Cerita Orang-Orang Sunyi

Buku ini boleh dibeli di Kedai Nano https://shopee.com.my/kedainano ๐Ÿ˜



Ketika seorang pengarang ingin menulis kisah yang hidup, pengarang itu akan sedaya upaya menyembunyikan kebenaran. Hal itu berlaku terhadap buku ini.

CERITA ORANG-ORANG SUNYI.

Tujuan tulisan ini dibuat bukan untuk menjual buku tetapi saya hanya ingin memberitahu saya mempunyai buku baharu. Ia buku kumpulan cerpen saya ketujuh dan jauh lebih bermakna berbanding buku cerpen saya yang lain.




Saya tidak pernah meletakkan sebarang sasaran untuk mempunyai sejumlah buku cerpen, atau novel atau buku dari gendre lain begitu dan begini banyaknya, tetapi saya mempunyai kesabaran agak tinggi ketika berkarya (tanpa memikirkan ke mana buku itu akan pergi) dan syukur kepada Tuhan kesabaran itu belum meninggalkan saya.

Terima kasih untuk S yang telah menjadi bahagian (meskipun bukan seluruhnya) penutup cerita dalam buku ini 

Sebuah realisme.
Benarlah agaknya apabila semakin bertambah usia kita, kematangan penulisan juga meningkat, kita mengelak melakukan lompatan terburu-buru seperti nenek moyang kita dalam buku sejarah Homo Sapeins. Saya dapat merasai pengalaman tersebut menerusi kecenderungan memilih bahan bacaan sejak kebelakangan ini menjurus kepada itu-itu juga (balik-balik Marquez dan buku para penerima hadiah sastera . Saya membaca kembali buku-buku yang saya suka dan menghadkan pembelian buku baharu kerana bimbang tidak memenuhi selera bacaan.

Sekiranya saya harus mengenang proses menulis dan menyiapkan naskah ini, sebahagian besarnya seputar kisah hidup di sekeliling saya sejak berdekad lalu. Sebahagian kecil lagi dorongan bacaan. Yang menemani saya ialah buku Linda Olsson The Memory of Love, buku Liane Moriarty, The Hypnotist's Love Story dan buku Ruta Sepetys Salt To The Sea.

Nusa Centre sedang melakukan jualan promosi pelancaran dengan potongan harga sehingga 30 peratus, bermula 17 sehingga 28 April di Shopee, yang bolehlah kita anggap sebagai jualan kasih sayang sempena PKP. Memetik keyakinan Nusa Centre sebagai penerbit buku ini 'Menerbitkan Buku Sastera Terbaik 2020' maka dengan itu pembaca harus membuktikan akan kebenarannya.


Salam hormat

RM


Comments

Popular posts from this blog

biodata ruhaini matdarin

Novel Jendela Menghadap Jalan - sebuah trivia; bahagian 1

Memori mengenai Jendela Menghadap Jalan