YANG MENDEKAT DAN MENJAUH
Manuskrip novel ini saya mulakan lebih awal daripada Hari-Hari Terakhir di Jesselton. Awal beberapa bulan tetapi tidak saya sudahkan kerana hilang momentum (pada ketika itu), anda yang pernah membeli dan membaca novel tersebut pasti mengetahui tahun terbitnya ialah pada 2018. Novel Yang Mendekat dan Menjauh ini saya mulakan sejak pertengahan tahun 2015, siap sepenuhnya pada 2017. Terbit 2020. Ingatan saya ketika menukangi novel ini sudah kabur. Akan tetapi, saya mengingati teks rujukan yang membantu saya menyudahkannya - buku-buku langka dan obsesi terhadap Agnes Newton Keith - saya mengumpul semua buku-bukunya dan menghafal catatan kembaranya di Borneo Utara sehinggalah perang meletus. Saya pergi melawat rumahnya di Sandakan dan membayangkan saya hidup pada zamannya. Sudah tentu, ia sukar memasuki, menyalin dan menyuntik semangat zaman yang terdapat dalam novel ini, saya sedar bahawa satu-satunya hal yang perlu saya titik beratkan ialah kekuatan gambaran watak serta latar masa. M...