Posts

Dua dekad lalu sebelum tahun ini

Saya terkenang kapsul yang kami tanam dua dekad lalu di Sabah Collegge. Saya tidak dapat mengingati apa apa yang saya tulis tapi ia berkaitan dengan tahun 2020. Tiga bulan berlalu 2020. Lima tahun lalu saya terpesona dengan buku karangan Albert Camus berjudul The Plaque. Hari ini apabila saya membacanya sekali lagi, saya berasa gementar. Buku itu mewakili perasaan saya pada ketika ini yang saya sembunyikan daripada sesiapa. Saya tidak percaya dunia yang kita huni hari ini menuju distopia. Kegigihan anda menyelak helaian sejarah hanyalah rutin manusia pada setiap zaman. Yang berubah mungkin suasana dan hati kita. Novel The Plaque ditulis pada zaman yang akan membuat pelayar media sosial tegar pada hari ini akan menjadi tidak siuman kerana zaman itu - ketika wabak melanda, seluruh perhubungan terputus di Bandar Oran. Hari ini, kita melawan Covid 19 sekali dengan pakej melawan orang yang kita rasa boleh menjadi ancaman buat kita - meskipun hanya dengan satu tweet dan status tanpa m...

2019 yang akan jadi pendiam dan penyegan

Agak lama blog ini bersawang dan saya hampir-hampir lupa bahawa saya pernah menanam hasrat untuk menulis di blog sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Nampak gayanya, musuh utama kita ialah diri kita sendiri. Tahun 2019, saya fikir saya akan menjadi sangat perlahan menulis (menyudahkan manuskrip tertangguh atau memperbaharui manuskrip lama atau memulakan manuskrip baharu) kerana tumpuan saya ialah membaca semua buku yang belum dibaca sejak tahun lepas, bahkan sejak tahun sebelumnya lagi. Namun begitu, secara berdikit-dikit saya mencuri waktu memulakan, menyudahkan dan menghantar manuskrip, entah ke mana, tapi apabila mengenangkan Projek Antarabangsa saya dengan rakan-rakan penulis yang berkomplot hendak mengubah wajah sastera Malaysia (aisyemen) saya menjadi bersemangat dan saya memahami, bagi mencapai tujuan unggul itu, bukan sebulan dua yang perlu saya belanjakan, mungkin berbelas bulan, atau mungkin selama-lamanya. Pada waktu terdekat ini Sayembara Novel Futuristik sangat m...

Hal-hal seputar persepsi

1). Saya kembali menonton filem-filem Malaysia (lebih sedap disebut Malaysia berbanding filem Melayu) setelah ketiadaan Yasmin Ahmad, sejak akhir-akhir ini untuk mengubah semula sudut pandang saya mengenai persepsi 'Filem Melayu itu-itu juga' sejak dekad filem-filem hedo-cul-sos bikinan Abdul Razak Mohaideen. Ternyata kita bagus kerana kita mempunyai sederetan pengkarya yang cakna mengenai wajah masa hadapan filem Malaysia, bukan sekadar memenuhi selera pop semasa.  Kabir Bhatia, Dain Said, Liew Seng Tat dan Chiu Keng Guan, antara pengkarya yang saya handalkan dalam menghidangkan sesuatu yang menyelerakan untuk pengisian jiwa dan minda dalam beberapa aspek ketika menikmati sebuah karya di layar perak. Al-maklumlah, sejak usia bertambah, kehidupan sosial saya juga menuntut saya untuk menjadi bijak menikmati apa jua karya, baik buku, filem, lagu serta benda-benda yang masuk  ke dalam perut.  You know you're middle aged.  2). Terdapat ratusan jenama ubat gigi ...

buku-buku yang saya suka (Vol 1)

