Apakah yang lebih utama bagi seorang pengarang; Adikarya, kepuasan peribadi? Atau, menulis karya yang akan menjadi milik masyarakat? Saya menulis untuk menyelamatkan diri, supaya kekal waras sebagai manusia. Ruhaini Matdarin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di Kota Kinabalu, Sabah. Alhamdulillah sepenuh masa hamba Allah. Mendapat pendidikan sehingga Sarjana Pengurusan Kewangan, pernah berkhidmat sebagai juruaudit, pengurus kewangan dan penasihat kewangan di beberapa buah syarikat pembinaan dan konsultansi. Pernah berkhidmat di Tak Community Collegge sebagai tenaga pengajar separuh masa program budaya Asean 2012-2013. Bermula tahun 2016 memilih untuk bekerja secara freelance (tapi hal ini ternyata menambah kesibukannya terhadap kerja hakiki) supaya boleh menulis pada bila-bila masa yang disukai dan melakukan perkara lain yang lebih bermanfaat selain bekerja keras hanya untuk membayar bil dan cukai-cukai. Ahli Badan Bahasa dan Sastera Sabah serta a hli seumur hidup Penulis Nasional (...
Memori ketika menulis novel ini agak kabur dalam ingatan saya tetapi ia ditulis semasa arwah ibu masih di sisi. Sepuluh tahun sudah berlalu. Saya memulakan kerja-kerja mengarang naskah awal novel ini pada pertengahan tahun 2007, tanpa sebarang hasrat hendak menghantarnya ke mana-mana penerbitan. Namun dorongan utama saya untuk terus meneruskannya apabila saya membaca novel Sally Morgan berjudul My Place - sebuah novel lama pengarang Australia. Kini, saya tidak lagi mengingati akan plot buku tersebut namun saya sentiasa mengenang akan keindahan langgam bahasanya. Pada hari ini, novel ini dikaji oleh para pelajar di empat buah negeri (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak) saya juga tidak pernah berhasrat novel ini menjadi bahan kajian sepertimana saya tidak menyimpan keyakinan tinggi ketika menghantar manuskrip novel ini kepada sekretariat Hadiah Sastera Kumpulan Utusan bagi tahun penilaian 2008. Sehinggalah pada suatu hari, pada penghujung bulan Februari atau awa...
Di antara ruang waktu menulis buku Cerpen Melawan Yang Mustahil, saya sebenarnya telah memulakan kerja-kerja mengumpul bahan untuk menulis sebuah manuskrip - yang pada ketika itu, sekitar pertengahan tahun 2012 sehingga awal 2013, belum lagi saya tentukan hala tujunya, sama ada ia akan menjadi novelet seperti RACUNDA (terbitan BAHASA 2010) atau menghimpunkan beberapa puluh cerpen yang auranya (atau kegilaan) menyamai cerpen Yang Aneh (yang disenaraikan dalam antologi Istana Cinta Ayah (DBP 2009)- Pemenang Sayembara Mengarang Cepen Sempena 50 Tahun Merdeka, yang di dalamnya ada SN Shahnon Ahmad juga sebagai antara pemenang (ah! indah betul!) Kulit buku yang anda tatap sekarang tertera judul Seteru Dalam Keheningan, judul-judul lainnya sudah terkubur dalam ingatan saya akibat kerap diubah, ditinggalkan, didatangi lagi, diubah lagi, didatangi lagi, sampai ke proses saya benar-benar duduk menulis dengan serius sekitar tahun 2017 sehingga 2019. Manuskrip ini siap 70-80 peratus te...
Comments
Post a Comment