Posts

catatan bulan september (1)

Saya dan Ka (dari Snow dan Trivia) mencicipi secangkir Kopi Tenom di Anjung Senja lalu bercerita pada saya mengenai pelbagai jenis kopi yang pernah dinikmatinya di seluruh dunia. Usai dia bercerita tentang kopi, saya pun memuji dirinya yang tidak begitu 'Heroic' dalam mana-mana novel yang pernah dia berada. Wataknya digasak oleh macam-macam ideologi dan idealisme tapi dia berjalan  - go with the flow - dan tidak ditelan oleh plot - tidak berasa terancam dengan watak-watak lain - tidak menunjuk-nunjuk yang dia itu bagus - tetapi akhirnya dia yang berada di hujung cerita bersama jawaban (sama ada terlerai atau pembaca fikir sendiri), kagum sungguh saya. Dan saya memberitahunya, semasa saya mengikuti Program Penulisan MASTERA di Cianjur, Indonesia pada bulan Ogos lalu, mengenai saranan salah satu pembimbing program iaitu Pak Agus R Sarjono; dosa besar seorang penulis ialah menulis cerita yang membosankan dan sebuah karya yang bakal bertahan lama di dunia ialah cerita yang tidak h...

catatan bulan ogos

Kesalahan besar seorang hamba Allah ialah mengenepikan rukun iman dan rukun islam.  Kesalahan besar seorang penulis ialah menulis cerita yang membosankan.  Kesalahan besar seorang pencinta kopi ialah minum kopi segera.  Kesalahan besar seorang pencinta kucing ialah membiarkan kucing kelaparan.  Dan kesalahan besar penerbit buku ialah tidak membayar royalti kepada penulis.  Ogos ialah bulan kemerdekaan. Kamu rasa diri sudah cukup merdeka tak?  Salam hormat. RM

catatan di bulan Julai

Antara cerita kelahiran bayi dan keberangkatan ke alam kematian, mana satu yang meninggalkan kesan lebih mendalam pada diri kita?  Seorang bayi yang lahir, untuk beberapa tahun akan datang pasti akan  meningkat remaja, mempunyai kepintaran itu dan ini, menjadi sumber bahan ketawa dan gaduh orang tuanya serta jika saya ditakdirkan bernafas lebih lama untuk melihatnya menjadi dewasa dan memanggil saya mak cik atau nenek. Maklumat mengenainya akan berterusan saya terima. Akan tetapi, bagi seseorang yang saya kenali selama lebih, katakanlah tiga dekad dan semalam berangkat kerana dipanggil Penciptanya memasuki sempadan akhirat. Berita mengenainya akan terputus sama sekali pada saat arwah ditanam ke dalam liang lahad. Kita tak dapat membayangkan untuk beberapa tahun akan datang, perjalanannya di alam yang tak  ada manusia hidup pernah ke sana dan kembali pada kita untuk bercerita. Kita mengenang mereka yang telah pergi ini dalam doa-doa. Kamu mungkin memanggilnya kehilangan...

selamat hari raya

Selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. PS: Pandu berhati-hati bila balik ke kampung, jatuh terhempas di jalan raya besar tak sama macam jatuh cinta.

Trivia bulan Ramadan

Saya membayangkan Eka Kurniawan bikin cerita baru dan di dalam cerita barunya ada watak Maman Gendeng (Cantik Itu Luka), Margio (Lelaki Harimau) dan Ajo Kawir (Seperti Dendam, Rindu harus Dibayar Tuntas). Pasti gempak. :) Kalau saya Eka, saya pasti sedang dan telah menukang idea ini. Dan, Saya membayangkan  Marquez memberi nama kepada watak lelaki tua yang dikenali oleh pembaca sebagai  'unknown hero' dalam Memories of My Melancholy Whores dan beliau masuk ke latar masa ketika Luis Alejandro Velasco ( The Story of a Shipwrecked Sailor) kembali ke Columbia lalu menceritakan pengalaman getirnya semasa kapal karam. Tapi Marquez tak pernah melakukannya dan beliau telah berangkat. .................... Dalam A-Quran ada banyak cerita luar biasa. Allah mempertembungkan kisah satu nabi ke nabi yang lain dari latar waktu dan tempat yang jaraknya di luar jangkauan kepala manusia. Tapi dalam ribuan kisah itu kita selalu diperdengarkan mengenai kisah Yusof dan Zulaika. B...

menunggu kelahiran 'baby' baru

Syukur, tahun 2016 masih tahun produktif buat manusia yang meningkat umur dan sibuk dengan pelbagai perkara dalam hidup seperti saya. dua buku baru saya bakal terbit. Sebuah kumpulan cerpen remaja (Fiksi Buat Marquez) dan novel dewasa (Sayembara), kedua-duanya bernaung di bawah daun emas DBP. rezeki dalam bidang penulisan ini juga masih subur dalam beberapa cara (siapa kata orang yang menulis sastera susah hidup?) saya lebih suka dengan pendekatan slow and steady. Buat apa kecoh-kecoh hal yang kita tidak terlibat atau marah terhadap sesuatu trend yang kita tidak faham? anak kucing saya menutup usianya di muka bumi ini selepas enam bulan lebih hidup. Dia mati digilis roda kenderaan. Saya sedih. sejak bermula dan berakhirnya pesta buku antarabangsa yang lalu, saya telah memesan 30 buah buku dalam bahasa melayu dari pelbagai penerbit muda dan meningkat naik. Indie orang bilang. Sebagai tanda meraikan industri buku negara. Saya membaca sahaja. Kemudian mengenepikan apa-apa yang...

Catatan seputar hidup harian yang tiada kena mengena dengan buku

Image
1. Sejak mencecah usia 35 tahun, saya ada satu kecenderungan baharu iaitu gemar melakukan pembelian di atas talian (dengan dan tanpa diskaun, nampak tak tanda-tanda penuaan ketara?) buku-buku yang saya fikir tidak akan pernah  saya perolehi di Kota Kinabalu atau malas hendak mengangkat banyak-banyak sekiranya berpergian ke Kuala Lumpur atau ke kota-kota lain. Melainkan jika buku itu benar-benar saya perlukan untuk dibaca segera (misalnya buku-buku shortlist The Man Booker Prize 2016) dalam pesawat atau dalam perjalanan yang memakan masa berjam-jam dalam kenderaan. Orhan Pamuk tetap berbisa menerusi A Strangeness In My Mind. Tapi saya percaya Yan Lianke menerusi novel beliau The Four Books, bakal memberi saingan sengit. Beliau seorang penulis yang bermain dengan teknik penulisan yang baik.  2. Saya telah menonton filem Ada Apa Dengan Cinta 2. Pada saya ceritanya biasa-biasa aja. Sepasang kekasih yang terpisah oleh jarak dan waktu. Krisis yakin diri. Soal setia dan per...