lagi lagi tentang buku
1. Saya suka idea novel tulisan Yangsze Choo dalam The Ghost Bride. Latar masa dan tempatnya, serba kena dan lebih-lebih lagi ia membawa satu tema yang jarang diterokai oleh pengarang berbangsa Cina (Malaysia) di luar negara. Novel ini novel budaya. Keseronokan membaca novel seumpama ini, ia banyak bermain dengan perspesi dan emosi. 2. Selepas habis membaca novel Sahidzan Salleh - Pada Waktu-Waktu Yang Terhapus, saya memandang kucing hitam dengan cara yang berbeza berbanding sebelumnya. Walaupun elemen dalam novel ini pada kebanyakan tempat dapat diteka hasil pengaruh kepengarangan (sebab Sahidzan juga pembaca tegar, selain suka menonton filem, saya teka) beberapa orang pengarang antarabangsa, namun ia tetap memberi nikmat pembacaan yang menyenangkan. 3. Novel Pohon Emas karya Wahba bermula dari cerpen. Dipanjangkan menjadi novel, meskipun masih nipis namun perlu waktu (menghadam) yang agak lama juga buat saya menghabiskan pembacaan. Penerbit melabel buku ini sebagai novel fantasi...