Posts

Showing posts from 2018

Hal-hal seputar persepsi

1). Saya kembali menonton filem-filem Malaysia (lebih sedap disebut Malaysia berbanding filem Melayu) setelah ketiadaan Yasmin Ahmad, sejak akhir-akhir ini untuk mengubah semula sudut pandang saya mengenai persepsi 'Filem Melayu itu-itu juga' sejak dekad filem-filem hedo-cul-sos bikinan Abdul Razak Mohaideen. Ternyata kita bagus kerana kita mempunyai sederetan pengkarya yang cakna mengenai wajah masa hadapan filem Malaysia, bukan sekadar memenuhi selera pop semasa.  Kabir Bhatia, Dain Said, Liew Seng Tat dan Chiu Keng Guan, antara pengkarya yang saya handalkan dalam menghidangkan sesuatu yang menyelerakan untuk pengisian jiwa dan minda dalam beberapa aspek ketika menikmati sebuah karya di layar perak. Al-maklumlah, sejak usia bertambah, kehidupan sosial saya juga menuntut saya untuk menjadi bijak menikmati apa jua karya, baik buku, filem, lagu serta benda-benda yang masuk  ke dalam perut.  You know you're middle aged.  2). Terdapat ratusan jenama ubat gigi ...

buku-buku yang saya suka (Vol 1)

Ada teman memberitahu  bahawa warganet (terutama penikmat buku dan penulis) sedang berlumba-lumba membuat senarai buku yang mereka suka. 10 sahaja katanya. Semua ini gara-gara YB Dr. Maszlee. Saya akan buat senarai buku yang memberi impak terhadap pemikiran dan emosi saya dan sedap dibaca. Saya percaya bahan bacaan kita berbeza atau sama kerana citarasa dan kita meraikan kepelbagaian. Kalau semua orang menyukai hanya Muhammad Iqbal dan Pablo Neruda, dunia ini akan jadi sepi sekali. Ya tak? (sebelum saya membuat senarai buku karangan manusia, saya mesti mengingatkan diri bahawa AL-QURAN adalah kitab dan buku paling perdana) 1). Bahasa English/terjemahan Novel  - One Hundreds Years of Solitude = Gabriel Garcia Marquez  - Who Killed Palomino Molero = Mario Vargas Llosa  - Night = Elie Wiesel  - Winner Take Nothing = Ernest Hemingway  - The Fall of Imam = Nawal el Saadawi  - The Crazed = Ha Jin  - Satantango = Lazlo Kraznahorkai ...

Based On

1).  Sejak kebelakangan ini saya menggemari sesuatu berkaitan 'Based On' kerana ia bagaikan peta yang akan membawa saya dari satu titik ke titik lain dan jika saya cukup bertuah (selalu ya) saya akan menemui 'jalan baharu' untuk mencipta cerita yang lain (saya bercakap tentang proses kreatif) dan saya mendapati sesuatu seperti ini selalu berkenaan kisah-kisah thriller, crime, mystery dan fiksyen sains. Saya belum menemui buku Ba Jin (Ha Jin lain lagi) atau Ralph Ellison yang dijadikan sebagai based on kepada idea-ieda pengarang atau penulis skrip untuk membawanya jauh ke bentuk lain menjadi mash up atau parody misalnya kerana bentuknya yang konvensional sangat, melankoli serta tertutup di ruangnya tersendiri. 2). Filem The Vanished Korea 2018 versi asal Sepanyol berjudul The Body tahun 2012 misalnya. Ideanya mudah, si suami membunuh si isteri (dengan cara menyuntik bahan pelali TC-16 yang akan menyebabkan tubuh menjadi kejang dan meninggal perlahan-lahan) kerana si ...

Perubahan

1. ) Dalam bukunya  (novel autobiografi) Change, Mo Yan merobohkan bangunan usang di Pekan Kaunti dan membina empat buah rumah baharu dalam tempoh masa sebulan. Hal ini membuat saya kagum kerana untuk melakukan perubahan, kita tak perlu membina sesuatu dari tanah yang luas atau menggali dasar bumi atau mencipta hal-hal yang belum ditemui orang lain. Cukup dengan memperbaharui hal-hal lama/usang/buruk dan menjadikannya bermanfaat untuk orang lain yang memerlukan. Jika anda membaca novel-novel Mo Yan, Red Sorghum misalnya atau The Republic of Wine atau Big Breasts and Wide Hips dan POW! anda akan mendapati beliau menghadam dengan baik buku klasik The Three Kingdoms, Dreams of the Red Chamber dan Journey to the West yang menjadi kegemaran penikmat sastera klasik dunia dan beliau menghafal puisi-puisi Tang dan Song. (Kita baca Hikayat Hang Tuah tak? Sudah baca Sulalatus Salatin?) Satu hal yang saya amati mengenai Mo Yan ialah hampir besar ilham penulisannya bertitik tolak daripad...