Ada teman memberitahu  bahawa warganet (terutama penikmat buku dan penulis) sedang berlumba-lumba membuat senarai buku yang mereka suka. 10 sahaja katanya. Semua ini gara-gara YB Dr. Maszlee. Saya akan buat senarai buku yang memberi impak terhadap pemikiran dan emosi saya dan sedap dibaca. Saya percaya bahan bacaan kita berbeza atau sama kerana citarasa dan kita meraikan kepelbagaian. Kalau semua orang menyukai hanya Muhammad Iqbal dan Pablo Neruda, dunia ini akan jadi sepi sekali. Ya tak? (sebelum saya membuat senarai buku karangan manusia, saya mesti mengingatkan diri bahawa AL-QURAN adalah kitab dan buku paling perdana) 1). Bahasa English/terjemahan Novel  - One Hundreds Years of Solitude = Gabriel Garcia Marquez  - Who Killed Palomino Molero = Mario Vargas Llosa  - Night = Elie Wiesel  - Winner Take Nothing = Ernest Hemingway  - The Fall of Imam = Nawal el Saadawi  - The Crazed = Ha Jin  - Satantango = Lazlo Kraznahorkai ...

Based On

1).  Sejak kebelakangan ini saya menggemari sesuatu berkaitan 'Based On' kerana ia bagaikan peta yang akan membawa saya dari satu titik ke titik lain dan jika saya cukup bertuah (selalu ya) saya akan menemui 'jalan baharu' untuk mencipta cerita yang lain (saya bercakap tentang proses kreatif) dan saya mendapati sesuatu seperti ini selalu berkenaan kisah-kisah thriller, crime, mystery dan fiksyen sains. Saya belum menemui buku Ba Jin (Ha Jin lain lagi) atau Ralph Ellison yang dijadikan sebagai based on kepada idea-ieda pengarang atau penulis skrip untuk membawanya jauh ke bentuk lain menjadi mash up atau parody misalnya kerana bentuknya yang konvensional sangat, melankoli serta tertutup di ruangnya tersendiri. 2). Filem The Vanished Korea 2018 versi asal Sepanyol berjudul The Body tahun 2012 misalnya. Ideanya mudah, si suami membunuh si isteri (dengan cara menyuntik bahan pelali TC-16 yang akan menyebabkan tubuh menjadi kejang dan meninggal perlahan-lahan) kerana si ...

Perubahan

1. ) Dalam bukunya  (novel autobiografi) Change, Mo Yan merobohkan bangunan usang di Pekan Kaunti dan membina empat buah rumah baharu dalam tempoh masa sebulan. Hal ini membuat saya kagum kerana untuk melakukan perubahan, kita tak perlu membina sesuatu dari tanah yang luas atau menggali dasar bumi atau mencipta hal-hal yang belum ditemui orang lain. Cukup dengan memperbaharui hal-hal lama/usang/buruk dan menjadikannya bermanfaat untuk orang lain yang memerlukan. Jika anda membaca novel-novel Mo Yan, Red Sorghum misalnya atau The Republic of Wine atau Big Breasts and Wide Hips dan POW! anda akan mendapati beliau menghadam dengan baik buku klasik The Three Kingdoms, Dreams of the Red Chamber dan Journey to the West yang menjadi kegemaran penikmat sastera klasik dunia dan beliau menghafal puisi-puisi Tang dan Song. (Kita baca Hikayat Hang Tuah tak? Sudah baca Sulalatus Salatin?) Satu hal yang saya amati mengenai Mo Yan ialah hampir besar ilham penulisannya bertitik tolak daripad...

Hari-Hari Terakhir di Jesselton

Image
Beberapa judul buku saya boleh dicari (kalau rasa mahu beli untuk bacaan sekarang dan masa depan) di Kedai Nano  https://shopee.com.my/kedainano  ðŸ’›ðŸ˜Š Memulakan dan menyudahkan manuskrip novel ini memberi kesan yang pelbagai. Saya memulakan dengan cepat tetapi menutupnya perlahan (bahkan tertangguh banyak kali) dan melalui proses penambahan serta suntingan pada saat-saat akhir agar ceritanya tidak tergantung. Termenung juga saya dibuatnya selama beberapa minggu ketika editor novel ini, Puan Salona bertanya apakah ceritanya sengaja dibiar tergantung atau saya perlu membuat penambahan? Dan meskipun saya membuat penambahan tetap saja ada persoalan yang tidak berjawab (sengaja?) dan saya membiarkan pembaca sendiri yang membuat kesimpulan. Selama saya menukangi manuskrip ini saya membayangkan visual drama pentas kerana hampir seluruh cerita dalam novel ini digerakkan dengan perilaku dan fikiran watak-wataknya sebagai seorang bintang bangsawan. Mereka berlakon untuk cari makan ...