Malaysia Baharu
Salam hormat.
Ya Tuhan! Bersawang blog ini. Sudah jadi macam rumah yang ditinggalkan.
Di tempat kami ada banyal hal yang telah bertukar walaupun alamat dan jalan pulangnya masih seperti dahulu. Saya bukan pengguna tegar media sosial tetapi saya fikir saya tak ketinggalan sebarang maklumat penting kerana ramainya pasukan bawang di sekeliling saya yang sering mengemas kini kejadian penting yang berlaku. Saya fikir sekiranya mereka hidup pada era kegemilangan siri detektif Sherlock Holmes, sudah tentu Sir Arthur Conan Doyle akan mengibarkan bendera putih.
Pada pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini, saya berbual dan berbincang panjang (secara serius) dengan Sdr SM Zakir, Rebecca serta beberapa teman sesastera lain berkenaan isu 'terperangkap' dengan gaya penulisan itu-itu juga dalam senario sastera Malaysia semasa atau sejak lima tahun atau lebih lagi sehingga sekarang. Kita ada sekumpulan pengarang yang berani keluar dari zon penulisan selesa, yang rajin membaca karya pengarang antarabangsa, yang rajin mencuba gaya baharu, yang mempunyai semangat luar biasa tetapi terperangkap dengan ruang yang selesa sehinggakan tiada lagi yang mengejutkan dan baru dengan hasil tulisan mereka setelah satu atau dua buku mereka diperkatakan dan dikagumi oleh penikmat sastera. Saya fikir, hal ini benar dan ia satu teguran buat diri saya sendiri untuk keluar dari ruang itu sebelum dihapuskan oleh waktu.
Tahun 2018 masih lagi tahun produktif buat saya dan saya telah kembali kepada gaya penulisan konvensional menerusi beberapa buah novel yang bakal terbit. Walaupun orang seni mempunyai satu tabiat (atau penyakit) tak pernah puas hati dengan hasil seni yang mereka hasilkan dan itu berlaku juga terhadap saya. Saya fikir jika anda puas dengan apa yang anda hasilkan, anda akan mati. Inovasi adalah proses sepanjang hayat. Ketika saya menulis perenggan ini saya memikirkan tentang Yasmin Ahmad dan beberapa buah drama korea yang telah saya tonton sejak kebelakangan ini. Dan saya menemui Kim Ah Joong persis seperti Adinia Wirasti. Kedua-duanya aktris yang saya sukai.
Ada beberapa hal tentang peralihan kerajaan yang membuatkan saya gusar sekali gus lebih berhati-hati terutama sekali dengan perkembangan ekonomi (sudah latar belakang saya di sini) kerana di sebalik senyuman masyarakat yang bahagia kerana troli mereka lebih banyak isinya dengan wang 50 berbanding dahulu, saya memikirkan masalah kita bukan setakat troli yang kosong atau penuh. Tetapi apabila memikirkan kita ada menteri kewangan yang penjimat dan Majlis Penasihat Kerajaan yang berwibawa, buat seketika saya fikir saya harus tersenyum dan menyertai makcik-makcik bawang yang bahagia dengan troli mereka.
Piala Dunia kembali lagi. Saya fikir saya akan mengalami sedikit gangguan tidur dan perlu mengubah suai waktu bangun (lebih awal dan tidur lebh awal) untuk beberapa buah pasukan yang saya gemari. Bukankah bola sepak sudah lama menjadi candu masyarakat dunia? Jangan lupa, di Brazil bola sepak sudah lama menjadi tuhan menggantikan Uzza. Saya cuma berharap di kawasan kediaman yang padat, tiada sesiapa bersorak sewaktu dinihari untuk menggantikan azan.
Adakah anda gembira dengan Malaysia Baharu?
Saya gembira. :)
Salam hormat.
RM

Comments
Post a Comment