Trivia bulan Ramadan
Saya membayangkan Eka Kurniawan bikin cerita baru dan di dalam cerita barunya ada watak Maman Gendeng (Cantik Itu Luka), Margio (Lelaki Harimau) dan Ajo Kawir (Seperti Dendam, Rindu harus Dibayar Tuntas). Pasti gempak. :) Kalau saya Eka, saya pasti sedang dan telah menukang idea ini.
Dan,
Saya membayangkan Marquez memberi nama kepada watak lelaki tua yang dikenali oleh pembaca sebagai 'unknown hero' dalam Memories of My Melancholy Whores dan beliau masuk ke latar masa ketika Luis Alejandro Velasco ( The Story of a Shipwrecked Sailor) kembali ke Columbia lalu menceritakan pengalaman getirnya semasa kapal karam. Tapi Marquez tak pernah melakukannya dan beliau telah berangkat.
....................
Dalam A-Quran ada banyak cerita luar biasa. Allah mempertembungkan kisah satu nabi ke nabi yang lain dari latar waktu dan tempat yang jaraknya di luar jangkauan kepala manusia. Tapi dalam ribuan kisah itu kita selalu diperdengarkan mengenai kisah Yusof dan Zulaika. Betapa tampannya baginda hingga perempuan-perempuan di dapur istana Zulaika menghiris jari mereka tanpa sedar. Juga mengenai ikan paus yang menyelamatkan Yunos dalam perutnya. Juga api yang tunduk ketika Ibrahim dibakar dalam kawah. Juga kisah Ashabul Kafi tentang para pemuda ( 7 orang) serta seekor anjing yang tertidur di dalam gua dan bangun setelah 309 tahun kemudian.
......................
Suatu hari nanti, katakanlah 20 tahun atau 30 tahun akan datang (lepas Malaysia kecap status negara maju), manusia masa depan akan begitu teruja membaca cerita harga air batu campur di bazar Ramadan (bulan Jun tahun 2016) yang berharga 3 ringgit seplastik kerana bagi mereka itu murah sebab pada zaman mereka kelak air batu campur akan berharga 20 ringgit sepertimana nenek kita (untunglah kamu kalau ada nenak atau datuk yang masih hidup untuk bercerita) sekarang merungut tentang harga barang-barang yang mahal sambil mereka bernostalgia: Dulu-dulu kopi secawan 25 sen aje, cu. Nasi lemak 50 sen jer. Pulut panggang 50 sen dapat tiga biji, cu.
..................
Selamat berpuasa. Semoga kita dirahmati Allah.
Salam hormat.
RM
Comments
Post a Comment