januari dan februari demam membaca 'Marquez'

Bill Clinton pernah berkata mengenai Marquez: "The most important writer of fiction in any language"

Kata saya: "Penulis fiksi paling paling di planet bumi yang pernah hidup" (kini beliau sudah meninggal, RIP)







1). Saya tidak mengagungkan manusia atau Barat, tetapi mengagumi dan berterima kasih ke atas segala usaha gigih (menerusi bakat mereka) menghasilkan sesuatu yang unggul untuk memberi inspirasi dalam bidang yang sama ditekuni bagi membaja hobi dan kecenderungan pilihan hidup untuk berbahagia- selain menjadi pekerja Allah sepenuh masa di muka bumi.

2). Kebiasaannya, Januari hingga Februari sejak beberapa tahun lalu, saya mempunyai kecenderungan membaca semula buku-buku pengarang yang saya sukai dan Marquez mengungguli carta pilihan, selain beberapa buku pengarang Perancis dan satu-dua karya pengarang Jepun dan Korea Selatan bagi menyemarakkan semula semangat mengarang setelah 'cuti panjang daripada menulis dan berhempas pulas menutup saki baki kerja hakiki' sepanjang Disember dan November tahun sebelumnya.

3). Kadangkala saya membeli buku yang sama daripada kedai buku berbeza, di kota dan negara berbeza. Perangai 'buruk' ini sukar dibendung apatah lagi apabila cover buku tersebut berbeza dengan naskah yang telah dibeli sebelumnya. Kegilaan ini berterusan ke atas karya-karya Hamka bagi buku dalam bahasa Melayu.

4). Azam bagi tahun 2016, saya ingin membaca lebih banyak buku karya rakan-rakan pengarang Malaysia untuk menghargai mereka dan meminjam semangat mereka, terutama sekali buku-buku puisi yang 'meriah' sepanjang tahun 2015 lalu.


Salam hormat.

RM

Comments

Popular posts from this blog

biodata ruhaini matdarin

Novel Jendela Menghadap Jalan - sebuah trivia; bahagian 1

Memori mengenai Jendela Menghadap Jalan