Dua dekad lalu sebelum tahun ini
Saya terkenang kapsul yang kami tanam dua dekad lalu di Sabah Collegge. Saya tidak dapat mengingati apa apa yang saya tulis tapi ia berkaitan dengan tahun 2020.
Tiga bulan berlalu 2020. Lima tahun lalu saya terpesona dengan buku karangan Albert Camus berjudul The Plaque. Hari ini apabila saya membacanya sekali lagi, saya berasa gementar. Buku itu mewakili perasaan saya pada ketika ini yang saya sembunyikan daripada sesiapa.
Saya tidak percaya dunia yang kita huni hari ini menuju distopia. Kegigihan anda menyelak helaian sejarah hanyalah rutin manusia pada setiap zaman. Yang berubah mungkin suasana dan hati kita.
Novel The Plaque ditulis pada zaman yang akan membuat pelayar media sosial tegar pada hari ini akan menjadi tidak siuman kerana zaman itu - ketika wabak melanda, seluruh perhubungan terputus di Bandar Oran. Hari ini, kita melawan Covid 19 sekali dengan pakej melawan orang yang kita rasa boleh menjadi ancaman buat kita - meskipun hanya dengan satu tweet dan status tanpa makna sehari- harian - berbanding penduduk Oran yang harus memanfaatkan kata-kata untuk kalimat paling penting menerusi telegram.
Dua dekad lalu, saya membaca banyak buku tapi saya lupakan pada hari ini. Dua dekad lalu saya gembira memerhati manusia di jalanan. Hari ini saya fikir saya lebih gembira melihat semut dan cicak di dinding. Tapi saya masih mencintai perjalanan jauh dan tempat-tempat yang boleh saya kenang di hari tua. Perjalanan-perjalanan yang menumbuhkan dan memotong penyakit asal manusia.
Dua dekad lalu, guru saya (pencetus kapsul 2020) kini dia sudah berangkat ke kampung akhirat. Katanya, bumi ini semakin uzur, berdoalah kamu tak akan menunggu sehingga Tuhan menggulung bumi ini macam tikar. Sampai ke hari ini saya mengingati air wajahnya sewaktu dia menyampaikan agenda mengingati mati. Semoga suatu saat nanti jika kita bertemu lagi, cikgu masih mengenali saya.
Dalam novel The Plaque, Camus tidak bercerita secara mendalam tentang wabak yang menyebabkan banyak korban jiwa. Wabak itu sendiri bercerita. Cukup kita semua tahu puncanya tikus. Selebihnya ialah kemelut sosial, ekonomi ( anda boleh mengkaji tentang fasisme yang dilawan Camus pada zamannya) dan politik. Ia persis dengan cabaran yang kita hadapi sekarang.
Beberapa tahun sebelum ibu saya meninggalkan kami, beliau pernah meramalkan beliau tidak akan berkesempatan melihat wajah tahun 2020. Dan Tuhan mendengar kata hatinya. Jikalau tidak, saya tak dapat membayangkan bagaimana kami harus menyekatnya daripada merayau ke luar sana memandangkan beliau kaki bersosial dan digemari orang-orang di jalanan.
Apa yang anda harapkan pada tahun ini?
Saya mempunyai beberapa pelan yang nampak gayanya harus saya tidurkan lagi pada tahun ini, mengulangi penangguhan tahun lalu dan sebelumnya.
Saya tak percaya saya kembali menulis di blog ini. :)😯
RM

Comments
Post a Comment