the hunger games, huminodun dan Trivia.
Buku pertama daripada tetralogi terlaris antarabangsa, yang kini sebuah filem blokbuster. Di Eropah para penulis membuka persoalan mengapa Generasi K jatuh hati terhadap Hunger Games. Ramai penggemar Jennifer Lawrence berbaris membeli tiket di pawagam pada hari pertama tayangan filem ini. Saya membayangkan sekiranya Huminodun (cerita dongeng rakyat kadazandusun di Sabah) diangkat ke layar perak dalam horizon yang lebih luas, saya fikir plotnya jauh lebih mengujakan. Dan saya membayangkan Si Cantik Remedios yang terbang dari langit Macondo dan muncul di bilik penginapan Raisa di Rom, dalam novel saya Trivia, keluar dari halaman novel ke bentuk baharu, kaca televisyen misalnya :)
***
Di celah-celah runtuhan tempat yang pernah dikenali sebagai Amerika Utara, terletak sebuah negara bernama Panem, Capitol yang megah dikelilingi 12 daerah terpencil. Capitol yang kejam dan zalim, mengawal daerah-daerah dengan memaksa mereka menghantar seorang budak perempuan yang berumur antara 12 dan 18 tahun untuk menyertai Permainan Capitol yang diadakan secara tahunan, perlawanan sampai mati yang ditayangkan secara langsung di TV. Sementara Katniss Everdeen yang berusia 16 tahun tinggal bersama-sama ibu dan adik perempuannya. Dia menganggap Permainan ini sebagai hukuman mati apabila menawarkan diri untuk mengambil tempat adiknya. Namun sebelum ini, Katniss pernah berhadapan dengan kematian dan semangat untuk hidup itu telah sebati dengan dirinya. Tanpa perancangan, dia menjadi salah seorang pencabar. Itupun jikalau dia menang dan dia perlu membuat pilihan yang sukar.
Nota: Selain Jennifer Lawrence saya membayangkan aktres yang jauh lebih sesuai membawa watak Katniss Everdeen adalah Camilla Luddington berdasarkan gambaran fizikal dan dalaman yang dipersembahankan menerusi novel.
***
Huminodun (bayangkan Daphne Iking) adalah anak perempuan Dewa Kinoingan serta isterinya Suminundu yang telah mengorbankan dirinya kepada semangat bumi sebagai balasan untuk hasil tanaman yang lumayan untuk umat manusia. Satu ketika dulu, kaum kadazan dusun mengalami bencana kebuluran kerana tidak ada sumber makanan. Kinoingan berasa belas kasihan terhadap kesengsaraan kaum Kadazandusun dan telah mengorbankan Huminodun dan jasadnya disemadikan di bumi lalu dia tumbuh sebagai sejenis tumbuhan iaitu padi dan dari situlah suku kaum Kadazandusun mendapat sumber makanan. Dipercayai juga jelmaan semangat Huminodun telah hidup kembali sebagai Unduk Ngadau dari dalam Kaakanan, selepas tujuh hari dia dikorbankan. Jasa Huminodun diingati dalam perayaan Tadau Kaamatan yang diadakan setiap tahun bagi meraikan hari tuaian.
***
Idea asal novel ini tercetus setelah membaca sebuah novel parodi Android Karenina (saya lebih suka memanggilnya mash up - semacam menggabungkan dua atau tiga buah lagu ke dalam sebuah lagu yang disusun semula) tetapi Anwar Ridwan memberitahu saya mengenai Interteks. Apa pun bentuknya, saya menghargai buku-buku yang saya pinjam watak-watak utamanya untuk 'didatangkan' khas ke dalam novel Trivia.
Nota: Cuma Raisa dan Safar watak baharu dalam novel ini, yang lain-lainnya muncul daripada naskah One Hundred Years of Solitue, Snow, Naratif Ogonshoto dan Middaq Alley. Saya teringat Kak Mawar Safei berkata, Raisa adalah watak hidup dalam buku cerpen beliau Narasi, Gua dan Raqim. :)
Keterangan lanjut dan bagi mendapatkan naskah ini, http://www.itnm.com.my/catalogue/buku/kumpulan_novel_trivia/
***
Katniss, Huminodun dan Raisa, bergabung dalam satu entri yang sama, yay!
Salam hormat.
Nota: Cuma Raisa dan Safar watak baharu dalam novel ini, yang lain-lainnya muncul daripada naskah One Hundred Years of Solitue, Snow, Naratif Ogonshoto dan Middaq Alley. Saya teringat Kak Mawar Safei berkata, Raisa adalah watak hidup dalam buku cerpen beliau Narasi, Gua dan Raqim. :)
Keterangan lanjut dan bagi mendapatkan naskah ini, http://www.itnm.com.my/catalogue/buku/kumpulan_novel_trivia/
***
Katniss, Huminodun dan Raisa, bergabung dalam satu entri yang sama, yay!
Salam hormat.
Comments
Post a Comment