Hari-Hari Terakhir di Jesselton

Image
Beberapa judul buku saya boleh dicari (kalau rasa mahu beli untuk bacaan sekarang dan masa depan) di Kedai Nano  https://shopee.com.my/kedainano  ðŸ’›ðŸ˜Š Memulakan dan menyudahkan manuskrip novel ini memberi kesan yang pelbagai. Saya memulakan dengan cepat tetapi menutupnya perlahan (bahkan tertangguh banyak kali) dan melalui proses penambahan serta suntingan pada saat-saat akhir agar ceritanya tidak tergantung. Termenung juga saya dibuatnya selama beberapa minggu ketika editor novel ini, Puan Salona bertanya apakah ceritanya sengaja dibiar tergantung atau saya perlu membuat penambahan? Dan meskipun saya membuat penambahan tetap saja ada persoalan yang tidak berjawab (sengaja?) dan saya membiarkan pembaca sendiri yang membuat kesimpulan. Selama saya menukangi manuskrip ini saya membayangkan visual drama pentas kerana hampir seluruh cerita dalam novel ini digerakkan dengan perilaku dan fikiran watak-wataknya sebagai seorang bintang bangsawan. Mereka berlakon untuk cari makan ...

Malaysia Baharu

Salam hormat. Ya Tuhan! Bersawang blog ini. Sudah jadi macam rumah yang ditinggalkan. Di tempat kami ada banyal hal yang telah bertukar walaupun alamat dan jalan pulangnya masih seperti dahulu. Saya bukan pengguna tegar media sosial tetapi saya fikir saya tak ketinggalan sebarang maklumat penting kerana ramainya pasukan bawang di sekeliling saya yang sering mengemas kini kejadian penting yang berlaku. Saya fikir sekiranya mereka hidup pada era kegemilangan siri detektif Sherlock Holmes, sudah tentu Sir Arthur Conan Doyle akan mengibarkan bendera putih. Pada pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini, saya berbual dan berbincang panjang (secara serius) dengan Sdr SM Zakir, Rebecca serta beberapa teman sesastera lain berkenaan isu 'terperangkap' dengan gaya penulisan itu-itu juga dalam senario sastera Malaysia semasa atau sejak lima tahun atau lebih lagi sehingga sekarang. Kita ada sekumpulan pengarang yang berani keluar dari zon penulisan selesa, yang rajin memba...

Cerita Yang Merayap-Rayap di Dermaga dan Kafe

Saya telah membeli sebuah helikopter peribadi. Hari ini hari ulang tahun kelahiran Marquez dan 10 hari dari sekarang adalah hari lahir saya. Kami berkongsi bulan kelahiran yang sama.                                                                             *** Inspirasi terbesar saya semasa menukangi kumpulan cerpen terbaharu saya, Cerita Yang Merayap-Rayap di Dermaga adalah Milan Kundera, Alice Mundro, Anwar Ridhwan dan bumi Thailand kerana 80 peratus cerpen-cerpen dalam buku ini saya mulakan dan siapkan di Chiangmai dan Bangkok sepanjang tahun 2015 dan 2016. Pada asalnya terdapat lebih 30 buah cerpen tetapi saya buang satu demi satu kerana terlalu berpaksi ke isu semasa yang saya fikir mungkin akan membosankan pembaca, bahkan diri saya sendiri membacanya semula berasa jengkel ketika melakuk...

buku baharu 2018

Image
Kafe sebuah novel https://dbpniaga.my Cerita yang Merayap-Rayap di Dermaga

2018

Agak lama saya abaikan blog ini, bukan sebab sibuk atau tak peduli langsung tetapi saya selalu ingin menulis sesuatu di sini semasa fikiran saya bertindihan dengan hal-hal lain yang lebih penting, lalu lupa. Sudah 45 hari berlalu tahun 2018 dan waktu begitu pantas berjalan, dunia akhir zaman, kan. Kini obsesi baharu saya ialah melukis serta meneropong angkasa dengan teleskop yang baru mendarat dalam koleksi peribadi tahun 2018. Saya perlu mempelbagaikan cara melihat hidup dari persepektif berbeza. Minggu lalu seorang anak muda menghubungi saya, memperkenalkan diri sebagai pengendali FB page Ruhaini Matdarin - terperanjat juga saya dibuatnya, memang saya tahu kewujudan page itu melalui saudara saya tetapi saya fikir ia hanya sekadar suka-suka - tetapi sudah separuh jalan, malu pula saya jadinya.  Bahkan dia meminta saya sumbangkan buku untuk tujuan promosi, saya okay saja Saya tak punya akaun FB secara peribadi, cuma ada akaun twitter (dan blog ini), itu pun setelah bertahun saya...