjakala - Baharuddin Kahar 2. Detektif Indigo - Faisal Tehrani 3. Advencer Si Peniup Ney - Faisal Tehrani 4. Warisnya Kalbu - Sri Rahayu. 5. Kotak - novel ini tulisan saya sendiri, bukan bermakna ia bagus tapi saya menekankan tentang teknik pengolahan bagi adik-adik yang sering bertanya; bagaimana hendak menjadikan karya ...

pesona karya indie; dalam kepala seorang posmen

Image
Kumpulan cerita pendek yang sangat pendek pernah saya baca. 85 halaman. Karya Lang Rahman. Buku ini saya beli bersama-sama Pena Alam di kedai buku Popular pada petang Jumaat, minggu terakhir bulan Februari 2016. Kami tidak berfikir panjang, masing-masing capai sebuah. Saya membacanya 'sekali harung' pada malam Sabtu. Habis dalam dua jam. Saya suka naratifnya meskipun sepanjang pembacaan saya tidak dapat membuang bayangan Etgar Keret, Murakami dan Roslan Jomel. Saya tidak ingin meneka bahawa Lang Rahman pembaca tegar cerpen-cerpen Etgar Keret. Cuma saja, Lang Rahman 'mengawal diri' untuk tetap tidak terbabas menuliskan hal-hal yang sepertimana Etgar Keret menulis dan menyebut hal-hal dalam seluar dalam secara terus tanpa berselindung.  Cerpen-cerpen 'kontot' di dalam kumpulan cerpen ini kadangkala menyerupai sketsa, misalnya cerpen Antara Cemburu dan Tayar Lori, ditulis cuma dua perenggan. Begitu juga dengan cerpen Eksperimen Karim, Gambus dan Fara ...

berpisah dengan kopi

Image
Apa rasanya jika dalam sehari kamu tidak mencicipi kopi? - Lebih teruk daripada putus cinta pertama atau sengugut. Maka bermulah perjalanan saya menjarakkan diri daripada kopi, jika dahulu enam ke tujuh cawan sehari, kini berkurangan sampai tiga dan dua cawan sehari. Lama-kelamaan menyusut ke satu atau dua cawan sehari. Semuanya atas alasan kesihatan dan perubatan. :) Berpisah dengan kopi mendorong saya menulis sajak. Selain mulai mengintai teh. Dan membaca Peter Carey menambah derita kerinduan saya terhadap kopi. Salam hormat. RM

Memori mengenai Jendela Menghadap Jalan

Image
Memori ketika menulis novel ini agak kabur dalam ingatan saya tetapi ia ditulis semasa arwah ibu masih di sisi. Sepuluh tahun sudah berlalu. Saya memulakan kerja-kerja mengarang naskah awal novel ini pada pertengahan tahun 2007, tanpa sebarang hasrat hendak menghantarnya ke mana-mana penerbitan. Namun dorongan utama saya untuk terus meneruskannya apabila saya membaca novel Sally Morgan berjudul My Place - sebuah novel lama pengarang Australia. Kini, saya tidak lagi mengingati akan plot buku tersebut namun saya sentiasa mengenang akan keindahan langgam bahasanya.  Pada hari ini, novel ini dikaji oleh para pelajar di empat buah negeri (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak) saya juga tidak pernah berhasrat novel ini menjadi bahan kajian sepertimana saya tidak menyimpan keyakinan tinggi ketika menghantar manuskrip novel ini kepada sekretariat Hadiah Sastera Kumpulan Utusan bagi tahun penilaian 2008. Sehinggalah pada suatu hari, pada penghujung bulan Februari atau awa...

king of the sea dan dina zaman

Image
Saya tidak ingat bila kali pertama saya mulai mengikuti tulisan-tulisan Dina Zaman di akhbar tetapi saya membaca bukunya I am Muslim beberapa tahun lalu. Terus tertarik.  Sementara King Of The Sea ini, "Sangat Melayu" meskipun ditulis dalam bahasa Inggeris. Saya sangat suka dengan cara Dina Zaman bercerita, sederhana tetapi berbekas - terus sampai ke hati.  Sembilan buah cerita, masing-masing berdiri sendiri. Ada cerita dongeng. Ada cerita syirik. Ada cerita tentang persepsi. Ada cerita tentang Melayu dan perangai azali mereka yang sampai bila-bila memang sukar hendak diubah.  Bomoh paling banyak mendominasi (selain bunian, sikit-sikit panggil bomoh setiap kali ada sesuatu yang tidak kena dalam hidup keluarga Melayu, terutama dekat laut dan nelayan). Sebuah reaslime yang mengasyikkan tetapi membangunkan. Saya baca berulangkali cerita 'Translator' serta 'Alia', masih saya tersenyum. Masih ketawa. Tetapi akhirnya apabila saya menutup bu...

