delicacy, david foekinos dan perancis
Terdapat tiga dalil mengapa saya membaca novel ini: 1). Saya mula mengikuti sastera Perancis semenjak menggemari Gregoire Delacourt menerusi 'Wishlist' 2). Pengarang Perancis selalu tidak menyusahkan pembaca dengan cerita yang sukar - sering mudah, sederhana namun berbekas. 3). Sangat 'Perancis' Buku ini diterjemah oleh Bruce Benderson daripada bahasa Perancis. Terbitan asli berjudul La Delicatesse, 2009 dan terjemahan bahasa English dilakukan oleh Harper Collins Publishers pada tahun 2011. Ceritanya mengenai Natalie (Audrey Tataou), seorang wanita muda yang baharu berkahwin namun suaminya meninggal dunia apabila terlibat dalam kemalangan yang dahsyat dan kegembiraan yang dinikmatinya berubah sekelip mata. Tidak lama kemudian, Natalie berusaha untuk maju ke hadapan dan meneruskan hidup dan kemunculan Charles memberikan satu harapan baharu buat Natalie. Akan tetapi Natalie masih keliru, berteka-teki, berperang dengan diri sendiri dan masih terper...