Posts

2017 tahun yang mengujakan

Saya fikirkan bekerja secara freelance akan memberi ruang 'rehat' lebih banyak berbanding bekerja sepenuh masa. Tetapi saya silap. Saya menjadi jauh lebih sibuk keraa saya telah keluar dari ruang selesa (makcik pakcik di kampung kata; dapat kerja makan gaji, ada epf, ada pencen ok la nak, lebih baik daripada kerja kontrak atau menganggur) dan mendorong saya lebih aktif melakukan pelbagai aktiviti membelanjakan waktu, tenaga serta modal di tangan untuk mengusahakan sesuatu untuk 'hari hujan' dan jika saya tahu ia begitu menyeronakkan, saya harus melakukannya sepuluh tahun lalu. Apabila anda telah biasa menjalani hidup sehari-harian di bawah kawalan tekanan budaya kerja yang tinggi dan kemudian anda keluar daripada ruang tersebut, anda akan menjadi seperti seorang perokok tegar yang secara mendadak ingin berhenti. Itu jauh lebih berbahaya.  Keselesaan membunuh anda. Membaca buku Boonsiri Somchit  When The Chicken Dies, Everyone Cries membuatkan saya rindu semula pad...

Tawaran sebuah buku baharu dan hadiah misteri buat pembaca

Bermula 1 Mac 2017 sehingga 24 Disember 2017, saya (dibantu oleh seorang pembantu) akan mencari ulasan terbaik buku-buku tulisan saya sendiri di blog atau gooodreads. Tiada syarat khusus ulasan tersebut berbentuk memuji (boleh saja menegur atau mengkritik) dan mana-mana buku (sama ada novel remaja, kumpulan cerpen atau novel) bebas diulas menurut citra rasa dan pandangan jujur pembaca. 10 ulasan terbaik (untuk mana-mana kategori) akan dipilih dan diberikan penghargaan berupa sebuah buku (judul baharu) terbit. Dan dua ulasan terbaik antara terbaik akan diberi hadiah misteri. Oh ya, jika anda belum pasti buku apa yang hendak dibaca dan diulas, saya senaraikan beberapa senarai buku yang diterbitkan dalam tempoh masa lima tahun. Novel 1) Dukana, ITBM, 2013 2). Anatomi Rupert - ITBM, 2013 3). Di Seberang Jalan - ITBM, 2014 4). Trivia - ITBM, 2015 5). Sekurun Mencari Sinar - DBP, 2015 Kumpulan Cerpen 1). Misi Penyepit Kain - ITBM, 2013 2). Melawan Yang Mustahil- ITBM, 20...

buku baharu 2017; kumpulan cerpen remaja

Image
Buah tangan pertama tahun 2017 :) Boleh dapatkan naskah ini di laman sesawang dbp niaga  http://dbpniaga.my/ms/buku-sastera/869-kumpulan-cerpen-remaja-fiksi-buat-marquez-9789834910679.html?search_query=fiksi&results=1 Salam hormat. RM

selamat jalan 2016

Selamat datang 2017 Semoga apa-apa yang sudah kita kecapi atau belum dikecapi atau separuh jalan dikecapi atau masih diimpikan untuk dikecapi atau kita mengetahui bagaimana hendak mengecapinya tetapi malas hendak mengecapinya, semoga semuanya bemanfaat besar bagi semua orang. Selamat jalan 2016

catatan mengenai orang-orang biasa yang luar biasa

http://ruhainimatdarin.simplesite.com/ Jiran saya pencinta kucing (walaupun pada saat ini beliau cuma mampu membela dua ekor kucing kerana kekangan tugas di pejabat). Beliau berkisah mengenai almarhum ayah beliau yang membelanjakan waktu hidup dengan mengasihi kucing yang ditemui di pinggir jalan, di kedai makan, kucing-kucing yang dibuang serta kucing-kucing yang diserahkan orang kepada beliau. Kata jiran saya lagi, ayahnya seorang yang tidak pernah berkira dalam soal memberi makan pada kucing. Dipendekkan cerita. Kata beliau, pada hari ayahnya meninggal dunia beratus-ratus kenderaan diparkir di sepanjang jalan bagi memberi penghormatan terakhir. Beribu orang hadir (sahabat yang dikenali di kedai kopi, kenalan jauh dan dekat dan ahli keluarga termasuk wakil rakyat - kebetulan YB di kawasan beliau itu merupakan sepupu sekali beliau) dan kata jiran saya, rezeki almarhum melimpah ruah. Wang sedekah para peziarah tidak habis makan setahun. Bahkan setelah disedekahkan kembali rezeki ter...

catatan bagi bulan-bulan yang tertangguh

http://ruhainimatdarin.simplesite.com/ Beberapa buah laman sosial yang saya pernah mendaftar sebagai pengguna, kini sudah jadi pusara (kata laluan pun lupa dan tidak pernah reset walau sekali). Facebook menunggu masa jadi arwah. Banyak kali saya ingin mencuba aktif (kerana teman-teman lain pun sibuk juga dalam hidup tapi mereka masih punya masa untuk 'like' dan 'comment' atau memuat naik status sekurang-kurangnya 10 status sehari) kagum saya dibuatnya. Sejak kebelakangan ini saya disibukkan oleh kucing-kucing serta buku-buku yang melambai-lambai di rak yang belum disentuh, sudah dibaca separuh (tapi bila menyambung bacaan, saya hilang arah dan harus membaca semula dari awal, parah!) dan beberapa buah buku yang harus diulang baca sebagai rutin tahunan. 13 Oktober 2016, Raja Bhumibol mangkat. Saya percaya waktu-waktu sukar yang beberapa tahun lalu yang cuba ahli keluarga baginda tangguhkan dan melawan dengan segala usaha sains perubatan yang terdaya, sudah sampai k...

catatan bulan september (1)

Saya dan Ka (dari Snow dan Trivia) mencicipi secangkir Kopi Tenom di Anjung Senja lalu bercerita pada saya mengenai pelbagai jenis kopi yang pernah dinikmatinya di seluruh dunia. Usai dia bercerita tentang kopi, saya pun memuji dirinya yang tidak begitu 'Heroic' dalam mana-mana novel yang pernah dia berada. Wataknya digasak oleh macam-macam ideologi dan idealisme tapi dia berjalan  - go with the flow - dan tidak ditelan oleh plot - tidak berasa terancam dengan watak-watak lain - tidak menunjuk-nunjuk yang dia itu bagus - tetapi akhirnya dia yang berada di hujung cerita bersama jawaban (sama ada terlerai atau pembaca fikir sendiri), kagum sungguh saya. Dan saya memberitahunya, semasa saya mengikuti Program Penulisan MASTERA di Cianjur, Indonesia pada bulan Ogos lalu, mengenai saranan salah satu pembimbing program iaitu Pak Agus R Sarjono; dosa besar seorang penulis ialah menulis cerita yang membosankan dan sebuah karya yang bakal bertahan lama di dunia ialah cerita yang tidak h...