sebuah buku yang menghubungkan cerita-cerita pada buku yang lain

Image
Setiap kali saya memulakan bacaan buku baharu (sama ada yang baru dibeli atau sudah lama di rak tetapi baru dibaca) saya sering dilanda perasaan ingin tahu: Apakah buku ini akan menghubungkan saya dengan cerita-cerita lain pada buku yang lain yang telah saya baca sebelumnya? Lazimnya, ya! Malahan seringkali pula berlaku saya membuat perbandingan antara kedua atau ketiga atau keempat-empat buku. Saman Ayu Utami) misalnya, berhubung langsung dengan  The God of Small Things (Arundhati Roy). Our Happy Time (Gong Ji-Young) secara emosinya berhubung dengan Please Look After Mother (Kyung Sook Shin) begitu juga dengan Cantik Itu Luka (Eka Kurniawan) yang 90% berbau kuat One Hundred Years of Solitude (Gabriel Garcia Marquez) dan baru-baru ini Kunang Pesisir Morten (Raiha Bahauddin) secara terus membawa saya ke Laskar Pelangi (Andrea Hirata) dan senarai ini akan berterusan menjadi panjang. Terkini, semasa dalam perjalanan pulang dari Pattaya ke Bangkok dan ke Kota Kinabalu, saya men...

catatan peribadi seputar kehidupan di tanah orang.

Image
Seawal pagi, menyelak kain langsir untuk mendapatkan pemandangan bahagian belakang kuil yang berhadapan dengan lantai bawah rumah. Beberapa orang sami buddha sedang tekun memerhatikan kuil yang dipelihara oleh mereka. Seekor kucing hitam berusia empat bulan (dua hari lalu saya dan teman serumah membawanya ke klinik untuk mendapatkan vaksin) berlari-lari di hadapan garaj. Secawan kopi menemani hari baharu saya, pada minggu terakhir di Tak. Membaca Bangkok Post. Mengikuti beberapa berita yang sedang hangat viral di tanah air. Pantai Kasih. Sambil-sambil menikmati secawan kopi yang masih hangat, membelek-belek senarai pendek yang hendak dibawa ke Bangkok dan Pattaya. Tidak mengejutkan, semuanya buku. Dalam buku nota saya yang masih banyak ruang kosong. Setidak-tidaknya sebuah kumpulan cerpen dan novel harus dihantar untuk penilaian dan terbit tahun hadapan. Di Thailand masyarakatnya bertumpu pada berita kematian seorang aktor, beberapa hari lalu setelah bergelut dengan denggi sel...

januari dan februari demam membaca 'Marquez'

Image
Bill Clinton pernah berkata mengenai Marquez: "The most important writer of fiction in any language" Kata saya: "Penulis fiksi paling paling di planet bumi yang pernah hidup" (kini beliau sudah meninggal, RIP) 1). Saya tidak mengagungkan manusia atau Barat, tetapi mengagumi dan berterima kasih ke atas segala usaha gigih (menerusi bakat mereka) menghasilkan sesuatu yang unggul untuk memberi inspirasi dalam bidang yang sama ditekuni bagi membaja hobi dan kecenderungan pilihan hidup untuk berbahagia- selain menjadi pekerja Allah sepenuh masa di muka bumi. 2). Kebiasaannya, Januari hingga Februari sejak beberapa tahun lalu, saya mempunyai kecenderungan membaca semula buku-buku pengarang yang saya sukai dan Marquez mengungguli carta pilihan, selain beberapa buku pengarang Perancis dan satu-dua karya pengarang Jepun dan Korea Selatan bagi menyemarakkan semula semangat mengarang setelah 'cuti panjang daripada menulis dan berhempas pulas menutup sa...

karya baharu terbitan DBP tahun 2015

Image
Novel, Sekurun Mencari Sinar. http://bukudbp.com/products/sekurun-mencari-sinar Kumpulan cerpen, Bulan Tenggelam Dalam Perahu. http://bukudbp.com/products/kumpulan-cerpen-bulan-tenggelam-dalam-perahu