2019 yang akan jadi pendiam dan penyegan
Agak lama blog ini bersawang dan saya hampir-hampir lupa bahawa saya pernah menanam hasrat untuk menulis di blog sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Nampak gayanya, musuh utama kita ialah diri kita sendiri.
Tahun 2019, saya fikir saya akan menjadi sangat perlahan menulis (menyudahkan manuskrip tertangguh atau memperbaharui manuskrip lama atau memulakan manuskrip baharu) kerana tumpuan saya ialah membaca semua buku yang belum dibaca sejak tahun lepas, bahkan sejak tahun sebelumnya lagi.
Namun begitu, secara berdikit-dikit saya mencuri waktu memulakan, menyudahkan dan menghantar manuskrip, entah ke mana, tapi apabila mengenangkan Projek Antarabangsa saya dengan rakan-rakan penulis yang berkomplot hendak mengubah wajah sastera Malaysia (aisyemen) saya menjadi bersemangat dan saya memahami, bagi mencapai tujuan unggul itu, bukan sebulan dua yang perlu saya belanjakan, mungkin berbelas bulan, atau mungkin selama-lamanya.
Pada waktu terdekat ini Sayembara Novel Futuristik sangat mencairkan iman saya tetapi saya tidak tahu harus berbuat apa. Teman akrab meniup semangat (separuh ragu) supaya kami menyertai, bukan memancing nasib semata-mata tetapi membuktikan bahawa kita MAMPU MENGELENTONG tentang masa hadapan dengan kepanjangan halaman 300-350 halaman yang ditetapkan. Impian dan visi apakah yang boleh menggambarkan dunia sebanyak itu?
Tiada buku baharu untuk PBAKL 2019 atas gendala yang menyedihkan, sekiranya saya hadir, itu kerana saya mahu bertemu teman-teman dan berharap dapat ketemu dengan buku yang saya suka baca. Bukan lagi sekadar mahu menyokong industri dengan membeli buku secara membuta tuli.
Saya berharap dapat menulis lebih lama lagi dan lebih panjang lagi di sini tetapi semakin sedikit yang hendak saya ceritakan.
Salah hormat.
RM

Comments
Post a Comment